Chelsea Sudah Temui ‘Mbappe’ Versi Baru

Biarpun berdepan potensi dikenakan hukuman potongan mata seperti Everton, itu tidak menghalang kelab gergasi EPL, Chelsea daripada memburu bintang muda berbakat di Eropah. Akhbar The Sun melaporkan The Blues kini mensasarkan bintang muda AS Monaco, Malamine Efekele. Efekele sudah menjadi tumpuan ramai peninjau bakat kerana berupaya beraksi di bahagian sayap atau sebagai penyerang tengah. Atas […]
Chelsea & Man City Berpotensi Dihumban Keluar Dari EPL

Dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Chelsea dan Manchester City kini berada dalam bahaya dan berpotensi untuk dihumban keluar dari EPL gara-gara melanggar Financial Fair Play (FFP). Everton merupakan pasukan pertama EPL yang didenda penolakan 10 mata musim ini selepas didapati bersalah melanggar FFP sebanyak satu kali. FFP telah diluluskan oleh UEFA sejak […]
Chelsea Bakal Dikenakan Hukuman Berat

Kelab gergasi EPL, Chelsea berdepan kemungkinan dikenakan hukuman berat termasuk potongan mata oleh entiti berkenaan. Ini selepas satu pendedahan yang dibuat The Guardian mengenai siri bayaran rahsia yang dibuat terhadap individu dan entiti di seluruh dunia semasa era pemilik sebelumnya, Roman Abramovich. Kebanyakan bayaran ini dibuat oleh syarikat-syarikat luar pesisir yang mempunyai kaitan dengan jutawan […]
EPL: Penalti Dramatik Cole Palmer Bantu Chelsea Ikat Man City

Manchester City menggigit jari apabila sekadar meraih satu mata selepas diikat 4-4 oleh Chelsea di Stamford Bridge awal pagi ini. The Citizens tahu satu lagi kemenangan bakal menjarakkan kedudukan mereka dengan Tottenham Hotspur kepada tiga mata. Sementara The Blues pula berharap dapat memintas West Ham United yang menduduki tangga kesembilan liga sekiranya berjaya mengalahkan City. […]
Mauricio Pochettino Mahu Kekal Di Chelsea 25 Tahun Lagi

Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino berharap dapat kekal sebagai pengurus pasukan itu untuk 25 tahun yang seterusnya. Pengurus berdarah Argentina mengeluarkan komen sedemikian bila ditanya sama ada beliau mahu kembali menjadi pengurus Tottenham Hotspur pada masa akan datang. Bagi Pochettino, beliau tidak menolak jika perkara itu berlaku. Namun begitu, pada masa sama, beliau berharap dapat kekal […]
EPL: Chelsea Leburkan Rekod Tanpa Kalah Tottenham Hotspur

Chelsea memastikan rekod tanpa kalah pasukan dari utara London, Tottenham Hotspur dalam EPL lebur dengan meraih kemenangan besar 4-1 awal pagi ini. Perlawanan derby London ini turut mendapat jolokan perlawanan derby Mauricio Pochettino. Ini disebabkan Pochettino pernah melatih Spurs sebelum menerima tawaran sebagai pengurus Chelsea pada awal musim ini. Dengan rekod tanpa kalah EPL mereka […]
EPL: Chelsea Dibedil Brentford

Aksi kesepuluh saingan Liga Perdana Inggeris hari ini membabitkan pertembungan antara pasukan Chelsea dan Brentford. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Stamford Bridge menyaksikan pasukan tuan rumah gagal memanfaatkan kelebihan apabila mereka tewas kepada pasukan lawan. Babak separuh masa pertama tamat dengan keputusan seri tanpa jaringan. Kedua-dua pasukan gagal mencetak sebarang gol sebelum menuju ke […]
Eden Hazard Umum Persaraan

Bekas pemain sayap Chelsea, Eden Hazard mengumumkan persaraannya daripada dunia bola sepak hari ini. Keputusan itu diumumkan di akaun Instagram milik beliau kurang 30 minit yang lalu. Hazard yang sebelum ini bersara daripada arena bola sepak antarabangsa memilih berbuat demikian kerana mengikut kata hatinya. “Anda perlu dengar kepada diri sendiri dan kata berhenti pada masa […]
EPL: Chelsea Mudah Tundukkan Fulham

Chelsea berjaya menewaskan Fulham untuk meraih kemenangan kedua mereka musim ini dengan jaringan 2-0. Chelsea bermula garang apabila mempunyai peluang menjaringkan gol seawal minit kedua perlawanan namun gagal menerjah jaring. Asakan awal Chelsea akhirnya memberikan hasil positif setelah Mudryk membuka gol pertama pada minit ke-18 menerusi hantaran Levi Colwill. Gol pertama berjaya meningkatkan semangat pemain […]
Chelsea Mahu Buat Pinjaman Beli Pemain Baru

Chelsea difahamkan mahu mendapatkan pinjaman lebih £500 juta (RM2.8 bilion) bagi membantu mereka berbelanja besar dalam tetingkap perpindahan Januari tahun depan. Akhbar The Sun mendedahkan pemilik The Blues, Todd Boehly mahu terus berbelanja biarpun sudah membelanjakan lebih £1 bilion (RM5.7 bilion) di pasaran perpindahan sejak musim lepas. Pinjaman ini bakal dibuat dengan institusi-institusi perbankan Amerika […]
Chelsea Akhiri Kemarau Gol Bulan September

Chelsea lega kerana akhirnya menjaringkan gol pertama mereka dalam bulan September awal pagi ini. Perkara ini dilakar dalam aksi pusingan ketiga Piala EFL menentang Brighton dengan The Blues merekodkan kemenangan 1-0. Gol tersebut disumbang oleh penyerang baru mereka dari Senegal, Nicolas Jackson. Menariknya, ini juga gol pertama beliau dalam tiga perlawanan selepas kali terakhir melakukannya […]
EPL: Badi Chelsea Berterusan, Tewas Kepada Aston Villa

Kelab gergasi London, Chelsea terus dibelenggu prestasi tidak menentu apabila tunduk 1-0 kepada Aston Villa di Stamford Bridge hari ini. Selepas diikat tanpa jaringan dengan Bournemouth, Mauricio Pochettino amat memerlukan kemenangan bagi memberi keyakinan kepada barisan pemain muda The Blues. Atas sebab itu, Chelsea terus melancarkan serangan ke atas Villa sebaik sepak mula. Begitupun, The […]
EPL: Chelsea Teruskan Rentak Buruk, Diikat Bournemouth

Chelsea terus bergelut memburu kemenangan kedua EPL selepas diikat Bournemouth tanpa jaringan di Stadium Vitality hari ini. Selepas tewas mengejut 1-0 di tangan Nottingham Forest, anak-anak buah Mauricio Pochettino berharap dapat bangkit dengan mengalahkan The Cherries di gelanggang keramat mereka. Bagaimanapun, kedua-dua pasukan bergelut mencipta peluang jaringan pada separuh masa pertama. Ini dibuktikan dengan statistik […]
Mauricio Pochettino: Pemain Bukan Mesin

Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino mengingatkan penyokong dan penganalisis bola sepak di luar sana bahawa pemain bola sepak bukan mesin. Komen ini dibuat susulan permulaan kempen EPL yang kurang konsisten yang dihadapi Chelsea musim ini. Sejak diambil alih oleh Todd Boehly pada musim lepas, The Blues telah membelanjakan £1 bilion (RM58 bilion) dalam tetingkap perpindahan. Begitupun, […]
Eden Hazard Beri Bayangan Mahu Bersara

Bekas pemain Chelsea, Eden Hazard memberi bayangan mahu bersara dari arena bola sepak selepas tidak mendapat pasukan baru dalam tetingkap perpindahan yang lepas. Hazard sebelum ini menyertai Real Madrid dengan perpindahan bernilai £89 juta (RM518 juta) tetapi hanya merekodkan 76 penampilan dalam empat musim akibat masalah kecederaan. Susulan itu, Los Blancos memilih untuk melepaskan beliau […]
Bekas Pemain Perak Ukir Nama Di Liga Perdana Inggeris

Khabar mengejutkan dari bumi Eropah selepas bekas pemain Perak FC, Alysson Marins kini menggegar pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Chelsea FC. Pemain kelahiran Brazil ini masih diingati oleh sebilangan penyokong The Bos Gaurus selepas pernah menyarung jersi kebanggaan negeri tersebut. Detik yang dilalui di Malaysia bagaimanapun bukanlah seperti yang diharapkan olehnya apabila kurang menyerlah […]