Jurgen Klopp Umum Tinggalkan Liverpool Pada Penghujung Musim

Jurgen Klopp mengumumkan berita tergempar apabila beliau akan meninggalkan Liverpool pada penghujung musim 2024/2025. Jurulatih kelahiran Jerman itu membimbing Liverpool hampir sepuluh tahun setelah menyertai kelab tersebut pada tahun 2015 dan memenangi pelbagai kejuaraan bersama The Reds seperti trofi Premier League 2019/2020, trofi Liga Juara-Juara Eropah 2018/2019, Piala FA 2021/2022 dan Piala Liga 2021/2022. Jurgen […]

Chelsea Bakal Rugi RM190 Juta Akibat Pemecatan Jose Mourinho

Chelsea dilaporkan bakal rugi sebanyak RM190 juta bersamaan dengan £37 juta akibat tindakan AS Roma memecat Jose Mourinho. Perkara tersebut disebabkan perjanjian perpindahan secara pinjaman Romelu Lukaku dari Chelsea ke AS Roma pada Ogos tahun lalu yang mempunyai klausa pembelian tetap sebanyak RM190 juta. Pemergian Jose Mourinho dari kota Roma menyaksikan masa hadapan Romelu Lukaku […]

Chelsea Perlu Bayar RM592 Juta Untuk Bintang Muda Brighton

Selepas merekodkan hanya tiga percubaan tepat ke arah gol semasa menentang Fulham semalam, Chelsea amat memerlukan peledak berbisa di bahagian serangan. Situasi ini tidak dibantu dengan kecederaan yang menimpa Christopher Nkunku dan Nicolas Jackson menjalani tugasan antarabangsa bersama Senegal. Sementara Armando Broja pula bergelut mencari ruang menjaringkan gol dalam kubu pertahanan The Cottagers semalam. Atas […]

EPL: Chelsea Perlukan Penalti Sebelum Tewaskan Fulham

Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) diteruskan dengan aksi di antara Chelsea yang melayan kunjungan Fulham di Stamford Bridge sebentar tadi yang mana menyaksikan tiga mata menjadi milik tuan rumah. Chelsea yang menurunkan skuad terbaik mereka memulakan perlawanan dengan penguasaan bola yang sangat baik bagi mencari jaringan awal. Fulham dilihat lebih banyak bertahan dan kadang kala […]

FA Cup: Chelsea Berpesta Gol Ke Atas Preston

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea mara ke pusingan keempat The FA Cup selepas membelasah kelab Liga Kejohanan (divisyen dua England), Preston North End 4-0 di Stamford Bridge. The Blues turun dengan lima perlawanan tanpa kalah termasuk suku akhir Piala EFL. Sementara Preston melihat perlawanan ini dapat merangsang kembali prestasi mereka dalam liga. Ini […]

EPL: Chelsea ‘Cemas’ Sebelum Tundukkan Luton Town

Dua jaringan lewat Luton Town hampir membuatkan Chelsea terkedu dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu. Pada aksi yang berlangsung di Kenilworth Road itu, Chelsea jelas mendominasi permainan berbanding pasukan tuan rumah dari wisel permulaan dibunyikan. Hasilnya, anak-anak buah Mauricio Pochettino itu berjaya mendahului perlawanan menerusi tendangan kaki kiri pemain tengah, Cole Palmer seawal minit […]

Media Indonesia Ramal Pemain Chelsea, Ian Maatsen Jadi Bintang Warisan Terbaru

Sejak beberapa tahun lepas, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) giat mengenalpasti pemain berstatus warisan bagi memperkuat skuad kebangsaan mereka. Antara pemain berstatus warisan yang kini menjadi tonggak Tim Garuda ialah Jordi Amat, Elkan Baggott, Shayne Pattynama dan Sandy Walsh. Satu nama yang berpotensi mewakili Indonesia sebagai pemain warisan ialah bek kiri muda Chelsea, Ian Maatsen. […]

EPL: Wolves Gah Benam Cabaran Chelsea

Prestasi tidak konsisten Chelsea terus menghantui musim mereka apabila tewas 2-1 kepada Wolves di Molineux hari ini. Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino berharap Chelsea dapat meneruskan rentak positif selepas mara ke separuh akhir Piala EFL pada pertengahan minggu ini. Manakala pengurus Wolves, Gary O’Neill berharap anak buahnya dapat bangkit selepas tewas 3-0 di tangan West Ham […]

Chelsea Dapat Laluan Mudah Ke Final, Liverpool ‘Pening Kepala’

Chelsea dijangka tidak menghadapi masalah untuk ke perlawanan akhir Piala Carabao selepas diundi berdepan Middlesbrough pada peringkat separuh akhir. Pada sesi undian yang dijalankan pada pagi Khamis, Chelsea dijadualkan berhadapan wakil Liga Kejohanan EFL, Middlesbrough pada perlawanan separuh akhir yang akan dijalankan timbal balik. Anak-anak buah Mauricio Pochettino yang menyingkirkan Newcastle United dalam aksi dramatik […]

EPL: Chelsea Pamer Aksi Garang Atasi Sheffield United

Chelsea mempamerkan aksi yang mantap untuk membenam Sheffield United di laman sendiri dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung pada Sabtu. Chelsea yang turun tanpa Enzo Fernandez dan Robert Sanchez di kesebelasan utama dilihat jelas sekali mendominasi perlawanan seawal minit pertama permainan. Sheffield United juga sesekali menghadirkan resah kepada benteng Chelsea terutamanya menerusi percubaan Cameron […]

EPL: Chelsea Masih Mencari Formula Kemenangan, Tewas Kepada Everton

Chelsea masih gagal menemui rentak kemenangan dalam 2 perlawanan berturut-turut apabila tewas kepada Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park. Chelsea bermula garang di awal permainan apabila terlebih dahulu melakukan percubaan ke gawang Everton menerusi Enzo Fernandez pada minit kelima namun diselamatkan penjaga gol, Jordan Pickford. Pickford sekali lagi menjadi penyelamat pasukannya setelah […]

EPL: Magis Scott McTominay Julang Man Utd Benam Chelsea

Hasrat Manchester United untuk kembali mencipta kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini akhirnya menjadi kenyataan apabila berjaya menumbangkan Chelsea di Old Trafford sebentar tadi. Man Utd memulakan perlawanan dengan beberapa serangan merbahaya ke gawang Chelsea terutamanya melalui penyerang muda mereka, Rasmus Hojlund namun percubaannya pada minit ke-5 diselamatkan penjaga gol. Peluang keemasan United […]

Alex Agyarkwa Pernah Dijulang Ketika Berdepan Chelsea

Pemain import Selangor FC, Alex Agyarkwa telah menunjukkan prestasi luar biasa bersama Selangor untuk musim ini dan ianya sedikit sebanyak membantu Selangor layak ke pentas asia musim hadapan. Namun pasti ramai yang tidak menyedari bahawa Agyarkwa merupakan pemain muda berbakat besar dari Ghana dan pernah dijulang sebagai pemain paling bernilai ketika bertemu pasukan Lagenda Chelsea […]

Nemanja Matic: Pemain Man United Tak Berdisplin Seperti Di Chelsea

Bekas pemain tengah Man United, Nemanja Matic menyifatkan sesetengah pemain pasukan itu sebagai tidak berdisiplin. Sikap sesetengah pemain yang tidak berdisiplin dari segi pengurusan masa mengundang rasa tidak puas hati pemain lain yang cuba tiba di pusat latihan tepat pada masanya. Ini sama sekali berbeza dengan satu lagi kelab lamanya, Chelsea. Matic menyifatkan disiplin sentiasa […]

EPL: Brighton Beri Chelsea Peluang Kembali Catat Kemenangan

Dua jaringan daripada Enzo Fernandez berjaya membantu Chelsea kembali menemui rentak kemenangan meskipun bermain dengan 10 orang pemain apabila membenam cabaran Brighton and Hove Albion di Stamford Bridge. Chelsea yang mengalami kekalahan pada perlawanan menentang Newcastle United minggu lalu ingin bangkit meraih tiga mata untuk memperbaiki kedudukan mereka di carta Liga Perdana Inggeris. Chelsea membuka […]

EPL: Newcastle United Belasah Chelsea Tanpa Belas Kasihan

Newcastle United tampil aksi memukau apabila menewaskan Chelsea 4-1 untuk mendaki tangga 6 teratas liga. Chelsea menurunkan bintang utama seperti Raheem Sterling, Enzo Fernandes dan Marc Cucurella dalam perlawanan ini. Newcastle yang sebelum ini mengalami isu kecederaan pemain pula tampil menurunkan trio Miguel Almiron, Alexander Isak dan Anthony Gordon. Isak membuka akaun jaringan pada minit […]