Olimpik Paris: Jaguh Britain Sekat Kayuhan Nurul Izzah

Jaguh berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terpaksa akur dengan kehebatan pelumba Great Britain, Sophie Capewell. Selepas berjaya mara ke pusingan 1/32 acara pecut wanita dengan catatan masa 10.719 saat (s), pelumba berusia 20 tahun itu perlu melepasi cabaran Capewell. Jaguh berbasikal trek dari England itu tampil dengan motivasi hebat selepas memenangi […]
Olimpik Paris: Nurul Izzah Lepasi Kelayakan Pecut

Jaguh berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri melepasi pusingan kelayakan acara pecut wanita Sukan Olimpik 2024. Selepas tersekat di pusingan pertama acara keirin wanita, pelumba berusia 20 tahun itu berharap dapat kembali bangkit untuk acara pecut wanita. Nurul Izzah perlu mencipta catatan masa yang baik untuk berada dalam kelompok 24 pelumba terbaik acara […]
“Taktikal Dah Sempurna, Kelajuan Memisahkan” – Azizulhasni Awang

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang memberi komen mengenai persembahan beliau dalam acara pecut di Sukan Olimpik Paris baru-baru ini. Azizulhasni yang turun dalam acara pertamanya bermula cemerlang sebelum terpaksa akur tersingkir di pusingan 1/8 meskipun berjaya memecahkan rekod kebangsaan. âAlhamdulillah di pusingan kelayakan (acara pecut) saya berjaya memecahkan rekod kebangsaan dan Asia tetapi […]
Olimpik Paris: Azizulhasni Awang Terlepas Tiket Ke Suku Akhir

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terlepas tiket ke suku akhir acara pecut Olimpik Paris setelah tewas di pusingan Repechage 1/8. Setelah mempamerkan kayuhan penuh bertenaga di pusingan 1/16 berdepan Hamish Turnbull, Azizulhasni dijadualkan menentang Jeffrey Hoogland dalam aksi 1/8. Walau bagaimanapun, kayuhan bertenaga dari wakil Belanda itu memaksa Azizulhasni untuk akur tewas dan […]
Olimpik Paris: Azizulhasni Awang Singkirkan Hamish Turnbull

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengesahkan kemaraan ke pusingan 1/8 acara pecut individu Olimpik 2024. Pelumba berusia 36 tahun itu mengatasi cabaran wakil Great Britain, Hamish Turnbull dalam perlumbaan saringan ketujuh 1/16. Azizulhasni menjadi satu-satunya wakil negara di pusingan 1/16 acara pecut individu. Ini selepas seorang lagi jaguh negara, Shah Firdaus Sahrom terkandas […]
Olimpik Paris: Azizulhasni Awang Tewaskan Luca Spiegel

Jaguh berbasikal trek Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang mengetepikan cabaran Luca Spiegel untuk mara ke pusingan 1/16 acara pecut individu Sukan Olimpik 2024. Selepas mengesahkan kemaraan ke pusingan 1/32 dengan catatan masa 9.402 saat (s), Azizulhasni berharap dapat menebus kekecewaan tersingkir di peringkat suku akhir Olimpik 2020. Meskipun begitu, Spiegel dilihat ingin memperkukuh reputasinya sebagai pelumba […]
Shah Firdaus Hadapi Tentangan Wakil Israel Acara Pecut

Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom bakal berdepan cabaran sukar untuk pusingan 1/32 acara pecut individu Sukan Olimpik 2024. Ini kerana beliau bakal berdepan saingan wakil Israel, Mikhail Yakovlev dalam perlumbaan saringan ketiga acara berkenaan. Pelumba berdarah Rusia-Israel itu membuktikan kemampuannya apabila merekodkan catatan masa 9.152 saat (s) dalam sesi kelayakan acara pecut individu. […]
Olimpik Paris: Azizulhasni Awang Lepasi Kelayakan Pecut

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang membuka kempen Sukan Olimpik 2024 dengan langkah kanan apabila melepasi pusingan kelayakan acara pecut. Ini penyertaan kelima Azizulhasni di pentas Olimpik sekaligus menjadikan beliau atlet lelaki Malaysia yang merekodkan penampilan dalam temasya berprestij tersebut. Acara pecut individu Olimpik 2024 menyaksikan beliau bersaing bersama seorang lagi pelumba negara, Shah […]
Siaran Langsung Berbasikal Trek Olimpik: Azizulhasni Awang (Live Streaming)

Aksi tumpuan rakyat Malaysia di temasya Olimpik kali ini terarah pula ke acara berbasikal trek apabila jaguh negara, Datuk Azizulhasni Awang bakal turun dalam acara pecut. Datuk Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocket Man akan bersaing dalam dua acara kegemarannya iaitu keirin dan pecut di temasya Olimpik Paris kali ini Menurut Datuk Azizul, beliau teruja […]
5 Fakta Penting Tentang Pemburuan Emas Azizulhasni Awang Di Olimpik

Kem berbasikal trek negara diketuai Datuk Azizulhasni Awang bakal membuka cabaran dalam Sukan Olimpik 2024 yang bermula pada 7 Ogos ini. Azizulhasni menjadi sandaran terakhir kontinjen Malaysia untuk meraih pingat emas pertama Olimpik selepas kem badminton meraih dua pingat gangsa. Pencapaian dua pingat gangsa itu diraih menerusi jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia dan beregu […]
Misi Emas Malaysia Kini Di Bahu Azizulhasni Awang

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang kini menggalas tugas untuk membutirkan pingat emas buat Malaysia. Setelah mengutip 2 pingat gangsa dari sukan badminton, kini tumpuan kontinjen negara mula terarah ke velodrom apabila Datuk Azizulhasni Awang bakal memulakan aksinya pada Rabu. Datuk Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocket Man akan bersaing dalam dua […]
Hannah Yeoh Kongsi Perbualan Dengan Azizulhasni Awang Sebelum Ke Olimpik

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan beliau akan memberi sokongan penuh kepada Datuk Azizulhasni Awang di temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris. Perkara ini dinyatakan beliau kepada jaguh berbasikal trek negara itu dalam satu majlis di kediaman Tun Musa Hitam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur baru-baru ini. Majlis itu dianjurkan oleh negarawan itu sebagai […]
Stuart Ramalingam Hormati Keputusan Azizulhasni Awang

Penyelaras Projek Road to Gold (RTG), Stuart Ramalingam menghormati keputusan yang dibuat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang di Adelaide, Australia baru-baru ini. Azizulhasni sebelum ini terpaksa menarik diri daripada perlumbaan penentuan pingat gangsa acara pecut Piala Negara-Negara UCI. Keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira nasihat pasukan perubatan. Ini selepas beliau dikesan mengalami gejala […]
Azizulhasni Awang Minta Maaf

Hasrat jaguh berbasikal trek Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang untuk menggondol pingat gangsa acara pecut dalam Piala Negara-Negara UCI di Adelaide, Australia hari ini tidak kesampaian. Ini selepas pelumba berusia 36 tahun itu terpaksa menarik diri daripada perlumbaan penentuan tempat ketiga acara pecut atas nasihat pakar perubatan. Sebelum itu, Azizulhasni berjaya melepasi pusingan kelayakan sebagai pelumba […]
Azizulhasni Awang Gondol Emas Piala Negara-Negara UCI

Jaguh berbasikal trek Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang terus membuktikan dirinya sebagai antara pelumba elit dalam arena berbasikal trek dunia. Ini selepas beliau berjaya menggondol pingat emas Piala Negara-Negara UCI dalam acara keirin di Adelaide, Australia hari ini. Azizulhasni mengungguli final acara keirin dengan merekodkan catatan masa 9.91 saat dengan kelajuan 72.6 km sejam. Beliau mengatasi […]