Atlet Basikal Dikejarkan Ke Hospital, Berlanggar Ketika Latihan

Atlet berbasikal negara dilaporkan mengalami kemalangan ketika sesi latihan dan dikejarkan ke hospital dengan segera. Menerusi laporan dari wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, pelumba basikal trek wanita negara, Nurul Aliana Syafika Azizan mengalami pelanggaran dan pengsan ketika sesi latihan. ”Terkini, Nurul Aliana Syafika Azizan pengsan dan terpaksa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut setelah berlaku […]

John Beasley Sedia Bantu Jika Azizulhasni Mahu Kembali Beraksi

Ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley bersedia membantu sekiranya Azizulhasni mahu kembali turun beraksi di velodrom. Azizulhasni sebelum ini mengumumkan bahawa Olimpik Paris 2024 bakal menjadi temasya yang ke-5 dan terakhir buat beliau yang kini sudah menginjak ke usia 36 tahun. Oleh itu, pelumba negara ini mahu menutup karier beliau dengan menghadiahkan pingat […]

Azizulhasni Awang Sebak ‘Kita Hidup Untuk Sukan & Buat Untuk Malaysia’

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang sebak apabila membicarakan mengenai masa hadapannya bersama pasukan Malaysia. Azizulhasni yang diletakkan sebagai prospek negara untuk membawa pulang pingat emas di Olimpik Paris tempoh hari bagaimanapun terpaksa akur disingkirkan dalam acara keirin. Keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur tersebut sekaligus mengakhiri perjalanan Azizulhasni di temasya tersebut memandangkan edisi […]

Malaysia Rumah Baharu John Beasley

Malaysia kini sah menjadi kediaman baharu buat jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley. Nama jurulatih Australia itu cukup sinonim dengan sukan berbasikal trek Malaysia. Ini kerana beliau membantu menggilap bakat jaguh berbasikal trek negara ke peringkat antarabangsa. Antara pelumba trek yang diasuh Beasley ialah Josiah Ng, Datuk Azizulhasni Awang, Rizal Tisin, Fatehah Mustafa, Shah Firdaus […]

Azizulhasni Awang: Saya Masih Tak Boleh Tidur

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang masih tidak boleh melupakan insiden yang meranapkan impiannya untuk meraih pingat di Olimpik Paris. Azizulhasni berjuang di dalam acara keirin dengan misi penting untuk membawa pulang pingat buat negara bersama seorang lagi pelumba, Shah Firdaus. Walau bagaimanapun, hasrat pelumba berusia 36 tahun ini terkubur apabila pihak penganjur telah […]

John Beasley Mahu Lahirkan Lebih Ramai Jaguh Malaysia

Jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley mahu menghasilkan lebih ramai jaguh baru Malaysia dalam acara sukan berkenaan. Sejak diberi amanah mengendalikan skuad berbasikal trek kebangsaan pada Januari 2006, jurulatih Australia itu bertanggungjawab menggilap bakat jaguh berbasikal trek seperti Datuk Azizulhasni Awang, Shah Firdaus Sahrom dan Fatehah Mustafa. Bimbingan Beasley membantu Azizulhasni merealisasikan potensinya sebagai antara […]

Ini Sebab Shah Firdaus Tersingkir

Penjelasan lebih lanjut mengenai sebab Shah Firdaus tersingkir di perlumbaan akhir acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024. Terdahulu, Shah berjaya cipta kejutan setelah diumumkan mara ke final apabila Ota Kaiya dari Jepun disingkirkan di separuh akhir sekaligus melayakkan wakil negara itu ke perlumbaan akhir. Di perlumbaan akhir, Shah bersaing bersama-sama lima pelumba terbaik dunia iaitu, Harrie Lavreysen, Matthew […]

(Video): Pelumba Jepun Jelas Tolak Shah Firdaus Sampai Jatuh

Hajat jaguh berbasikal trek Malaysia, Shah Firdaus Sahrom untuk memburu pingat Sukan Olimpik 2024 di pentas final acara keirin tidak kesampaian. Shah Firdaus berjaya layak ke final acara keirin meskipun pada awalnya beraksi untuk penentuan tempat ketujuh hingga ke-12. Ini selepas panel komisar menghukum wakil Jepun, Kaiya Ota dengan penurunan kedudukan selepas perlumbaan separuh akhir […]

Olimpik Paris: Shah Firdaus Muncul Pelumba Ke-4 Terbaik Dunia

Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus menamatkan aksi di Olimpik Paris bagi acara keirin di tempat keempat. Terdahulu, Shah berjaya cipta kejutan setelah diumumkan mara ke final apabila Ota Kaiya dari Jepun disingkirkan di separuh akhir sekaligus melayakkan wakil negara itu. Di perlumbaan akhir, Shah akan bersaing bersama-sama 5 pelumba terbaik dunia iaitu, Harrie Lavreysen, […]

Olimpik Paris: Shah Firdaus Lepasi Halangan Suku Akhir

Wakil tunggal berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom melepasi peringkat suku akhir untuk mara ke separuh akhir acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024. Setelah dikejutkan dengan berita penyingkiran Datuk Azizulhasni di pusingan kelayakan, Shah turun selaku harapan negara dengan misi membawa pulang pingat buat negara. Sebelum itu, Shah dipaksa bekerja keras untuk menempah tempah […]

“Saya Dihimpit Secara Agresif, Dengan Sengaja” – Azizulhasni Awang

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengakui dihimpit secara agresif dan sengaja ketika pusingan kelayakan acara keirin Sukan Olimpik Paris. Azizulhasni yang bersaing dalam saringan pertama bagi pusingan kelayakan bermula baik sehinggalah perlumbaan tersebut telah dibatalkan dan dimulakan semula. Walau bagaimanapun, Azizulhasni telah disingkirkan atas dakwaan oleh pihak komiser yang mendapati beliau telah memotong […]

Siaran Langsung Berbasikal Trek Olimpik: Shah Firdaus Sahrom (Live Streaming)

Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom akan turun dalam misi penting untuk menghadiahkan pingat buat kontinjen negara di Olimpik Paris. Kem berbasikal trek negara pada mulanya dikejutkan dengan penyingkiran Datuk Azizulhasni pada saringan awal selepas panel komisar mendapati beliau telah memotong derny sebelum derny meninggalkan trek. Shah yang kemudiannya turun dalam saringan kelima juga mengalami nasib […]

Azizulhasni Awang Buka Mulut Selepas Aksinya Dibatalkan

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang tampil menjelaskan situasi yang berlaku dalam perlumbaan saringan pertama acara keirin Sukan Olimpik 2024. Pada malam 10 Ogos lalu, peminat sukan Malaysia terkejut apabila panel komisar kejohanan memilih untuk membatalkan penyertaan Azizulhasni. Ini selepas panel komisar mendapati beliau telah memotong derny sebelum derny meninggalkan trek. Kontinjen Malaysia menerusi […]

Olimpik Paris: Shah Firdaus Hidupkan Peluang, Lolos Ke Suku Akhir

Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Mara ke suku akhir acara keirin Sukan Olimpik Paris setelah muncul pemenang pusingan Repechage pada awal pagi Ahad. Shah Firdaus yang tersingkir akibat melanggar garisan biru di pusingan kelayakan sebelum ini terpaksa bersaing di peringkat Repechage untuk menempah tiket ke suku akhir. Wakil tunggal negara ini dijadualkan bersaing bersama […]

Olimpik Paris: Azizulhasni Awang Disingkirkan Acara Keirin

Hajat Datuk Azizulhasni Awang meraih pingat emas acara keirin Sukan Olimpik 2024 tidak kesampaian apabila beliau disingkirkan daripada saringan pertama acara keirin individu. Selepas terkandas di pusingan 1/8 acara pecut individu, jaguh berbasikal trek Malaysia itu mengalihkan tumpuan kepada acara kegemarannya iaitu keirin. Acara ini menyaksikan Azizulhasni meraih pingat gangsa edisi 2016 dan pingat perak […]

Olimpik Paris: Nurul Izzah Terkandas Acara Pecut

Hajat jaguh berbasikal trek wanita Malaysia, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri untuk mara lebih jauh dalam acara pecut wanita Olimpik 2024 tidak kesampaian. Ini selepas pelumba trek berusia 20 tahun itu gagal melepasi saingan repechage pusingan 1/32 di Saint-Quentin-en-Yvelines Velodrome. Selepas kemaraannya ke pusingan 1/16 disekat jaguh berbasikal trek Great Britain, Sophie Capewell, Nurul Izzah […]