Tonton: Kerja ‘Gila’ Yann Sommer Selamatkan 19 Percubaan Tepat Bayern Munich

Ketangkasan luar akal penjaga gol berpengalaman Borussia Monchengladbach, Yann Sommer menafikan setiap peluang yang diperoleh gergasi Bayern Munich dianggap sebagai satu fenomena. Pemain kebangsaan Switzerland itu turun selaku kapten pasukan menjadi tonik terbaik buat rakan sepasukan apabila ketangkasan beliau memastikan Gladbach berjaya mencuri satu mata. Beraksi di gelanggang lawan, beliau telah menafikan segala peluang terhidang […]
Lewandowski Semakin Hampir Sertai Barcelona

Peledak berbisa Bayern Munich, Robert Lewandoski dilaporkan semakin hampir sertai gergasi Sepanyol, Barcelona selepas dikatakan telah mencapai persetujuan lisan dengan kontrak 3 tahun. Selepas hampir 8 tahun, akhirnya pemain berusia 33 tahun itu menyatakan bahawa era-nya bersama Bayern Munich sudah berakhir seperti yang dilaporkan wartawan terkenal, Fabrizio Romano. Bekas pemain Borussia Dortmund itu difahamkan tidak […]
Robert Lewandowski Beri Bayangan Dah Tawar Hati Dengan Bayern Munich

Penyerang handalan Bayern Munich, Robert Lewandowski mula bermain tarik tali mengenai masa depannya bersama kelab tersebut. Beliau yang kini menghampiri penghujung baki kontraknya bersama kelab Jerman itu dilaporkan sudah pun mempertimbangkan perancangan untuk mencari kelab baharu. Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik okeh jurnalis terkenal Itali, Fabrizio Romano, beliau mendedahkan temubual yang dijalankan terhadap penyerang […]
Bayern Munich Gelisah Ubi Muda Yang Mereka Kehendaki Semakin Hampir Ke Old Trafford

Hasrat kelab gergasi Jerman, Bayern Munich yang ingin mendapatkan khidmat ‘wonderkid’ dari Ajax Amsterdam, Jurrien Timber semakin tipis selepas pemain tersebut dikhabarkan semakin hampir menyertai Manchester United. Pemain muda Belanda berusia 20 tahun itu merupakan pemain penting untuk Ajax musim ini. Beliau mampu beraksi di posisi pertahanan tengah mahupun di pertahanan kanan. Bayern mahu menandatangani […]
Alami Komplikasi Akibat Covid-19, Joshua Kimmich Akui Menyesal Tidak Ambil Vaksin

Bintang Bayern Munich, Joshua Kimmich mengakui dirinya menyesal kerana tidak mahu mengambil suntikan vaksin Covid-19 setelah beliau kini dijangkiti Covid serta mengalami kesan jangka masa lama akibat virus berkenaan. Malah Kimmich terpaksa melupakan baki perlawanan tahun 2021 apabila terpaksa berehat panjang ekoran kesan sampingan dijangkiti Covid-19. Kimmich sebelum ini merupakan antara salah seorang pemain bola […]
Barcelona Terpaksa Akur Kepada Bayern

Skuad kendalian Xavi Hernandez terpaksa akur apabila tewas 0-3 di tangan Bayern dalam aksi terakhir bagi peringkat kumpulan E dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. Bayern Munich menang dengan bergaya menerusi jaringan Thomas Muller, Leroy Sane dan Jamal Musiala. Ia sekaligus meletakkan Bayern sebagai juara kumpulan dengan 18 mata. Thomas Muller membuka jaringan pada minit ke-37 […]
Selepas Manchester United, Kini Giliran Bayern Munich Dibantai Tanpa Belas Ihsan

Dunia bola sepak dikejutkan dengan beberapa kekalahan kelab-kelab besar yang tidak diduga sejak kebelakangan ini. Selepas kekalahan besar 0-5 Manchester United kepada Liverpool dan juga kekalahan berturut-turut Barcelona kepada Real Madrid dan Real Vallecano, kini dunia sekali lagi dikejutkan dengan kekalahan besar 0-5 Bayern Munich kepada Borussia Mönchengladbach dalam saingan Piala DFB Pokal (Piala Jerman). […]
Maksud Sebenar Lambang ‘Illuminati’ Pada Jersi Bayern Munich

Pelancaran jersi kedua juara Bundesliga musim lalu, Bayern Munich edisi kali ini menarik perhatian seluruh peminat bola sepak dunia. Namun tidak ramai yang menyedari kehadiran satu lambang yang sedikit menimbulkan tanda tanya. Satu logo tambahan yang diletakkan pada bahagian belakang jersi berwarna hitam emas itu menimbulkan seribu satu persoalan kepada segelintir pemerhati. Namun begitu, ianya […]
Leroy Sane Diherdik Penyokong, Dikeluarkan Pada Separuh Masa Pertama

Pemain sayap Bayern Munich, Leroy Sane kini berada dalam prestasi yang kurang memberangsangkan apabila beliau dikeluarkan selepas separuh masa pertama menentang FC Koln pada ahad yang lalu. Perlawanan tersebut berpihak kepada Bayern Munich apabila menang tipis ke atas FC Koln. Pasukan kendalian Nagelsmann berjaya mendapatkan tiga mata penuh dengan jaringan 3-2. Mimpi buruk buat Leroy […]