Wartawan Jerman Akui Kehebatan Lim Teong Kim Kenal Pasti Bakat Bintang Dunia

Seorang wartawan Jerman tampil mengakui kehebatan yang dimiliki oleh jurulatih Malaysia, Lim Teong Kim dalam mengenal pasti bakat berkelas dunia. Perkara ini sudah pun tercatat dalam sebuah penulisan yang berjudul Das Reboot yang ditulis oleh penulis dan wartawan terkemuka di Jerman iaitu Raphael Honigstein yang berkhidmat bersama beberapa The Athletic, Bts Sport dan juga SPIEGEL […]

Kim Min-jae Satu-Satunya Harapan Asia Di Ballon d’Or

Bek tengah Korea Selatan, Kim Min-jae mencipta sejarah tersendiri dengan menjadi pemain pertahanan Asia pertama tersenarai dalam calon Ballon d’Or 2023. Ini berdasarkan senarai calon yang diumumkan penganjur anugerah, majalah France Football semalam seperti dikongsikan wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano. Ini menjadikan Min-jae sebagai pemain Korea keempat tersenarai sebagai calon Ballon d’Or. Selain beliau, Seol […]

Harry Kane Sah Sertai Bayern Munich

Penyerang berbisa England, Harry Kane akhirnya sah melengkapkan perpindahan dari Tottenham Hotspur ke Bayern Munich dengan nilai perpindahan £100 juta (RM582 juta). Perpindahan ini menamatkan ketidaktentuan tentang masa depan Kane yang mempunyai baki kontrak setahun dengan Spurs sebelum ini. Penyerang England itu menyertai Die Roten dengan kontrak selama empat tahun. Pengerusi lembaga pengarah Bayern, Jan-Christian […]

Harry Kane Sertai Gergasi Jerman, Bayern Munich

Penyerang profilik England, Harry Kane sah akan sertai Bayern Munich dengan kontrak 4 tahun seperti yang disahkan oleh wartawan terkenal Eropah Fabrizio Romano. Fabrizio Romano menyatakan di laman Twitternya bahwa penyerang Spurs itu sah akan sertai Bayern Munich dengan nilai 100 juta dan tambahan 20 juta. Kini, penyerang berusia 30 tahun itu baru sahaja lepas […]

Liverpool Terciduk Di Tangan Bayern

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp pastinya akan bimbang dengan kerapuhan benteng pertahanan pasukan itu. Ini selepas The Reds tewas tipis 4-3 kepada Bayern Munich dalam aksi pra-musim di Singapura semalam. Penyerang Belanda, Cody Gakpo membuka tirai jaringan buat kelab Merseyside itu menerusi rembatan kencang pada minit kedua. Kapten baru Liverpool, Virgil van Dijk menggandakan kelebihan mereka […]

Bayern Munich Bantai Rottach-Egern 27-0

Bayern Munich memulakan aksi pra-musim dengan bergaya dengan membelasah pasukan kerdil Rottach-Egern 27-0. Dalam tempoh 13 minit, Die Roten sudah menyumbat lima gol menerusi dua gol Jamal Musiala dan Serge Gnabry serta Alphonso Davies. Menjelang rehat separuh masa, keputusan perlawanan ialah 18-0. Mathys Tel dan Musiala masing-masing menjaringkan lima gol dengan Gnabry mencatat hatrik. Sementara […]

Pertahanan Kebal ‘Musuh’ Malaysia Di Piala Asia Sertai Bayern Munich

Orang besi Korea Selatan, Kim Min-jae yang bakal beradu dengan barisan penyerang Malaysia di Piala Asia akan menyertai Bayern Munich. Ini selepas kelab Bavaria itu sudah memuktamadkan terma peribadi dengan orang besi Napoli itu. Kini, yang tinggal ialah Die Roten membayar penuh klausa perpindahannya berjumlah €60 juta (RM306 juta) dengan Napoli. Menurut wartawan sukan terkenal, […]

Bayern Pecat Oliver Kahn

Bayern Munich menghela nafas lega kerana berjaya mempertahankan kejuaraan Bundesliga selepas menewaskan Koln 2-1 semalam. Tetapi yang menarik perhatian penyokong ialah tindakan lembaga pengarah mereka yang memecat penjaga gol legenda dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bayern, Oliver Kahn. Ramai penyokong percaya pemecatan tersebut dibuat disebabkan kegagalan Bayern memburu trofi-trofi penting musim ini termasuk Liga Juara-Juara […]

Bayern Munich Gantung Sadio Mane

Kelab gergasi Liga Jerman, Bayern Munich membuat keputusan untuk menggantung pemain sensasi pasukan, Sadio Mane. Tindakan tegas ini diambil oleh barisan kepimpinan kelab terhadap bintang Senegal ini selepas kekalahan memalukan 3-0 kepada Manchester City. Pemain berusia 31 tahun ini dilaporkan bertelagah dengan seorang lagi rakan sepasukan, Leroy Sane selepas berlaku salah faham di atas padang. […]

Sadio Mane Sedekahkan Bantuan Makanan Sempena Ramadan Di Senegal

Walaupun dikenali sebagai bintang bola sepak, itu langsung tidak menghalang Sadio Mane untuk membantu golongan yang memerlukan terutama di negara kelahirannya, Senegal. Terbaru, beliau menyumbang ratusan kampit beras di tempat asalnya iaitu Bambali, Senegal. Ratusan kampit beras ini diagihkan kepada setiap isi rumah golongan yang tidak berkemampuan di situ. Ini bagi membolehkan golongan ini dapat […]

Liverpool & Bayern Munich Bakal Ke Singapura Bagi Aksi Pra-Musim

Liverpool FC

Sebagai persediaan menghadapi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2023-2024, Liverpool telah mengumumkan jelajah pra-musim ke Singapura sekitar Julai ini. Pasukan ini dijangka akan diikuti oleh pemenang Europa Conference League (ECL) musim lepas, AS Roma, Bayern Munich dan satu lagi kelab EPL, Tottenham Hotspur. Sebelum ini, ramai menyangka anak-anak buah Jurgen Klopp bakal mengadakan program pra-musim mereka […]

Mane Tetap Kena ‘Angkut’ Ke Piala Dunia

Bintang pasukan Senegal, Sadio Mane tetap disenaraikan bagi membawa cabaran negaranya di pentas Piala Dunia Qatar tidak lama lagi. Bekas bintang Liverpool ini sedang menikmati perjalanan karier yang amat baik sungguhpun baru sahaja meninggalkan kelabnya pada musim panas ini. Pemain berusia 30 tahun ini difahamkan telah mengalami kecederaan yang agak serius ketika bertemu dengan Werder […]

Impian Sadio Mane Ke Piala Dunia Berkecai

Pemain sayap Bayern Munich, Sadio Mane dikhabarkan terlepas peluang untuk beraksi di Piala Dunia Qatar 2022 hujung tahun ini. Bintang kelahiran Senegal ini mengalami  kecederaan ketika beraksi buat pasukan menentang Werder Bremen tempoh hari. Pemain berusia 30 tahun itu hanya bertahan selama 20 minit sahaja sebelum beliau terpaksa diusung keluar. Pada awalnya, kecederaan bekas bintang Liverpool […]

Manuel Neuer Sahkan Hidapi Kanser

Penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer baru – baru ini telah mendedahkan bahawa beliau disahkan hidapi kanser kulit.  Beliau difahamkan telah pun selesai menjalani tiga pembedahan berbeza tanpa mendedahkannya kepada orang ramai. “Saya terpaksa dibedah tiga kali, dan saya menghidap kanser kulit di sana,” dalam video pelancaran bersama bekas pemain tenis tertinggi, Angelique Kerber.  Difahamkan, […]

Tonton: Rasa Sayang Sadio Mane Terhadap Liverpool Tak Pernah Pudar

Rasa rindu kasih dan juga sayang bekas bintang sensasi Liverpool, Sadio Mane terhadap bekas majikannya tidak pernah pudar. Bintang sensasi Senegal itu kini sudah pun beraksi bersama juara Bundesliga, Bayern Munich selepas melengkapkan perpindahan bernilai sekitar 30 Juta Euro musim panas lalu. Mane segera menyesuaikan diri dengan kelab baharunya itu sungguhpun kini lebih banyak beraksi […]

Tindakan Terpuji Dua Bintang Bayern Munich Tolak Pegang Arak

Kelab gergasi Jerman, Bayern Munich seperti biasa dengan amalan meraikan tradisi mereka bersama sebuah syarikat ‘bir’ dengan memegang gelas arak dalam satu sesi gambar satu pasukan.  Dalam sesi penggambaran tersebut, dua bintang Bayern Munich curi perhatian peminat iaitu Sadio Mane dan Noussair Mazraoui yang memilih untuk tidak memegang gelas minuman keras dan hanya mengukir senyuman […]