Barcelona Mahu Sambar 2 Pemain Bintang Chelsea

Barcelona kini giat memperkuatkan kesebelasan utama dengan mendapatkan beberapa pemain seperti Pierre-Emerick Aubameyang, Adama Traore dan Ferran Torres pada Januari lalu walaupun kewangan mereka masih belum stabil sepenuhnya. Walaupun musim 2021/2022 belum berakhir, kelab sudahpun mula mencari pemain baharu bagi jendela musim panas kelak. Antara nama yang semakin hangat dikaitkan adalah Andreas Christensen dan César […]

Aubameyang Pemain Pertama Abad Ke-21 Cipta Hatrik Empat Liga Utama Eropah

Pada Ahad lepas, Pierre-Emerick Aubameyang mencipta sejarah tersendiri. Dengan menjaringkan hatrik dalam perlawanan La Liga Barcelona menentang Valencia, beliau menjadi pemain pertama menjaringkan tiga gol dalam empat liga utama Eropah pada abad ke-21. Perlawanan tersebut merupakan penampilan ketiga penyerang Gabon itu bersama Blaugrana. Selain Aubameyang, pemain tengah Frenkie de Jong turut mencipta nama sebagai penjaring. […]

Graduan La Masia Bantu Barcelona Bantai Atletico Madrid

Barcelona menunjukkan taring sebenarnya selepas berjaya membenam pesaingnya Atletico Madrid 4-2 di Camp Nou sekaligus naik ke tangga ke-4 La Liga dengan kelebihan 2 mata berbanding Atletico. Perlawanan ini juga menjadi debut pemain terbarunya yang juga merupakan graduan akademi Barcelona, Adama Traore yang beraksi dengan cemerlang disamping membantu jaringan ke-2 Barcelona. Jaringan ke-2 Barcelona yang […]

Gelar Rafael Nadal Musuh Negara, Pegawai Barcelona Letak Jawatan

Bila sudah dipilih sebagai pegawai mana-mana organisasi, amat penting untuk menjaga diri daripada terjebak dengan sebarang bentuk kontroversi. Ini termasuk mengelak daripada mengeluarkan kenyataan bersifat pendek akal. Fakta ini memaksa seorang pegawai Yayasan Barcelona meletak jawatan selepas menggelar bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal sebagai musuh negara. Kelancangan naib presiden yayasan Alfons Godall mengundang kritikan ramai […]

Cerita Sebenar Perpindahan Aubameyang Ke Barcelona

Pada hari terakhir perpindahan semalam, Pierre-Emerick Aubameyang membuat kejutan dengan menyertai Barcelona dari Arsenal secara percuma. Bagi Xavi, kehadiran penyerang Gabon itu dilihat mampu mempertajam barisan serangan Barca. Tetapi untuk merealisasikannya bukan sesuatu yang mudah. Sejak musim perpindahan Januari 2022 bermula, sasaran sebenar Blaugrana ialah bekas penyerang Real Madrid Alvaro Morata. Bagaimanapun, untuk mendapatkannya, majikannya […]

Aubameyang Tinggalkan Arsenal, Sertai Barcelona

Penyerang kebangsaan Gabon, Pierre Emerick-Aubameyang sah sertai kelab gergasi Sepanyol, Barcelona seperti yang dilaporkan wartawan terkenal, Fabrizio Romano. Pemain berusia 32 tahun ini bakal diumumkan secara sah tidak lama lagi kerana beliau telah selesai menjalani ujian kecergasan. Sebelum ini, Aubameyang difahamkan telah kehilangan lilitan kapten pada Disember lalu oleh kerana pelanggaran disiplin iaitu melanggar protokol […]

Barcelona Intai Khidmat Oscar

Pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona dikhabarkan sedang mengintai khidmat pemain ke-5 termahal di dunia iaitu Oscar Dos Santos. Kehadiran bekas pemain Chelsea itu dijangka mengisi kekosongan yang ditinggalkan Philppe Coutinho yang berhijrah ke Aston Villa secara pinjaman. Menurut laporan Marca, pemain kelahiran Brazil itu difahamkan sedia untuk menerima pengurangan gaji demi kembali ke Eropah dengan sertai […]

Barcelona Intai Khidmat Aymeric Laporte

Selepas berjaya mendapatkan Ferran Torres dengan harga 55 juta euro (RM260.16 juta), nampaknya Barcelona enggan berhenti mendapatkan pemain Manchester City. Kini, wujud khabar angin kelab berpangkalan di Nou Camp itu sedang mengintai bek tengah Sepanyol, Aymeric Laporte. Sebelum ini, pemain pertahanan berdarah Basque itu merasa tidak gembira kerana dipintas John Stone sebagai bek tengah utama […]

Juan Mata Dikaitkan Ke Barcelona & Real Sociedad

Dengan kontrak berbaki enam bulan, jodoh Juan Mata bersama majikannya Manchester United dijangka berakhir penghujung musim ini. Tetapi mengikut beberapa laporan di Sepanyol, Barcelona dan Real Sociedad sedang mengintai mendapatkan khidmatnya secara percuma Januari ini. Sociedad yang ketika ini menduduki tangga keenam La Liga berharap kehadiran Mata dapat menyuntik elemen kreativiti dan pengalaman dalam pasukan […]

Barcelona Tandatangani Ferran Torres Walau Hutang Keliling Pinggang

Selepas satu musim setengah bersama Manchester City, Ferran Torres akhirnya sah berpindah ke Barcelona dengan yuran perpindahan €55 juta. Perpindahan tersebut telah dimuktamadkan hari ini menerusi kenyataan bersama kedua-dua kelab. Torres telah memeterai kontrak sehingga 2027 dengan klausa perlepasan sebanyak €1 bilion. Beliau tampil sebanyak 43 kali bersama Citizens selepas berpindah dari Valencia pada Ogos […]

Barcelona Terpaksa Akur Kepada Bayern

Skuad kendalian Xavi Hernandez terpaksa akur apabila tewas 0-3 di tangan Bayern dalam aksi terakhir bagi peringkat kumpulan E dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. Bayern Munich menang dengan bergaya menerusi jaringan Thomas Muller, Leroy Sane dan Jamal Musiala. Ia sekaligus meletakkan Bayern sebagai juara kumpulan dengan 18 mata. Thomas Muller membuka jaringan pada minit ke-37 […]

Peraturan ‘Gila’ Xavi Untuk Pemain Barcelona Ini Boleh Buat Jantung Kita ‘Dup Dap’

Menurut satu laporan daripada Barcablaugranes, Xavi telah memperkenalkan beberapa peraturan ‘gila’ untuk para pemain Barcelona. Xavi yang sebelum ini telah sah dilantik sebagai pengurus untuk membimbing skuad FC Barcelona. Xavi dikatakan masih mengetengahkan beberapa corak disiplin daripada era Luis Enrique. Akan tetapi pengurus baharu itu dilihat telah menambah beberapa undang-undang disiplin bagi memantapkan skuad gergasi […]

Bagai Sirih Pulang Ke Gagang, Xavi Kini Jurulatih Barcelona Yang Baharu

Barcelona telah mengesahkan bahawa Xavi Hernandez akan kembali ke Nou Camp dan menggantikan Ronald Koeman yang telah dipecat susulan prestasi buruk pasukan. Barcelona mengumumkan pada awal pagi Sabtu bahawa Xavi telah bersetuju dengan kontrak sehingga tahun 2024. Bekas pemain tengah Sepanyol itu bersetuju melepaskan kontraknya di kelab Qatar Al-Sadd selepas perbincangan bersama pemilik kelab tersebut. […]

Barcelona Mula Mencari Ramuan Baharu Selesai Kemelut Pasukan

Pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona dilaporkan telah menjumpai calon jurulatih ‘idaman’ yang dirasakan berpotensi bagi menggantikan jurulatih sedia ada mereka, Ronald Koeman.  Antara nama besar yang disebut-sebut ialah Roberto Martinez yang kini sedang mengemudi skuad antarabangsa Belgium. Selain itu, pasukan tersebut sedang berusaha untuk memancing lagenda kelab, Xavi Hernandez yang hangat diperkatakan bagi mengambil alih tempat […]

Peluang Terakhir Buat Philippe Coutinho Di Barcelona

Philippe Coutinho sudah kembali beraksi dalam kesebelasan utama ketika menentang Granada untuk saingan Liga Sepanyol pagi tadi setelah diketepikan selama sembilan bulan akibat daripada kecederaan lutut.  Perlawanan itu berkesudahan seri dengan jaringan 1-1 yang berlangsung di Stadium Camp Nou. Bekas pemain Bayern Munich itu juga sebelum ini hanya masuk sebagai pemain gantian menggantikan Luuk De […]

Kecederaan Pedri Buat Barcelona Lebih Tertekan

Bintang muda Barcelona, Pedri Gonzalez difahamkan telah mengalami kecederaan sejurus selepas tamat perlawanan menentang Bayern Munich dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).  Menurut laman web rasmi Barcelona, Pedri telah disahkan mengalami kecederaan di bahagian otot paha kirinya selepas beraksi sepanjang 90 minit permainan dalam kesebelasan utama menentang Bayern Munich baru-baru ini.  Meskipun cuti […]