Gerard Piqué Bakal Ke JDT?

Bekas pertahanan kental Barcelona, Gerard Piqué dilaporkan akan tiba ke Johor Darul Ta’zim (JDT). Perkara ini mendapat liputan yang cukup meluas di media sosial apabila beliau difahamkan akan ke bumi Johor sungguhpun statusnya masih tidak dapat diketahui. Pertahanan berusia 35 tahun ini merupakan produk Akademi La Masia telah menjadi antara salah satu pemain yang menjadi […]
Penjaga Gol Selamatkan Penyokong Semasa Perlawanan Cadiz-Barcelona

Perlawanan La Liga Cadiz-Barcelona ditangguhkan selama 30 minit selepas berlakunya situasi kecemasan dalam stadium semalam. Gergasi Catalan pada ketika itu sedang mendahului 2-0 dengan masa perlawanan berbaki 10 minit. Tetapi pada minit ke-81, penjaga gol tuan rumah Jeremias Ledesma menyedari ada situasi kecemasan dalam stadium. Lantas, dia berlari mendapatkan peralatan perubatan sebelum membaling ke arah […]
Chelsea Mahu Satukan Semula De Ligt & De Jong

Pasukan yang berpangkalan di London, Chelsea dilaporkan berminat untuk membawa masuk dua bekas bintang muda Ajax, Matthijs De Ligt dan juga Frankie De Jong. Khabar angin bertiup kencang mengenai usaha membawa masuk pertahanan Juventus itu selepas The Blues kehilangan dua tonggak utama iaitu Antonio Rudiger dan juga Andreas Christensen. Pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly dilaporkan […]
Lewandowski Semakin Hampir Sertai Barcelona

Peledak berbisa Bayern Munich, Robert Lewandoski dilaporkan semakin hampir sertai gergasi Sepanyol, Barcelona selepas dikatakan telah mencapai persetujuan lisan dengan kontrak 3 tahun. Selepas hampir 8 tahun, akhirnya pemain berusia 33 tahun itu menyatakan bahawa era-nya bersama Bayern Munich sudah berakhir seperti yang dilaporkan wartawan terkenal, Fabrizio Romano. Bekas pemain Borussia Dortmund itu difahamkan tidak […]
Robert Lewandowski Beri Bayangan Dah Tawar Hati Dengan Bayern Munich

Penyerang handalan Bayern Munich, Robert Lewandowski mula bermain tarik tali mengenai masa depannya bersama kelab tersebut. Beliau yang kini menghampiri penghujung baki kontraknya bersama kelab Jerman itu dilaporkan sudah pun mempertimbangkan perancangan untuk mencari kelab baharu. Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik okeh jurnalis terkenal Itali, Fabrizio Romano, beliau mendedahkan temubual yang dijalankan terhadap penyerang […]
Gerard Pique Anggap Messi Sebagai Tuhan Di Barcelona

Pemain pertahanan Barcelona Gerard Pique menganggap Lionel Messi ‘seperti tuhan’ di kelab Barcelona dan beliau akui menangis apabila penyerang Argentina itu berhijrah ke Paris Saint-Germain. Pique dan Messi adalah rakan sepasukan di Camp Nou ketika usia remaja dan bersatu semula dalam pasukan utama apabila pemain pertahanan itu kembali dari Manchester United pada tahun 2008. Kedua-dua […]
Harry Maguire Dikatakan Tolak Lamaran Barcelona, Ingin Terus Berbakti Kepada Manchester United

Pertahanan pasukan Manchester United, Harry Maguire ingin terus berbakti kepada pasukannya selepas desas-desus melibatkan perpindahan beliau ke Barcelona sebelum ini. Kapten berusia 29 tahun itu sedang melalui musim yang kurang memberangsangkan bersama The Red Devils selepas seringkali menjadi sasaran atas kelemahan benteng pertahanan United. Oleh yang demikian, timbul persolan mengenai masa depan pemain ini selepas […]
Pedri Terus Dibelenggu Kecederaan

Bintang muda Sepanyol, Pedri terus dihimpit kecederaan otot selepas dikeluarkan pada separuh masa kedua ketika Barcelona bertemu Eintracht Frankfurt bagi aksi Europe League pagi tadi. Pemain berusia 19 tahun itu dilihat memegang paha kirinya sejurus selepas tamat separuh masa pertama dan Xavi membuat pertukaran menggantikan Pedri dengan Frankie De Jong. Pedri telah disahkan mengalami ketidakselesaan […]
Xavi Akui ‘Terkejut Beruk’ Dengan Penyokong Eintracht Frankfurt

Kekalahan mengejut gergasi Sepanyol, Barcelona 2-3 (3-4 agregat) kepada Eintracht Frankfurt pagi tadi ternyata mengejutkan banyak pihak. Apatah lagi Barcelona berada dalam momentum terbaik selepas melalui 15 perlawanan tanpa kekalahan. Selepas perlawanan, pengendali Barcelona, Xavi Hernandez memberitahu media bahawa keadaan di Stadium Nou Camp sangat mengejutkan beliau dan para pemain Barcelona. Ini kerana beliau dapat […]
UEL: Dua Kelab Jerman Ke Separuh Akhir, Barcelona Tersungkur Di Nou Camp

Empat perlawanan Liga Europa pagi tadi menyaksikan dua kelab dari Bundesliga iaitu Eintracht Frankfurt dan RB Leipzig berjaya mara ke separuh akhir diikuti wakil Scotland, Rangers dan kelab England, West Ham United. Paling mencuri tumpuan adalah bagaimana langkah Barcelona tersekat di tangan Eintracht di Nou Camp. Kekalahan 2-3 kepada Eintracht ini sekali gus menamatkan rekod […]
Barcelona Melingkup Di Laman Sendiri

Pasukan gergasi Eropah, Barcelona gagal melayakkan diri ke separuh akhir saingan Liga Eropah selepas tewas 2-3 kepada Eintracht Frankfurt bagi perlawanan kedua suku akhir di Camp Nou. Skuad kendalian Xavi hernandez itu tersentak dengan tiga jaringan awal yang dihasilkan oleh Filip Kostic dan Rafael Santos Borre Maury yang kekal sehingga minit 90 minit permainan. Namun, […]
Joan Laporta Buktikan Orang Yang Tepat Pegang Kelab Mampu Beri Impak Positif

Barcelona kini kembali mempamerkan aksi cemerlang setelah ditimpa pelbagai masalah serta mengharungi musim yang sukar sejak musim lalu. Malah perlawanan El Clasico kembali ‘bernyawa’ setelah mereka memberikan aksi yang sengit kepada Real Madrid setelah beberapa kali perlawanan El Clasico kerap berakhir dengan kemenangan Real Madrid. Sejak Joan Laporta kembali memegang tampuk presiden Barcelona daripada Josep […]
Dalam Diam-diam Barcelona Sudah Tandatangan 2 Pemain Baharu

Presiden Barcelona, Juan Laporta telah memaklumkan bahawa kelab tersebut sudah menyelesaikan 2 perpindahan pemain baharu bagi musim hadapan. Barcelona kini giat mencari pemain-pemain baharu bagi menyempurnakan rancangan pengurus baharu mereka, Xavi. Laporta memberitahu bahawa seorang pemain tengah dan seorang pemain pertahanan sudah berjaya dibawa masuk kelab bagi mengharungi musim hadapan. Namun Laporta tidak dibenarkan menyebut […]
10 Pemain Terkenal Yang Bakal Tamat Kontrak Jun Ini

Masih berbaki hampir 3 bulan sebelum musim 2021/2022 melabuhkan tirai namun berita beberapa pemain terkenal yang bakal tamat kontrak pada bulan Jun ini telah mula mencetuskan gosip hangat berkenaan perpindahan mereka. Malah sudah ada beberapa kelab yang mula menghubungi pemain-pemain ini bagi menawarkan kontrak baharu. Berikut merupakan 10 pemain terkenal yang bakal tamat kontrak pada […]
Barcelona Belasah Real Madrid Dalam Pertemuan El Clasico

Barcelona berjaya mengekalkan rentak kemenangan mereka apabila membelasah Real Madrid dalam perlawanan El Clasico dengan jaringan 4-0 di gelanggang Santiago Bernabeu. Barcelona mengakhiri rekod tanpa kalah Real Madrid sebanyak 9 perlawanan liga setelah kali terakhir Real Madrid kalah adalah pada awal Januari sewaktu menentang Getafe. Real Madrid turun tanpa kelibat penyerang utama mereka iaitu Karim […]
Bekas Wonderkid Barcelona Bakal Sertai RANS Cilegon FC?

Pasukan Liga 2 Indonesia, RANS Cilegon FC kini dikhabarkan sedang berusaha untuk membawa masuk bekas bintang Barcelona selepas sebelum ini turut dikaitkan dengan beberapa nama besar di Eropah bagi menguatkan pasukan. Setelah nama-nama seperti Mesut Ozil pernah dikaitkan dengan pasukan milik Rafi Ahmad ini, kini nama bekas pemain AC Milan ini menjadi bualan hangat di […]