Tan Boon Heong Pelik Dengan Keputusan Seorang Pemain Malaysia Berlatih Sendirian

Bekas pemain badminton Malaysia, Tan Boon Heong meluahkan rasa hairannya mengenai keputusan seorang pemain yang memilih untuk berlatih sendirian. Menerusi hantaran di laman Facebook, Boon Heong berkongsi pandangan peribadinya mengenai keputusan untuk berlatih sendiri sebagai persiapan menghadapi kejohanan berpasukan. Menurut beliau, tiada yang salah mahupun betul mengenai keputusan yang dibuat ini dan beliau melihat peluang […]
Badminton Asia Championship: Jonatan Christie Tamatkan Perjalanan Lee Zii Jia

Hari keempat saingan Badminton Asia Championship 2024 menyaksikan kemaraan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia disekat oleh Jonatan Christie dari Indonesia. Dari segi rekod pertemuan, Zii Jia dilihat memiliki kelebihan setelah mencatatkan lima kemenangan berturut-turut ke atas Christie dengan kali terakhir adalah pada saingan India Open 2024 yang menyaksikan wakil negara itu menang 21-15, […]
Sasaran Nova Widianto Terhadap Chen Tang Jie-Toh Ee Wei Dilabel Tindakan Berani

Sasaran yang ditetapkan oleh jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto buat pasangan negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei telah mendapat reaksi beberapa pihak. Sebelum ini, Nova Widianto telah memasang impian untuk melihat anak buahnya, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei berada di podium pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan bermula pada Jun […]
Ranking BWF: Dua Beregu Muda Malaysia Catat Peningkatan Mendadak

Kemas kini ranking BWF yang dikeluarkan pada Selasa lalu menyaksikan dua beregu muda dari Malaysia terus mendaki kedudukan tinggi dalam carta ranking. Dua beregu yang mencatatkan peningkatan ini adalah naib juara Spain Masters 2024, Arif Junaidi-Yap Roy King dan juga pasangan berusia 18 tahun, Aaron Tai-Kang Khai Xing yang menjuarai Thailand International Challenge pada Ahad […]
Lee Zii Jia Tempah Tiket Ke Olimpik

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengesahkan tempatnya ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai hadapan. Pemain kelahiran Kedah ini bakal mengikuti jejak tiga pasangan beregu negara iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Pearly Tan-M. Thinaah dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang sudah melayakkan diri ke temasya tersebut terlebih dahulu. Menerusi ciapan daripada pemerhati […]
Perkembangan Terkini Ng Tze Yong Selepas Cedera Panjang

Pemain perseorangan negara, Ng Tze Tong mula menunjukan reaksi positif selepas kembali dari kecederaan yang sedikit menggangu perjalanannya bagi musim 2024. Menurut laporan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom yang membuat liputan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Tze Yong telah pun kembali menyertai sesi latihan selepas menjalani pembedahan sebelum ini. Walau bagaimanapun, pemain kelahiran Johor itu […]
3 Beregu Negara Tempah Tiket Ke Olimpik

Berita baik buat kontinjen badminton negara apabila tiga beregu utama negara sudah mengesahkan tempat di Sukan Olimpik Paris 2024. Menurut infografik yang dimuatnaik oleh ShuttleHard, Malaysia sudah mempunyai wakil bagi acara beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran berdasarkan kiraan mata kelayakan ke Sukan Olimpik, Race To Paris. Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi […]
Badminton Malaysia ‘Belanja’ RM2.3 Juta Demi Ke Paris

Sukan badminton Malaysia mencatatkan perbelanjaan tertinggi bagi dana perbelanjaan program Road To Gold tahun 2023. Menerusi infografik yang dikongsikan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) menunjukkan perbelanjaan yang telah digunakan bagi program Road To Gold (RTG) bagi tahun 2023 yang dipecahkan mengikut sukan yang disenaraikan dalam program ini. Menurut infografik tersebut, sukan badminton telah membelanjakan sejumlah […]
Satu Demi Satu Ujian Berat Melanda Kem Badminton Malaysia

Kem badminton Malaysia terus dihimpit dengan masalah kecederaan melibatkan para pemain. Terbaharu, pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian tangan dan disahkan oleh jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto saat ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Syifa Nasir. Nova berkata, sesi latihan beregu campuran nombor satu negara ini sedikit terganggu […]
Malaysia Tempah Slot Ke Uber Cup 2024

Meskipun kecundang di suku akhir Badminton Asia Team Championship (BATC) 2024, skuad wanita negara tetap berjaya melayakkkan diri ke Uber Cup 2024. Skuad badminton wanita negara yang diketuai Thinaah Muralitharan pada BATC yang lalu berjaya menempatkan diri ke Uber Cup menerusi kedudukan ranking. Mengikut kedudukan rangking, Malaysia berada di tempat kesepuluh dengan 190,777 mata dan […]
BATC: Aksi Memukau Leong Jun Hao Bantu Malaysia Ranapkan Chinese Taipei

Malaysia mengesahkan kedudukan sebagai juara kumpulan setelah menumbangkan Chinese Taipei pada aksi terakhir kumpulan B Badminton Asia Team Championship (BATC) 2024. Malaysia yang sudah mara setelah mencatatkan dua kemenangan ke atas Brunei dan Kazakhstan sebelum ini turun dengan misi untuk bergelar juara kumpulan bagi memudahkan perjalanan di peringkat kalah mati. Skuad negara mempertaruhkan Lee Zii […]
BATC: Malaysia Unggul Atasi Kazakhstan

Malaysia meneruskan rentak cemerlang setelah mencatatkan kemenangan kedua apabila menumpaskan Kazakhstan dalam aksi kumpulan B Badminton Asia Team Championship (BATC) 2024. Di atas kertas, skuad badminton lelaki negara memiliki kelebihan untuk muncul pemenang aksi ini dengan barisan pemain yang lebih berkualiti meski tanpa kelibat Ng Tze Yong yang masih menjalani pemulihan. Lee Zii Jia yang […]
BATC: Malaysia Mula Langkah Kanan, Atasi Brunei

Skuad badminton lelaki Malaysia tiada masalah untuk menumbangkan Brunei dalam aksi pertama kumpulan B Badminton Asia Team Championship (BATC) 2024. Malaysia yang merupakan juara bertahan turun tanpa pemain perseorangan utama, Lee Zii Jia dan beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang direhatkan bagi aksi ini. Ng Tze Yong yang ditugaskan sebagai pemain perseorangan […]
BATC: Roslin Hashim Anggap Sasaran Ke Separuh Akhir Tak Relevan

Bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim tidak bersetuju dengan sasaran separuh akhir yang ditetapkan untuk skuad negara pada Badminton Asia Team Championship (BATC) 2024. Beliau yang ditemui oleh wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman berkata, sasaran ini dilihat tidak relevan memandangkan status Malaysia sebagai juara bertahan pada edisi dua tahun lalu. “Kalau kita lihat, sasarannya ke […]
Lee Zii Jia Lakukan Pengorbanan Besar Demi Karier

Pengorbanan yang dilakukan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia diharap dapat mengembalikan prestasi peribadi ke tahap yang terbaik. Menerusi satu hantaran di instagram rasmi Team Lee ZIi Jia (Team LZJ), menyaksikan beliau mengambil inisiatif berbeza dengan ‘terbang’ ke Korea Selatan minggu lalu bagi menjalani latihan di sana. Di dalam video berkenaan, Zii Jia dilihat […]
Badminton Malaysia Bakal Terima Sentuhan Berbisa Indonesia

Khabar gembira menanti skuad badminton Malaysia apabila akan memiliki tenaga pakar dari negara jiran, Indonesia. Berita ini dikongsikan menerusi satu ciapan yang dilakukan wartawan Astro Arena, Syifa Nasir bahawa seorang jurulatih kelahiran Indonesia bakal memperkuat barisan kejurulatihan negara dengan tumpuan beliau ke arah membantu pemain beregu wanita negara. “Difahamkan seorang lagi tenaga pengajar dari Indonesia […]