Perubahan Besar-Besaran Struktur Badminton Malaysia

Struktur kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dilaporkan mengalami perubahan drastik. Menerusi laporan wartawan, Syakirah Zulkifly, rombakan dilakukan oleh pihak BAM melibatkan beberapa jurulatih setelah perbincangan dilakukan memakan masa hampir sebulan. “Selepas sebulan perbincangan penstrukturan barisan kejurultihan berlangsung, BAM umumkan senarai baharu hari ini,” tulis Syakirah di laman X. Antara perubahan besar yang dilakukan adalah dengan […]

Ng Tze Yong Rehat Panjang

Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal buat kejohanan yang berbaki pada tahun ini. Tze Yong yang bergelut dengan kecederaan yang dialami olehnya ketika di Petronas Malaysia Open sekitar Januari lalu telah menjalani beberapa siri pembedahan sebelum ini. Menurut Pakar Perubatan Institut Sukan Negara (ISN), Dr. Jasmiza Khuzairi, perkembangan positif […]

Keadaan Soh Wooi Yik Resahkan Kem Badminton Malaysia

Situasi kecederaan pemain beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik tampak menggusarkan kem badminton Malaysia. Wooi Yik yang berpasangan bersama Aaron Chia telah mengumumkan penarikan diri dari Japan Open akibat kecederaan yang dialami oleh pemain berusia 26 tahun itu. Kecederaan yang menimpa Wooi Yik di kaki kanan berlaku ketika aksi suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 […]

Cheam June Wei Julang Gah Nama Malaysia Di China

Nama Malaysia terus mendapat perhatian dunia badminton apabila pemain perseorangan lelaki, Cheam June Wei muncul juara kejohanan jemputan di China. June Wei menyertai Lin Dan Cup yang diadakan di Stadium Bao’an di Shenzhen, Wilayah Guangdong, selatan China bermula 15 Jun hingga 16 Jun yang lalu yang turut disertai oleh nama-nama yang tidak asing seperti Heo […]

Info Siaran Langsung Suku Akhir Australian Open: Barisan Pemain & Siaran TV (Live Streaming)

Pusingan suku akhir Australian Open 2024 menyaksikan seramai tujuh wakil Malaysia bakal turun ke gelanggang dalam misi merebut tempat ke peringkat separuh akhir. Prestasi yang boleh dikatakan cukup memuaskan buat skuad negara apabila daripada 12 wakil yang beraksi di pusingan 16 terbaik, tujuh wakil negara berjaya meloloskan diri manakala lima yang lain terkandas kepada lawan […]

Peluang Lee Zii Jia Tamatkan Derita 7 Tahun Di Laman Sendiri

Pentas Malaysia Masters 2024 bakal menyaksikan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berpeluang untuk membuktikan kemampuan dirinya di hadapan para peminat badminton tanah air. Untuk rekod, sepanjang penyertaannya di kejohanan ini sejak 2017, Zii Jia masih belum berjaya menjejakkan kaki ke final dengan pencapaian terbaik adalah berada di peringkat separuh akhir pada tahun 2020. […]

Thailand Open: Lee Zii Jia Ulangi Rekod Juara 2022, Tumpaskan Ng Ka Long

Final Thailand Open 2024 menyaksikan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia muncul sebagai juara setelah berjuang hebat menundukkan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong. Lee Zii Jia yang mara ke perlawanan akhir selepas membenam cabaran pemain Chinese Taipei, Chou Tien Chen pastinya mengimpikan untuk merangkul kejuaraan di Thailand Open seperti mana yang dilakukannya […]

Lee Chong Wei: Pemain Sekarang Manja, Fokus Media Sosial Berbanding Karier

Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Wira Lee Chong Wei mahu para pemain untuk meletakkan fokus utama mereka kepada kerjaya terlebih dahulu berbanding hal lain. Menurut beliau, terdapat jelas perbezaan ketika zaman dahulu dan kini yang rata-rata pemain terlalu takut untuk mengharungi kesusahan selain terlalu fokus menjaga imej di media sosial sahaja. ”Bagi saya, zaman […]

Siaran Langsung Thomas Cup: China vs Malaysia (Live Streaming)

Separuh akhir Thomas Cup 2024 menyaksikan Malaysia bakal berdepan tugas getir menentang gergasi badminton dunia, China pada Sabtu. Masih segar dengan kejayaan menumbangkan Jepun 3-1 di aksi suku akhir pada Khamis, skuad negara akan menghadapi satu lagi pasukan handalah dunia iaitu China di Chengdu. Pertemuan kali ini ibarat ulangan aksi final Badminton Asia Team Championship […]

Thomas Cup: Malaysia Tewas Tipis Di Tangan Denmark

Malaysia terpaksa berpuas hati menamatkan aksi peringkat kumpulan Thomas Cup 2024 sebagai naib juara kumpulan setelah kecundang kepada jaguh Eropah, Denmark pada Selasa. Aksi yang berlangsung di gelanggang dua ini penting buat kedua-dua negara bagi menentukan juara dan naib juara kumpulan D setelah mencatatkan dua kemenangan dalam perlawanan terdahulu. Malaysia membariskan barisan terkuat yang dimiliki […]

Siaran Langsung Uber Cup: Malaysia vs Thailand (Live Streaming)

Aksi kedua peringkat kumpulan Uber Cup menyaksikan pertembungan dua negara Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Thailand pada petang Isnin. Skuad wanita kebangsaan memulakan saingan Uber Cup dengan langkah kiri setelah tunduk di tangan Chinese Taipei dengan keputusan 4-1 semalam dengan mata tunggal buat negara disumbangkan oleh pasangan beregu, Teoh Mei Xing-Go Pei Kee. Pasukan negara […]

Thomas Cup: Malaysia Catat Kemenangan Bersih Ke Atas Algeria

Malaysia mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati Thomas Cup 2024 setelah mudah menewaskan Algeria dalam aksi di gelanggang empat. Masih segar dengan kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong semalam, skuad negara membuat keputusan untuk merehatkan beberapa tonggak utama seperti Leong Jun Hao, Aaron Chia dan Goh Sze Fei. Lee Zii Jia yang diturunkan sebagai pemain […]

Siaran Langsung Thomas Cup: Malaysia vs Hong Kong (Live Streaming)

Perlawanan pertama peringkat kumpulan D Thomas Cup menyaksikan pertembungan Malaysia dan Hong Kong di gelanggang dua pada pagi Sabtu. Skuad badminton negara dijangka bakal menurunkan barisan terkuat bagi merealisasikan impian meraih kemenangan pertama di peringkat kumpulan agar perjalanan mara ke suku akhir selepas ini lebih mudah. Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan bintang muda, […]

Rexy Mainaky: Ini Saja Skuad Malaysia Yang Ada

Pengarah kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky tetap yakin dengan barisan pemain Malaysia meskipun dihimpit pelbagai isu menjelang kejohanan berpasukan. Pada Jumaat, BAM dalam suatu kenyataan mengumumkan terpaksa melupakan khidmat pemain perseorangan kedua negara, Ng Tze Yong yang bakal menjalani satu lagi pembedahan dalam masa terdekat. Ng Tze Yong yang baru pulih dari kecederaan […]

Thomas Cup: Malaysia Hilang Khidmat Ng Tze Yong

Tamparan hebat buat pasukan badminton Malaysia menjelang kejohanan Thomas Cup 2024 apabila terpaksa melupakan khidmat Ng Tze Yong. Ng Tze Yong yang sebelum ini tersenarai dalam 10 pemain yang bakal menggalas cabaran negara ke Thomas Cup walau bagaimanapun terpaksa disisihkan pada saat-saat akhir. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan pada Jumaat mengatakan bahawa pemain […]

Keadaan Pearly Tan Cemaskan Kem Badminton Malaysia

Berita kurang gembira diterima dari skuad badminton kebangsaan yang membabitkan pemain beregu wanita Malaysia, Pearly Tan. Menurut Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, kecederaan yang dialami oleh pemain berusia 24 tahun itu adalah masalah berulang di bahagian belakang yang pernah menimpa Pearly sebelum ini. ”Memang untuk setakat ini Pearly ada sedikit (kecederaan) di […]