3 Pemain Tunjang Harimau Malaya Yang Disisih Pan-gon

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun mengumumkan barisan 30 orang pemain yang bakal dibawa oleh Kim Pan-gon bagi menghadapi perlawanan persahabatan yang dijadualkan berlangsung di Singapura hujung bulan ini. Jurulatih kelahiran Korea Selatan ini mengekalkan 15 orang pemain daripada jumlah keseluruhan 24 orang pemain yang dibawa ke kejohanan Piala AFF sementara beberapa muka baharu turut […]

Baddrol Bakhtiar Buktikan Beliau Wajar Dipanggil Ke Kem Kim Pan-gon

Perancang tengah berpengalaman, Baddrol Bakhtiar terus menjadi watak penting buat pasukan Sabah apabila menampilkan persembahan yang cukup cemerlang pada malam ini. Perlawanan kedua Liga Super 2022 menyaksikan pertembungan antara pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee menentang PJ City berkesudahan dengan kemenangan buat Sabah dengan jaringan 3-1. Namun begitu, aksi pemain tengah pasukan negara ini mengawal […]

Baddrol Tekad Revolusikan Sabah

Ketua pasukan skuad kebangsaan, Baddrol Bakhtiar memilih untuk sertai Sabah kerana reformasi yang mahu dilaksanakan oleh jurulatih Sabah, Ong Kim Swee pada saingan Liga Malaysia musim 2022 ini. Pemain berusia 33 tahun ini tekad membantu Sabah kembali dikenali sebagai pasukan yang terbaik dalam kancah Liga Malaysia. Beliau percaya kredibiliti yang ada pada Kim Swee mampu […]

Baddrol, Rizal & Dominic Sertai Kem Latihan Sabah FC Bulan Hadapan

10 Januari depan, tiga tonggak baharu Sabah FC, Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali dan Dominic Tan bakal menyertai sesi latihan bersama pasukan di Kota Kinabalu. Perkara itu diperjelaskan pengendali Sabah FC, Ong Kim Swee seusai sesi latihan pertama di Padang Sintetik, Universiti Malaysia Sabah (UMS) semalam. Ong Kim Swee memaklumkan bahawa skuad kendaliannya itu akan menghadapi […]

Shahrom Kalam: Perang Psikologi? Baddrol Dan Aidil Boleh ‘Settle’

Dalam satu rancangan Cakap Harimau di live Facebook Cakap Sukan, bekas pertahanan skuad kebangsaan, Shahrom Kalam tampil mengulas berkenaan perang psikologi yang berlaku pada kempen Piala AFF kali ini. Debaran kian terasa apabila Malaysia dijadualkan bertemu musuh tradisi, pasukan Indonesia pada esok. Shahrom menjelaskan bahawa kepimpinan yang ada pada Aidil dan Baddrol akan terus ditagih […]

Baddrol Cemerlang Tawan Bahagian Tengah

Perlawanan kedua pasukan kebangsaan bagi kempen Piala AFF menyaksikan Malaysia menang besar keatas Laos dengan jaringan 4-0. Percaturan Tan Cheng Hoe yang turun mempertaruhkan pemain-pemain tempatan membuahkan hasil sekaligus berjaya menatijahkan kemenangan kedua buat pasukan. Pemain tengah kebangsaan, Baddrol Bakhtiar menjadi nadi kepada jentera tengah pasukan hari ini. Peranan bekas kapten Kedah itu telah ditagih […]

Ong Kim Swee: Baddrol Pemain Pertama Yang Saya Mahukan

Selepas 16 tahun bersama skuad Hijau Kuning, kini legenda Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar sah akan menyertai pasukan Sabah FC bagi saingan musim hadapan.  Menurut satu kenyataan dikeluarkan jurulatih Sabah, Ong Kim Swee, beliau menyatakan bahawa selepas membuat keputusan untuk menyertai Sabah, orang pertama yang menjadi sasaran beliau ialah Baddrol Bakhtiar.  Bekas jurulatih skuad […]

Shahrom Kalam Akui Malaysia Merindui Kelibat Pemain ‘Nombor 6’ Dalam Pasukan

Bekas pertahanan pasukan kebangsaan, Shahrom Kalam menjelaskan bahawa skuad negara pastinya menagih kelibat pemain yang mampu menggalas tugas sebagai pemain tengah bertahan apabila pasukan negara bakal turun berdepan pasukan Kemboja bagi saingan kumpulan B hari ini. Beliau yang menjadi sebahagian daripada skuad Piala AFF pada tahun 2016 turut berdepan pasukan sama ketika itu mengakui telah […]

Ucapan Menyentap Emosi Baddrol Bakhtiar Jadi Lambaian Perpisahan Dengan Kedah

Bintang dan lagenda bola sepak tanah air, Baddrol Bakhtiar kelmarin telah membuat satu hantaran di Instagram miliknya. Hantaran tersebut telah memaparkan video berdurasi 4 minit 56 saat beserta caption yang menyentap emosi ramai peminat bola sepak tempatan. Video tersebut telah memaparkan setiap detik-detik indah Baddrol selama mana bersama Kedah. Juga ada dalam video, aksi ketika awal-awal […]

Baddrol Idam Jaringkan Gol Di AFF Suzuki

Menurut kenyataan daripada ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar menyifatkan persaingan merebut tempat dalam skuad kebanggsaan bagi Piala AFF Suzuki kali ini cukup sengit.  Biarpun pemain kelahiran Kedah itu dianggap sebagai pemain tengah yang berpengalaman, beliau tidak menafikan bahawa untuk berada dalam skuad utama bukan suatu perkara yang mudah.  “Saya melihat panggilan kali ini, senarai pemain […]

Peminat Cilik Ini Tangisi Kepergian Lagenda Kedah Baddrol Bakhtiar

Menjadi kesayangan seluruh rakyat negeri Kedah adalah merupakan satu kebanggaan dan kejayaan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Itulah yang terjadi kepada pemain lagenda Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar. Khidmat 16 tahun beliau bersama skuad Hijau Kuning ini semakin hampir ke penghujungnya apabila beliau hampir pasti menamatkan desas-desus perpindahan ke pasukan Sabah FC. Kini […]

Ucapan Perpisahan Renan Alves Buat Dua Lagenda Kedah Gugurkan Air Mata Jantan

Pemain pertahanan tengah pasukan Kedah Darul Aman FC, Renan Alves telah memuat naik satu hantaran di laman Instagramnya yang menunjukkan ucapan perpisahan terakhirnya buat dua rakan sepasukan yang sudah pun sebati dengan pasukan sejak sekian lama. Dua pemain tunjang pasukan kendalian Aidil Sharin itu sudah pun membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan iaitu pemain pertahanan kanan, […]

“Selamat Tinggal Lagenda, Kami Akan Merinduimu” – Azraai Khor

Desas-desus pemergian Baddrol Bakhtiar dari pasukan Kedah Darul Aman ke Sabah FC semakin mengukuh selepas Bekas Ketua Jurulatih Kedah, Azraai Khor mengucapkan salam perpisahan kepada Baddrol Bakhtiar. Mohd Azraai Khor Abdullah tidak mampu memberikan sebarang kata-kata dengan berita pemergian pemain lagenda Kedah, Baddrol Bakhtiar. “Selamat tinggal lagendaku, Saya tak mampu bercakap apa-apa” “Semoga Allah menjagamu […]

Tunku Ismail: Baddrol, Awak Semua Dah Banyak Berjasa Pada Bola Sepak Malaysia

Dalam hantaran di IG Story Tunku Ismail Idris semalam, Tunku telah memuat naik satu tangkap layar perbualannya bersama lagenda bola sepak negara, Baddrol Bakhtiar. Perbualan tersebut tercetus sejurus Tunku bertanya kepada Baddrol berkaitan pihak pengurusan kelab. Dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2021, Kedah Darul Aman FC berjaya mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) 0-0 […]

Baddrol Bakhtiar: Hapuskan Sifat Negatif, Kedah Johor Kita Bersaudara

Debaran aksi suku akhir melibatkan pasukan Kedah menentang Johor Darul Takzim pada malam ini semakin terasa. ‘Drama’ sihat antara Presiden KFA, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor dan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris menjadi perbualan hangat sejak semalam lagi. Bermulanya drama ini adalah disebabkan isu […]

Prestasi Memukau Baddrol Bakhtiar Ditagih Kemudi Pasukan Negara

Persembahan pemain tengah pasukan Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar dilihat bakal menjadi taruhan terbaik oleh pasukan negara bagi bertemu dengan pasukan Jordan malam ini. Ini susulan prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh beliau yang berjaya membantu pasukan kendalian Aidil Sharin untuk meraih kedudukan kedua dalam liga musim ini sekaligus melayakkan Kedah untuk beraksi dalam saingan […]