Baddrol Bakhtiar Jawab Alasan Kukuh Tinggalkan Bola Sepak Secara Mengejut

Bekas pemain tengah pasukan Sabah FC, Baddrol Bakhtiar akhirnya membuka mulut mengenai perancangannya untuk meninggalkan bola secara tiba-tiba. Pemain berusia 35 tahun itu berada pada kemuncak prestasi bersama The Rhinos dan menjadi watak penting pasukan musim ini. Bekas lagenda Kedah ini bagaimanapun memilih untuk tidak meneruskan perjuangan beliau dan menceburi bidang baharu dalam perjalanan kariernya. […]
Ong Kim Swee Anggap Baddrol Bakhtiar Seorang Yang Bitara

Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee nyata terkesan dengan kehilangan kapten pasukannya, Baddrol Bakhtiar yang tidak lagi bersama pasukan Sabah untuk baki saingan musim 2023 ini. Kim Swee dalam satu muatnaik di laman instagram beliau mencoretkan siapakah sebenarnya sosok yang bernama Baddrol Bakhtiar ini. Selain pemain, Baddrol juga dianggap sebagai seorang pemimpin dan sentiasa […]
“Ini Bukan Perlawanan Terakhir Saya” – Baddrol Bakhtiar

Kapten Sabah FC, Baddrol Bakhtiar tidak menyifatkan perlawanan hari ini sebagai perlawanan terakhir dalam karier bola sepaknya. Malah, bekas pemain tengah Kedah Darul Aman (KDA) FC itu menegaskan beliau akan terus aktif sebagai pemain bola sepak. “Pertama sekali, bersyukur ke hadrat Ilahi (kerana) pada malam ini, Sabah meraih tiga mata yang penting. Yang ini merupakan […]
Ucapan Perpisahan Baddrol Bakhtiar Buat Air Mata Jantan Gugur

Kapten Sabah FC, Baddrol Bakhtiar memberikan ucapan perpisahan terakhir kepada rakan sepasukannya sebelum berpisah. Pemain berusia 35 tahun itu merupakan tunjang utama buat The Rhinos sejak berpindah dari Kedah Darul Aman kira-kira dua musim lalu. Perancang tengah berpengalaman ini bagaimanapun membuat satu keputusan yang mengejutkan apabila mengumumkan untuk meninggalkan pasukan Sabah. Beliau sempat memberikan ucapan […]
Baddrol Bakhtiar Sarung Jersi Sabah Buat Kali Terakhir

Pemain tengah Sabah FC, Baddrol Bakhtiar bakal menyarung jersi Sabah buat kali terakhir setelah kelab secara rasminya mengumumkan bahawa Baddrol Bakhtiar akan meninggalkan pasukan melalui persetujuan bersama. Perlawanan Sabah menentang Sri Pahang pada malam ini di Stadium Likas bakal menjadi aksi terakhir pemain kelahiran Kedah setelah beliau melakukan penamatan kontrak dan tidak akan lagi bersama […]
Baddrol Bakhtiar Tinggalkan Sabah

Bekas pemain tengah Harimau Malaya, Baddrol Bakhtiar kini tidak lagi bersama skuad Sabah FC. Ini selepas pengurusan skuad Badak mengumumkan pemain tengah berusia 35 tahun itu meninggalkan kelab hari ini. Keputusan tersebut dibuat hasil persetujuan bersama Baddrol dan pihak pengurusan. Dengan keputusan tersebut, jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee perlu mencari seorang figura baru […]
Liga Super: Sabah Mudah Atasi Cabaran Perak

Sabah kembali mencatat kemenangan dalam Liga Super di hadapan para penyokong mereka di Stadium Likas hari ini. Ini selepas anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee membenam Perak 3-1. Dengan The Bos Gaurus masih dihantui kekalahan besar 4-0 di tangan Selangor beberapa hari lepas, Sabah tahu anak-anak buah Datuk Lim Teong Kim boleh menjadi mangsa belasahan […]
Liga Super: Sabah Cemas Sebelum Tewaskan Selangor

Sabah berjaya menamatkan kemarau kemenangan ke atas Selangor dalam liga sejak 2020. Ini selepas anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee mengaibkan Gergasi Merah 2-1 di Stadium Likas hari ini. Skuad Badak tampil dengan rekod masih belum kalah di Stadium Likas musim ini. Tetapi lawan mereka, Selangor yang dibimbing Tan Cheng Hoe pula hadir dengan rekod […]
Piala FA: Sabah Mudah Atasi Kelantan United

Sabah berjaya mara ke suku akhir Piala FA selepas mengalahkan Kelantan United 2-0 dalam perlawanan pusingan 16 pasukan terbaik di Stadium Likas hari ini. Bagaimanapun, ketumpulan jentera serangan Badak pasti akan meresahkan jurulatih mereka, Datuk Ong Kim Swee. Separuh masa pertama menyaksikan tuan rumah tidak menunggu lama membuka jaringan menerusi kapten Baddrol Bakhtiar pada minit […]
“Saya Sudah Selesai, Terpulang Kepada Pengurusan” – Baddrol Bakhtiar

Pemain yang juga ketua pasukan Sabah FC, Baddrol Bakhtiar tidak mahu terlalu memikirkan soal kontrak beliau dengan pasukan kerana bagi beliau kini adalah untuk membawa Sabah mara sejauh mungkin dalam saingan Piala Malaysia. Baddrol kini serahkan segalanya buat pihak pengurusan untuk membuat keputusan mengenai kontrak beliau di Sabah. “Mengenai kontrak saya di Sabah FC, saya […]
Baddrol Bakhtiar Nafi Tinggalkan Sabah

Sebelum ini, terdapat ura-ura yang menyatakan bahawa pemain tengah berpengalaman, Baddrol Bakhtiar akan meninggalkan Sabah musim ini. Hal ini terjadi apabila pemain tengah Sabah itu memuat naik satu hantaran video mengenai pasukan Sabah dengan warna hitam putih yang selalunya membawa maksud perpisahan. Walaubagaimanapun, bekas pemain kebanggsaan itu telah pun membuat penjelasan mengenai video tersebut. Beliau […]
Nasib Berbeza Baddrol Bakhtiar Dan Rizal Ghazali Di Sabah

Selepas Sabah FC berjaya mengikat pasukan tuan rumah, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan keputusan 1-1 dalam aksi Liga Super Rabu lepas, bermacam-macam cerita yang tidak enak keluar mengenai kapten pasukan Sabah FC, Baddrol Bakhtiar. Dalam aksi di Stadium Darul Aman tempoh hari, deretan peluang yang terhidang kepada Baddrol tidak dapat disudahkan kepada jaringan […]
Baddrol Bakhtiar Kagum Dengan Pengorbanan Penyokong Sabah Penuhi Stadium

Ketua pasukan Sabah FC, Baddrol Bakhtiar tekad untuk membawa pasukan Sabah mara ke pentas tertinggi setelah kagum melihat banjiran penyokong Sabah FC yang turun memenuhi stadium. Pemain tengah berpengalaman itu diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan, menjadi penggerak utama dalam perlawanan antara Sabah dan Selangor pada semalam. Perlawanan tersebut menyaksikan Sabah berjaya mengikat Selangor dengan keputusan […]
Bolos 17 Kali, Pemain Kedah Akui Bergelut Biasakan Diri Tanpa Baddrol & Rizal

Pertahanan kiri Kedah Darul Aman, Ariff Farhan Md Isa akui pasukannya kini bergelut memperbaiki prestasi bahagian pertahanan yang kini bolos 17 kali selepas 9 perlawanan. Beliau turut tanpa berselindung merasai sedih dengan pemergian dua tonggak utama pasukan, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Razali yang membuat keputusan berpindah ke Sabah musim ini. Ariff turut positif disebalik pemergian […]
Tersasul Sebut ‘Kedah’, Hati Baddrol Bakhtiar Tertinggal Di Darul Aman

Bekas kapten pasukan Kedah yang kini berasama Sabah FC, Baddrol Bakhtiar dilihat telah tersasul menyebut nama bekas pasukannya dalam satu temubual selepas perlawanan Liga Super antara Penang FC dan Sabah FC pada Selasa malam. Dalam perlawanan tersebut, pasukan Sabah selaku pasukan pelawat berjaya menundukkan Penang dengan keputusan 4-2. Lebih manis lagi, Baddrol berjaya meledak dua […]
Eh Baddrol Bakhtiar Ni Macam Budak Muda Lagi

Kapten Sabah FC, Baddrol Bakhtiar terus pamer aksi luar biasa selepas berjaya menjaringkan dua gol untuk bantu Sabah membenam Pulau Pinang pada perlawanan malam ini. Terbukti masih berbisa, jaringan ‘overhead kick’ yang dihasilkan oleh bekas pemain Kedah ini memukau semua mata yang melihatnya. Baddrol Bakhtiar cemerlang mengemudi bahagian tengah Sabah apabila menjaringkan gol menerusi tandukan […]