Azam Azmi Sedia Galas Dua Peranan Dalam Satu Masa

Bek kanan Terengganu FC, Azam Azmi Murad mengakui bersedia menggalas dua peranan dalam satu masa jika diperlukan. Azam perlahan-lahan bukan saja mendapat tempat dalam skuad senior Malaysia. Malah, beliau juga merupakan tonggak pertahanan skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23). Meskipun begitu, dengan dua tugasan penting iaitu aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman pada bulan […]

Azam Azmi & Nurillo Tukhtasinov Gandakan Keceriaan Kem Terengganu

Pemain Terengganu FC, Azam Azmi Murad dan Nurillo Tukhtasinov menggandakan keharmonian dalam kem Terengganu. Gelagat dua pemain ini mendapat perhatian warga maya tatkala klip pendek yang memaparkan gelagat mereka berdua telah dimuat naik di laman media sosial rasmi, Terengganu. Azam dan Nurillo sempat bermain Bottle Flip Challenge sementara menunggu sesi latihan skuad kendalian Tomislav Steimbruckner […]

Azam Azmi Sah Milik JDT Dengan Status Berbeza

Pertahanan kental Terengganu FC, Azam Azmi Murad sah menjadi milik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan status berbeza. Pemain berusia 22 tahun itu merupakan tunjang utama buat skuad Peteh sejak beberapa musim kebelakangan ini. Beliau memainkan peranan penting termasuklah membantu Terengganu beraksi cemerlang di pentas AFC Cup 2023. Menerusi pengumuman oleh Johor Southern Tigers, pemain […]

Azam Azmi Muncul Pada Sesi Latihan Pertama Terengganu

Pertananan kanan kebangsaan, Azam Azmi Murad muncul pada sesi latihan hari pertama bersama Terengganu. Terengganu dibawah kendalian Tomislav Steinbruckner memulakan latihan rasmi pasukan setelah berehat panjang. Sebelum ini khabar angin kuat mengaitkan Azam dengan penghijrahan ke pasukan lain. Namun pemain berusia 21 tahun ini tampak akan terus kekal beraksi bersama pasukan Terengganu dalam saingan musim […]

Azam Azmi Kekal Di Terengganu Dengan Status Berbeza?

Penyokong Terengganu FC berpeluang melihat Azam Azmi Murad menyarung jersi pasukan itu pada musim depan. Ini kerana bek kanan berusia 22 tahun itu akan kembali menyertai skuad Peteh secara pinjaman untuk musim 2024-2025. Mengikut keterangan wartawan MakanBola, Faris Zukeiman, Azam bakal memuktamadkan perpindahan tetap ke Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terlebih dahulu. Setelah itu, […]

Akhyar & Safawi Rasid Ke Terengganu, Azam Azmi ke JDT?

Selepas saingan Liga Super 2023 melabuhkan tirainya semalam, beberapa pasukan sudah mula mengatur strategi untuk menguatkan pasukan masing-masing menjelang musim depan yang dijangka bermula pada April. Beberapa nama besar mula dikaitkan dengan perpindahan ke kelab baharu seperti dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid dan Safawi Rasid serta pemain Terengganu FC, Azam Azmi Murad. […]

Terengganu Persiapkan Pengganti Azam Azmi?

Desas-desus mengenai perpindahan bintang Terengganu FC, Azam Azmi Murad ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Malah laman Transfermarkt juga telah merekodkan perpindahan Azam Azmi ke JDT yang difahamkan bakal dilengkapkan pada Januari tahun hadapan. Namun begitu, Terengganu dilihat tidak menoleh lagi ke belakang apabila dikhabarkan bakal membawa masuk pemain […]

Azam Azmi Sertai JDT?

Pertahanan kental Terengganu FC, Azam Azmi kembali dikaitkan dengan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim 2024. Pemain berusia 22 tahun itu beraksi dengan cukup cemerlang dalam dua musim kebelakangan ini sekaligus menyaksikan beliau menjadi pilhan utama pada posisi pertahahan kanan. Desas-desus mengenai masa depan beliau kembali menjadi bualan hangat susulan beberapa spekulasi yang […]

Terengganu Terpaksa Lupakan Azam Azmi?

Terengganu FC mendapat tamparan hebat hari ini apabila Azam Azmi Murad terpaksa disisihkan untuk baki kempen musim 2023. Selepas terpaksa menarik diri daripada skuad kebangsaan baru-baru ini akibat kecederaan, ramai penyokong Peteh tertanya-tanya tentang tahap kecederaan yang dihadapi beliau. Hari ini, pemerhati bola sepak Terengganu, Piang Shankly melaporkan beliau mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) […]

Kim Pan-gon Panggil Daniel Ting

Susulan masalah kecederaan yang dialami Azam Azmi Murad, jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memanggil bek kiri Sabah FC, Daniel Ting menyertai kem skuad negara. Keputusan ini diumumkan Pan-gon menerusi satu kenyataan yang disiarkan di laman media sosial rasmi FAM hari ini. Jurulatih Korea Selatan itu memilih melepaskan Azam selepas isu kecederaan lutut yang dihadapi bek […]

Malaysia Terima Ujian Hebat Berdepan Kyrgyzstan

Skuad senior Malaysia mendapat tamparan hebat menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan. Ini selepas bek kanan muda Terengganu FC, Azam Azmi Murad dilaporkan mengalami kecederaan. Kelibatnya dikatakan tidak kelihatan semasa Harimau Malaya memulakan sesi latihan yang bermula sejak beberapa hari lepas. Perkara ini telah dinyatakan oleh wartawan MakanBola, Faris Zukeiman semalam. Dan hari […]

Seorang Pemain Terpaksa ‘Digugurkan’ Dari Kem Malaysia?

Seorang pemain yang dipanggil ke kem latihan kebangsaan menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 bersama Malaysia difahamkan terpaksa menarik diri akibat kecederaan. Beliau yang tersenarai dalam kalangan 25 orang pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon bagaimanapun dikatakan terpaksa menarik diri. Khabar ini mula tular selepas seorang pemain tidak dapat meneruskan langkah untuk membawa […]

Persaingan Pertahanan Kanan Malaysia Makin Rancak

Senarai 25 pemain Malaysia untuk aksi Pestabola Merdeka 2023 menyaksikan persaingan posisi pertahanan kanan Harimau Malaya kini semakin rancak berdasarkan pemilihan yang dibuat oleh Kim Pan-gon. Ketua jurulatih itu telah menyenaraikan 3 pemain untuk posisi pertahanan kanan dan kesemua nama yang dipanggil sedang menunjukkan prestasi cemerlang ketika ini. 1. Matthew Davies (28 tahun) Pemain pertahanan […]

Tomislav Steinbruckner: Masa Depan Pemain Muda Terengganu Cerah

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner yakin dengan masa depan para pemain muda Terengganu berdasarkan prestasi semasa yang ditonjolkan mereka ketika ini. “Saya boleh katakan dalam pasukan Terengganu FC ini, makin ramai pemain muda yang bakal menonjol selepas ini. Sebagai contoh, anda boleh lihat kualiti yang ada pada Safwan Mazlan, Ubaidullah Shamsul dan beberapa pemain lagi. […]

Azam Azmi: Skuad Kami Tiada Istilah ‘Superstar’

Pemain pertahanan negara, Azam Azmi Murad percaya dengan kebolehan rakan sepasukan. Ketika ditemu bual ketika sesi latihan skuad B23 tahun negara di Stadium Cheras, Azam tekad untuk membantu pasukan negara layak ke kejohanan Piala Asia B-23 2024. “Bagi Azam, Azam akan buat yang terbaik untuk pasukan dan cuba bantu pasukan melayakkan diri ke peringkat seterusnya. […]

Insiden Kad Merah Vietnam Matangkan Azam Azmi

Bek kanan muda Terengganu FC, Azam Azmi Murad mengakui insiden kad merah yang diterimanya semasa mewakili skuad Malaysia pada penghujung tahun lepas banyak mematangkan permainannya. Insiden kad merah yang dimaksudkan ialah kad merah semasa aksi Piala AFF 2022 menentang Vietnam pada 28 Disember tahun lalu. Azam dibuang padang oleh pengadil selepas didakwa mengasari Doan Van […]