Liga Super: Terengganu Beri Penang Kekalahan Ke-7

Aksi saingan Liga Super malam ini menyaksikan Terengganu berjaya merakamkan kemenangan ke atas Pulau Pinang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Kedua-dua pasukan membarisakan kesebelasan utama terbaik bagi memburu kemenangan dalam minggu ke-15 Liga Super. Selepas setengah jam permainan, Ubaidullah Shamsul membuka jaringan pertama Terengganu menerusi tandukan selepas hantaran lintang daripada Azam Azmi Murad. Peluang […]
Azam Azmi Tersenarai Bintang Muda Tumpuan Di Shopee Cup

Menjelang sepak mula Shopee Cup 2024/2025, bek kanan Terengganu FC, Azam Azmi Murad disenaraikan sebagai antara Bintang Muda Tumpuan bagi kejohanan ini. Bek kanan berusia 23 tahun ini merupakan tonggak utama Terengganu sejak beberapa musim belakangan ini dengan aksi cemerlang beliau bersama kelab dan juga pasukan kebangsaan. Dengan prestasi konsisten sepanjang musim lalu, Azam juga […]
Azam Azmi Ingin Kembali Ke Tahap Terbaik

Pemain pertahanan Terengganu FC, Azam Azmi Murad mahu kembali ke tahap terbaik selepas diberi kepercayaan beraksi dalam kesebelasan utama untuk aksi suku akhir pertama Piala FA 2024. Sebelum ini, pemain pertahanan berusia 23 tahun terpaksa berehat lama akibat kecederaan semasa beraksi untuk Harimau Malaya pada Mac lalu. Masalah kecederaan sama turut menghalang Azam daripada menyertai […]
Tomislav Steinbruckner: Terengganu Sebenarnya Bermain Tanpa 4 Pemain Utama

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner mengakui Terengganu bermain di bawah prestasi sebenar walaupun meraih kemenangan selesa 3-1 ke atas Perak di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. 3 jaringan Terengganu hadir menerusi jaringan Nurillo Tukhtasinov, jaringan sendiri Shivan Pillay serta pemain gantian, Nnaibuke Chukwu manakala Luciano Guaycochea meledak gol tunggal untuk Perak. Tomislav Steinbruckner berpandangan anak […]
Azam Azmi Kembali Perkuat Terengganu

Penyokong Terengganu FC ceria apabila mendapat tahu bek kanan utama mereka, Azam Azmi Murad kembali cergas sepenuhnya. Ini selepas pengendali skuad Peteh, Tomislav Steinbruckner mendedahkan status terkini masalah kecederaan pemain menjelang sepak mula liga pada 11 Mei ini. Sebelum ini, bek kanan berusia 23 tahun itu terpaksa berehat lama selepas mengalami kecederaan buku lali dalam […]
Azam Azmi Berehat 2 Bulan

Bek kanan Harimau Malaya, Azam Azmi Murad terpaksa melupakan aksi kompetitif untuk tempoh enam hingga lapan minggu. Ini selepas bek kanan berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan buku lali semasa diturunkan menentang Oman pada 26 Mac lalu. Perkara ini didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC, Mohd. Sabri Abas kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul […]
Dugaan Berganda Menimpa Azam Azmi

Dugaan berganda menimpa pertahanan muda negara, Azam Azmi Murad selepas mengalami kecederaan ketika membantu Malaysai tempoh hari. Pemain berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan ngeri ketika membantu Harimau Malaya berdepan Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tempoh hari. Beliau terpaksa diusung keluar ketika perlawanan baru memasuki minit ke-25 dan digantikan dengan rakan sepasukan iaitu […]
4 Pemain Muda Digugurkan Dari Skuad Ke Qatar

Skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) bertolak ke Qatar awal pagi ini sebagai persiapan awal menghadapi Piala Asia B-23 2024. Pasukan yang dibimbing jurulatih Sepanyol, Juan Torres Garrido itu menyaksikan empat orang pemain muda disisihkan. Empat pemain tersebut ialah Azam Azmi Murad, V. Ruventhiran, Richard Chin dan Rahadiazli Rahalim. Hal ini dinyatakan oleh Garrido seperti […]
Azam Azmi & Ivan Mamut Cetus Keresahan Kem Terengganu

Jaguh Pantai Timur, Terengganu FC mula gelisah melihat isu kecederaan yang menimpa dua tonggak utama, Azam Azmi Murad dan Ivan Mamut. Kegusaran ini diluahkan oleh ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Terengganu FC di media sosial rasmi pasukan. Namun apa yang melegakan jurulatih kelahiran Croatia ini adalah kembalinya tiga pemain […]
“Saya Lihat Dia Terbaring, Ini Bukan Kecederaan Biasa”

Penjaga gol Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Sikh Izhan Nazrel mengakui terkejut apabila melihat kecederaan yang menimpa rakan sepasukan, Azam Azmi Murad baru-baru ini. Azam yang ketika itu beraksi untuk skuad senior negara menentang Oman terpaksa diusung keluar pada babak pertama selepas mengalami kecederaan serius. Perkara ini turut diakui jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Disebabkan […]
Detik Suka Azam Azmi Bertukar Duka Dalam 24 Jam

Pertahanan kanan Harimau Malaya, Azam Azmi Murad mengalami detik duka kurang 24 jam selepas mengalami dihujani momen gembira dalam kariernya. Skuad kendalian Kim Pan-gon menghadapi tentangan pasukan ke-80 dunia, Oman namun tewas kedua-dua perlawanan dengan keputusan 2-0. Penampilan pertahanan JDT yang dipinjamkan ke Terengganu bagi musim baharu bertukar cerita apabila beliau diusung keluar pada minit […]
Kecederaan Azam Azmi Serius, Mungkin Terlepas Piala Asia B-23

Pertahanan kanan kebangsaan, Azam Azmi Murad mungkin terpaksa disisihkan daripada Skuad B23 kebangsaan menjelang aksi Piala Asia B23 pada bulan Mei kelak. Hal ini selepas pemain berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan ketika aksi Malaysia dan Oman malam semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ketika sidang media selepas perlawanan, pengendali kebangsaan Kim Pan-gon menyatakan rasa […]
Azam Azmi Alami Kecederaan Ngeri Di SNBJ

Pertahanan Harimau Malaya, Azam Azmi Murad terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan ketika menentang Oman dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Selasa. Pemain berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan ketika ingin merebut bola bersama salah seorang pemain Oman menyebabkan kaki kirinya keihatan ‘tersangkut’ di atas permukaan padang dan seakan terseliuh. Akibat daripada insiden malang itu, beliau […]
ABK23: Azam Azmi Muncul Pertahanan Terbaik, Tewaskan Duo JDT

Pertahanan muda kebangsaan, Azam Azmi Murad merangkul gelaran pertahanan terbaik Liga Malaysia bagi musim 2023. Pemain berusia 23 tahun itu muncul sebagai pemenang dalam majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) untuk tahun 2023. Terdapat 10 calon yang disenaraikan bagi kategori ini iaitu Azam Azmi dan Shahrul Nizam dari Terengganu, Dominic Tan dan Rizal Ghazali dari Sabah, […]
4 Pemain Muda Malaysia Tunjuk Kemajuan Hebat Bersama Kim Pan-gon

4 pemain muda Malaysia mempamerkan kemajuan hebat selepas terpilih untuk membantu pasukan di Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman. Harimau Malaya hanya mengekalkan 18 orang pemain yang berada dalam skuad Piala Asia 2023 dengan kemasukan bebebapa tonggak baharu menjadi perhatian. Hal ini susulan kecederaan Matthew Davies dan juga Junior Eldstal memaksa pengendali kelahiran Korea Selatan […]
Kim Pan-gon Bawa 4 Watak Baharu Ke Oman

Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon dijangka mempertaruhkan 4 muka baharu dalam skuad yang bakal dibawa ke Oman. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu berjaya membawa prestasi terbaik bersama skuad kebangsaan terutamanya ketika mengharungi aksi Piala Asia 2023. Harimau Malaya juga merekodkan permulaan cemerlang di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas merakamkan dua kemenangan awal menentang Kyrgyzstan […]