Lee Zii Jia Kumpul Hampir Setengah Juta Kurang 5 Minggu

Kejayaan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang meraih kedudukan podium dalam beberapa siri kejohanan belakangan ini membuahkan hasil yang berbaloi. Zii Jia masih segar dengan gelaran juara di Australian Open 2024 setelah tampil penuh bertenaga menewaskan bintang Jepun, Kodai Naraoka di final dengan keputusan 21-19, 11-21, 21-18. Hasil daripada kemenangan epik itu, pemain […]

Australian Open: Lee Zii Jia Raih Gelaran Juara Kedua 2024

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain perseorangan keenam dunia, Kodai Naraoka untuk meraih gelaran juara Australian Open 2024. Ini gelaran juara kedua Zii Jia dalam tahun 2024 selepas bergelar juara Thailand Open 2024 pada bulan lalu. Selepas melepasi cabaran Lee Chia Hao di peringkat separuh akhir semalam, kini […]

Australian Open: Perjalanan Magis Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien Terhenti Di Tangan Beregu Indonesia

Hasrat besar beregu wanita Malaysia, Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien untuk membawa pulang kejuaraan Australian Open 2024 tidak kesampaian setelah tumpas di perlawanan akhir kepada Febriana Kusuma-Amallia Pratiwi. Pei Jing-Chiew Sin yang melakukan debut di kejohanan bertaraf 500 ini melalui satu perjalanan yang sangat manis di Sydney apabila berjaya menumbangkan beberapa pasangan pilihan untuk lolos […]

Siaran Langsung Final Australian Open: Lee Zii Jia vs Kodai Naraoka (Live Streaming)

Perlawanan akhir Australian Open 2024 pada Ahad bakal menyaksikan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akan turun menentang bintang Jepun, Kodai Naraoka. Terdahulu, empat wakil telah membawa cabaran negara di peringkat separuh akhir iaitu Lee Zii Jia (perseorangan lelaki), Haikal Nazri-Choong Hon Jian (beregu lelaki), Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien (beregu wanita) dan Tan […]

Australian Open: Lee Zii Jia Singkirkan Lee Chia Hao, Selangkah Raih RM148,678

Aksi separuh akhir Australian Open 2024 menyaksikan wakil perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia tampil cemerlang menewaskan Lee Chia Hao untuk meraih tiket ke perlawanan akhir. Setelah bangkit menewaskan pemain ke-11 dunia, Kenta Nishimoto semalam, Zii Jia turun dengan misi menempah tempat di final buat kali ketiga musim ini dan impian itu akan tercapai sekiranya […]

Info Siaran Langsung Australian Open: Lee Zii Jia vs Lee Chia Hao (Live Streaming)

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia membawa cabaran Jalur Gemilang di pentas separuh akhir Australian Open 2024. Zii Jia membuat penampilan kedua di pentas separuh akhir kejohanan itu selepas menyingkirkan Kenta Nishimoto di peringkat suku akhir. Juara Thailand Open 2024 itu bukan satu-satunya wakil Malaysia di peringkat separuh akhir Australian Open 2024. Zii Jia […]

Australian Open: Lee Zii Jia Tundukkan Pemain Ke-11 Dunia

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Australian Open 2024 apabila menundukkan Kenta Nishimoto di peringkat suku akhir. Selepas berjaya mengatasi cabaran rakan senegara, Soong Joo Ven di pusingan kedua semalam, bekas juara All England 2021 itu perlu melepasi cabaran pemain perseorangan ke-11 dunia itu. Dari segi rekod pertemuan, kelebihan […]

Info Siaran Langsung Suku Akhir Australian Open: Barisan Pemain & Siaran TV (Live Streaming)

Pusingan suku akhir Australian Open 2024 menyaksikan seramai tujuh wakil Malaysia bakal turun ke gelanggang dalam misi merebut tempat ke peringkat separuh akhir. Prestasi yang boleh dikatakan cukup memuaskan buat skuad negara apabila daripada 12 wakil yang beraksi di pusingan 16 terbaik, tujuh wakil negara berjaya meloloskan diri manakala lima yang lain terkandas kepada lawan […]

Australian Open: Lee Zii Jia Lepasi Halangan Rakan Senegara

Lee Zii Jia meneruskan persembahan cemerlangnya di Australian Open 2024 apabila menumbangkan seorang lagi pemain dari Malaysia, Soong Joo Ven pada aksi pusingan 16 terbaik. Pada pusingan pertama semalam, Zii Jia dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan wakil India, S. Sankar Subramaniam yang merupakan pemenang pingat perak World Junior Championship 2022 dalam aksi tiga set. Berdepan […]

Australian Open: Lee Zii Jia Atasi Cabaran Sengit S. Sankar Subramanian

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah mara ke pusingan kedua Australian Open 2024 hari ini. Zii Jia yang juga pilihan ketiga kejohanan mara selepas menyingkirkan wakil India, S. Sankar Subramanian dalam aksi pusingan pertama yang berlangsung hari ini. Selepas terkandas di peringkat suku akhir Indonesia Open 2024, Zii Jia berharap dapat […]

Media Indonesia Berbicara Tentang Kekalahan Mengejut Beregu Di Tangan Malaysia

Kejayaan beregu Malaysia mencipta kejutan menewaskan lawan dari Indonesia telah meraih perhatian ramai termasuklah media luar negara. Pada pusingan pertama Australian Open menyaksikan beregu campuran negara, Choong Hon Jian-Go Pei Kee dijadualkan turun berdepan pasangan dari Indonesia, Rehan Naufal-Lisa Ayu Kusumawati di gelanggang empat pada Rabu. Rehan-Lisa yang merupakan pilihan keempat kejohanan tampil cemerlang dalam […]