Asnawi Gah Di Bumi Korea, Cetak Gol Lagi Buat Ansan Greeners

Pemain sensasi Indonesia, Asnawi Mangkualam semakin menjadi-jadi di Korea Selatan apabila berjaya meledak gol kedua peribadinya bersama pasukannya, Ansan Greeners yang beraksi dalam saingan Liga 2 Korea. Dalam perlawanan menentang Jeonnam Dragons di tempat sendiri itu, Asnawi berjaya meledak pada minit ke-59. Gol tersebut juga merupakan gol pendahuluan buat Ansan Greeners yang memenangi perlawanan dengan […]

Asnawi Hebat, Sumbat Gol Pertamanya Di Korea Selatan

Pemain kebangsaan Indonesia, Asnawi Mangkualam menyerlah di Liga 2 Korea selepas menjaringkan gol pertamanya bersama kelab Ansan Greeners sebentar tadi. Asnawi yang beraksi di posisi sayap kanan buat Ansan Greeners menjaringkan gol tersebut pada minit ke-88 permainan yang seterusnya membantu kemenangan 3-1 Ansan Greeners ke atas Gimpo FC. Gol tersebut terhasil selepas Asnawi menerima hantaran […]

Asnawi Mangkualam Bantu Ansan Greeners Tewaskan Busan IPark Dalam Saingan K-League 2

Pemain muda Timnas Indonesia, Asnawi Mangkualam berjaya membantu pasukannya Ansan Greneers menang 1-0 menentang Busan IPark dalam saingan K-League 2.  Asnawi telah diturunkan dalam kesebelasan utama beraksi di posisi terbaiknya iaitu ‘right wing back‘.  Pemain berusia 22 tahun ini berjaya mempamerkan aksi cemerlang selepas dikekalkan beraksi sehingga tamat permainan.  Berdasarkan statistik perlawanan, Asnawi mencatatkan 76% […]

Jurulatih Ansan Greeners FC ‘Tak Sebulu’ Dengan Shin Tae-yong Berkenaan Asnawi Mangkualam

Jurulatih Ansan Greeners FC, Cho Min-kook bertegas dengan pendiriannya mengenai posisi terbaik pemain kebangsaan Indonesia, Asnawi Mangkualam. Beliau akui tidak bersependapat dengan Shin Tae-yong dan tidak mengendahkan saranan daripadanya. Sebelum ini, Shin Tae-yong sudah memberi cadangan kepada Cho Min-kook untuk lebih kerap memainkan Asnawi di posisi bek sayap kanan supaya potensi Asnawi dapat digunakan semaksima […]

Tular Aksi Asnawi Mangkualam Jadi ‘Lubuk’

Pemain pertahanan Ansan Greeners, Asnawi Mangkualam telah diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan ketika menentang Gwangju FC. Pemain yang berusia 22 tahun ini diberi kepercayaan untuk menggalas posisi di pertahanan kanan. Bagaimanapun, aksi Asnawi tampak hambar dan telah menerima kritikan hebat daripada ramai pihak. Jurulatih Asnan Greeners, Jo Min-guk turut meluahkan rasa kecewa terhadap prestasi Asnawi […]

Jurulatih Ansan Greeners Kecewa Dengan Asnawi Mangkualam

Pengendali Ansan Greeners FC, Jo Min-guk telah meluahkan rasa kecewa dengan prestasi semasa kapten pasukan kebangsaan Indonesia, Ansawi Mangkualam. Asnawi yang kini beraksi di K-League 2 meminta agar jurulatihnya itu mengekalkan beliau bermain di posisi asalnya iaitu bek kanan. Hal ini kerana, sebelum ini Jo Min-guk berpendapat untuk meletakkan Asnawi bermain di bahagian serangan. “Asnawi […]

Tular Video Asnawi Mangkualam Terkumat-Kamit Berzikir Sebelum Turun Padang

Kemenangan pasukan Indonesia ketika menentang Malaysia tempoh hari terus diperbualkan. Di media sosial hari ini, beberapa penyokong Indonesia berpendapat tindakan kapten Indonesia, Asnawi Mangkualam Bahar yang berzikir sebelum beraksi merupakan antara nilai tambah kepada kemenangan pasukan mereka. Dalam satu video yang tular, Asnawi Mangkualam dilihat sedang berzikir dengan menggerak-gerakkan jari jemarinya sebelum sepak mula. Difahamkan, […]

Aksi Asnawi Mangkualam ‘Ayam-Ayamkan’ Pemain Korea

Pemain bintang muda berbakat Indonesia, Asnawi Mangkualam Bahar sekali lagi mencuri perhatian menerusi aksi luar biasa ketika pasukannya, Anhar Greeners menentang Bucheon FC dalam saingan Liga K-League 2 minggu ini. Pemain yang beraksi di posisi bek kanan ini diberi kepercayaan sepenuhnya oleh jurulatih apabila tampil sepanjang 90 minit sebagai kesebelasan utama pasukan. Asnawi juga dilihat […]