Media Indonesia Percaya Hanya Asnawi Mampu Halang Kelincahan Arif Aiman

Media Indonesia percaya bahawa pertahanan Timnas, Asnawi Mangkualam hanya satu-satunya pemain yang mampu menghalang kelincahan Arif Aiman Hanapi. Baru-baru, kelibat pemain berusia 22 tahun itu menjadi bualan hangat apabila menjadi watak penting Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan ACLE. Beliau berjaya menjaringkan dua gol ketiga bertemu Shanghai Port sebelum menambah koleksi jaringan […]
Irfan Fandi Sertai Port FC, Gandingan Asnawi Mangkualam

Bek tengah Singapura, Irfan Fandi sah melengkapkan perpindahan ke kelab Thai League 1, Port FC hari ini. Perpindahan ini diumumkan pengurusan Port menerusi satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka. Perpindahan ini menyaksikan Irfan bakal bergandingan dengan seorang lagi bintang Asia Tenggara yang beraksi untuk Port Lions, Asnawi Mangkualam. Sebelum ini, timbul khabar angin […]
Asnawi Mangkualam Kritik Keadaan Padang Stadium Gelora Bung Karno

Pertahanan Indonesia, Asnawi Mangkualam mengkritik keadaan padang Stadium Gelora Bung Karno (SUGBK) selepas tewas kepada Iraq hari ini. Beliau mengharapkan keadaan padang perlu berada dalam tahap terbaik seperti yang dimaklumkan kepada mereka sebelum ini. Indonesia terpaksa akur tewas di laman sendiri dengan keputusan 0-2 ke atas Iraq selepas beraksi dengan 10 pemain sahaja. Asnawi Mangkualam […]
Asnawi Mangkualam Terima Kad Kuning, Terjah Keras Dion Cools

Aksi Thai League 1 membabitkan Port FC dan Buriram United baru-baru ini mencuri perhatian penyokong kerana pertembungan Asnawi Mangkualam dan Dion Cools. Nama dua pemain pertahanan ini amat dikenali peminat bola sepak Asia Tenggara. Asnawi merupakan tonggak utama skuad kebangsaan Indonesia di bahagian pertahanan. Manakala Cools pula bukan saja pemimpin di bahagian pertahanan Malaysia. Malah, […]
“Kualiti Liga Thailand Jauh Di Atas Indonesia” – Asnawi Mangkualam

Kapten pasukan Indonesia, Asnawi Mangkualam berpendapat bahawa tahap kualiti liga Thailand kini jauh berada di atas liga Indonesia. Pemain pertahanan berusia 25 tahun itu telah berkongsikan perkara tersebut dalam sebuah temu ramah yang dimuat naik di laman media sosial X milik Goal Indonesia. Asnawi Mangkualam menyertai pasukan Port FC pada awal tahun ini setelah hampir […]
Asnawi Mangkualam Ucap Penghargaan Kepada Madame Pang

Ketua pasukan Indonesia, Asnawi Mangkualam mengucapkan penghargaan kepada presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Madame Pang. Selepas menyertai kelab Thailand, Port FC pasa bulan 1 yang lalu, beliau hargai jasa Madame Pang yang sentiasa memberi sokongan kepadanya dan pasukan. “Terima Kasih kerana selalu menyokong saya dan pasukan Port,” katanya dalam laman Instagram miliknya semalam. Pemain […]
Kapten Indonesia Sertai Kelab Thailand, Port FC

Tonggak pertahanan Indonesia, Asnawi Mangkualam sah menyarung jersi Port FC bagi mengharungi baki saingan Thai League 1. Berita perpindahan ini diumumkan menerusi satu hantaran di laman Instagram Port FC yang menyaksikan pemain berusia 25 tahun itu bakal mengisi kuota pemain Asia Tenggara bagi kelab tersebut. “Port FC berjaya memuktamadkan perjanjian penting dengan mengumumkan ketibaan pertahanan […]
AFC Asian Cup: Marselino Ferdinan ‘Gegar’ Qatar, Asnawi Jadi Pemain Terburuk Lawan Iraq

Aksi Kumpulan D Piala Asia 2023 menyaksikan Indonesia tewas 3-1 kepada Iraq. Perlawanna sama turut menyajikan kisah berbeza buat Marselino Ferdinan dan Asnawi Mangkualam. Nama Marselino menjadi sebutan kerana menyumbat gol tunggal Tim Garuda semasa menentang Iraq. Selain mencipta gol pada minit ke-36, beliau juga hampir meletakkan Timnas Indonesia di hadapan seawal minit keempat. Bagaimanapun, […]
Asnawi Mangkualam Tinggalkan Liga Korea?

Asnawi Mangkualam sah mengucapkan selamat tinggal kepada kelab K-League 2, Jeonnam Dragons. Ini disebabkan kontrak bek kanan utama Indonesia itu dengan kelab berkenaan bakal berakhir pada malam ini. Menjelang 1 Januari 2024, Asnawi bergelar ejen bebas dan boleh mengadakan perbincangan dengan mana-mana kelab yang berminat mendapatkan khidmatnya. Sebagai tanda penghargaan kepada kelab itu, beliau memuatnaik […]
Pemain Utama Indonesia Bakal Tinggalkan Liga Korea?

Bek kanan utama skuad Indonesia, Asnawi Mangkualam didakwa bakal kembali ke saingan Liga 1 Indonesia. Ini disebabkan kontraknya bersama kelab K-League 2, Jeonnam Dragons bakal berakhir pada 31 Disember 2023. Dengan perlawanan terakhir K-League 2 pada 26 November ini, Jeonnam dilihat tidak mempunyai peluang untuk kembali ke K-League 1. Ini membuatkan penyokong Indonesia tertanya-tanya sama […]
Bintang Indonesia Dilamar Beraksi Di Liga Utama Korea

Bintang muda Indonesia, Asnawi Mangkualam akui telah dilamar untuk beraksi di liga utama bola sepak Korea Selatan. Dalam satu temu bual Asnawi di segmen Podcast Sport77, beliau mendedahkan bahawa ada menerima tawaran dari salah sebuah kelab yang beraksi di K League 1 yang ingin mendapatkan khidmatnya. Pemain Jeonnam Dragon ini bagaimanapun menjelaskan bahawa perkara tersebut […]
Asnawi Mangkualam Kongsi Detik Dihubungi Alejandro Garnacho

Pemain Jeonnam Dragons, Asnawi Mangkualam berkongsi detik gembira beliau bersama pemain sayap Manchester United, Alejandro Garnacho. Dalam satu temu bual Asnawi bersama wartawan Indonesia, Najwa Shihab, pemain berusia 23 tahun itu menjelaskan beliau sempat berhubung bersama bintang muda Argentina itu di laman Instagram selepas tamat perlawanan antara Indonesia dan Argentina Isnin lalu. “Ya dia (Garnacho) […]
Bintang Manchester United Dalam Kocek Asnawi Mangkualam

Kapten timnas Indonesia, Asnawi Mangkualam memperkenalkan dirinya dengan cara terbaik kepada bintang Manchester United, Alejandro Garnacho. Pemain berusia 23 tahun itu menjadi pilihan Shin Tae-yong untuk mengemudi bahagian kanan pasukan telah beraksi dengan cukup memberangsangkan. Kelibat pemain Jeonnam Dragons ini jelas memberi masalah kepada jentera serangan La Albiceleste yang datang dari bahagian kanan padang. Beliau […]
Jurulatih Jeonnam Dragons Akui Terpikat Dengan Ciri Unik Asnawi Mangkualam

Bagi penyerang yang pernah berdepan Asnawi Mangkualam, mereka tahu bek kanan Indonesia itu amat pantas setiap kali merantai pergerakan lawan. Atas sebab ini juga, jurulatih Jeonnam Dragons, Lee Jang-kwan menyakinkan kelabnya untuk mendapatkan Asnawi dari Ansan Greeners. Asnawi menyertai Jeonnam dengan kontrak semusim selepas meninggalkan Ansan. Dengan kepantasan yang dimilikinya, ia amat sesuai dengan corak […]
Asnawi Bakal Sertai Jeonnam Dragons?

Selepas dikaitkan dengan perpindahan ke Jeju United, Asnawi Mangkualam dikaitkan dengan satu lagi kelab Liga Korea 2, Jeonnam Dragons. Dan difahamkan bek kanan Indonesia secara dasarnya bersetuju menyertai kelab itu. Menurut laporan portal Chosun, Asnawi hanya perlu melepasi ujian perubatan sebelum menyertai skuad Jeonnam di Changwon untuk sesi pra-musim. Kehadiran bekas bek kanan PSM Makassar […]
Asnawi Mangkualam Dikaitkan Sertai Gergasi Korea Selatan

Walaupun Indonesia tersingkir di peringkat separuh akhir Piala AFF 2022, ramai pemain menunjukkan prestasi baik termasuk bek kanan Asnawi Mangkualam. Justeru, tidak hairanlah wujud ura-ura kelab gergasi Korea Selatan, Jeju United mengintai khidmatnya bagi memperkukuh pertahanan mereka. Ura-ura ini tercetus hasil ciapan penganalisis Liga Korea, Ross Davis di akaun media sosialnya semalam. Jeju dikatakan tertarik […]