Live: Siaran Langsung Gwangju vs JDT, Kesebelasan Utama & Siaran TV ACL Elite

Aksi ACL Elite ketiga bakal menemukan antara Gwangju dan juga wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Pasukan bimbingan Hector Bidoglio cemerlang mengharungi dua aksi pertama menentang Shanghai Port dan Shanghai Shenhua dengan mengumpul 4 mata. Gwangju juga tidak kurang hebatnya selepas membelasah Yokohama F. Marinos dengan keputusan 7-3 sebelum menundukkan Kawasaki Frontale dengan jaringan 1-0. […]
Jurulatih India Kritik Jadual Liga Berterabur, Jejas Persiapan Hadapi Malaysia

Jurulatih India menyatakan kekesalan terhadap jadual Liga India yang berterabur sekaligus merencatkan persiapan pasukan menghadapi Malaysia. Skuad kendalian Pau Marti baru sahaja selesai menghadapi tentangan pasukan ke-95 dunia, New Zealand dan tewas dengan keputusan 4-0. India pula berjaya meraih keputusan seri menentang pasukan ke-116 dunia, Vietnam dalam satu aksi persahabatan Tier 1 FIFA bulan Oktober. […]
Harimau Malaya Hadapi Tentangan Thailand Disember Ini

Harimau Malaya bakal berdepan tentangan Thailand pada satu aksi bulan Disember ini. Skuad kendalian Pau Marti memulakan langkah dengan cemerlang apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024 menundukkan Lubnan di Bukit Jalil. Pasukan negara turut merakamkan kemenangan menentang wakil Asia Tenggara, Filipina pada satu aksi separuh akhir sebelum ini. Prestasi baik tidak dapat diteruskan apabila tewas […]
Qatar Intai Khidmat Xavi

Juara Piala Asia 2023, Qatar dilaporkan mahu mendapatkan legenda Barcelona, Xavi Hernandez. Kedudukan jurulatih Al-Annabi, Tintin Marquez Lopez dilaporkan dalam bahaya susulan prestasi buruk pasukan itu dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Selepas empat perlawanan Kumpulan A, Qatar kini di tangga keempat dengan empat mata. Pasukan itu hanya merekodkan satu kemenangan, satu keputusan seri […]
Tonggak England Beri Bayangan Pemain Warisan Baharu Malaysia

Tonggak England memberi bayangan mengenai pemain warisan baharu yang bakal memperkuat Malaysia. Khabar yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia tidak menjadi kenyataan selepas pertahanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl tidak dapat mewakili Harimau Malaya. Hal ini selepas beliau tidak melepasi syarat yang ditetapkan oleh badan induk FIFA yang memaksa penantian pemain warisan baharu diteruskan. Khabar […]
UAE Buka Langkah Lawan Skuad Muda Malaysia

Emeriah Arab Bersatu (UAE) menjadi lawan pertama skuad muda Malaysia bagi aksi Kelayakan Piala Asia B-17. Skuad kendalian Javier Ribera membawa 25 pemain berbakat Malaysia B-16 dalam misi untuk meraih tempat ke Asia tahun hadapan. 10 pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan 9 tonggak JDT menjadi sandaran utama pasukan untuk memberi saingan di Vientiane, Laos. […]
Jeonbuk Hyundai Sengsara Sebelum Jumpa Selangor

Hasrat Jeonbuk Hyundai Motors meraih kemenangan sebelum aksi Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) menentang Selangor FC tidak kesampaian. Ini selepas pasukan itu tewas 2-0 kepada Daejeon Hana Citizen dalam aksi pertama pusingan playoff penyingkiran K-League 1 musim 2024. Jeonbuk yang dibimbing bekas pemain import Negeri Sembilan FC, Kim Do-heon berharap dapat meraih kemenangan sebagai suntikan […]
Gwangju Hilang Rentak Berdepan JDT

Kelab K1 League, Gwangju bergelut untuk mencari rentak sebelum berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad kendalian Lee Jung-hyo turun dengan kesebelasan utama menentang Daegu dalam misi untuk memperbaiki kedudukan liga. Jaringan Byeon Ju-soo tidak cukup untuk memberikan kemenangan buat tuan rumah yang terpaksa berpuas hati dengan satu mata sahaja. Gwangju dilihat tidak berupaya mengekalkan rentak […]
Kim Pan-gon Mahu Pertahankan Kejuaraan Ulsan

Pengendali Ulsan HD, Kim Pan-gon berazam membawa kejuaraan K-League 1 buat kali ketiga berturut-turut buat pasukan berkenaan. Hasrat itu dilaungkan bekas pengendali Harimau Malaya itu pada Hari Media Pusingan Playoff Kejuaraan K-League 1 musim 2024 pada 16 Oktober lalu. Ulsan sudah merasai nikmat kejuaraan K-League 1 dua musim berturut-turut pada 2022 dan 2023 di bawah […]
Ranking FIFA: Korea & Thailand Kumpul Mata Tambahan Tertinggi

Korea Selatan dan Thailand menjadi antara negara paling cemerlang memungut tambahan mata FIFA Oktober ini. Skuad kendalian Masatada Ishii muncul juara King’s Cup 2024 selepas menundukkan Syria dengan keputusan 2-1. Thailand sebelum itu telah menewaskan lawan dari Asia Tenggara iaitu Filipina dengan keputusan 3-1 sekaligus mengumpul tambahan +8.70 mata secara keseluruhan. Kemajuan skuad Gajah Perang […]
JDT Tempuhi Ujian Ketiga ACLE Di Korea

Jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) berlepas ke Korea bagi aksi ketiga AFC Champions League Elite (ACLE). Skuad kendalian Hector Bidoglio membawa momentum cemerlang apabila tidak tewas dalam mana-mana perlawanan musim 2024/25. Prestasi cemerlang juga membantu pasukan Harimau Selatan yang juga masih segar dengan kejayaan menjulang trofi Piala FA 2024. Kempen JDT dalam saingan Asia […]
AFC Pertimbang Tukar Venue Aksi Indonesia vs Bahrain

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah menerima surat permohonan Bahrain berkenaan isu penukaran venue aksi pasukan itu dengan Indonesia pada Mac 2025. Persatuan Bola Sepak Bahrain (BFA) mengemukakan permohonan tersebut selepas bimbang dengan keselamatan pasukan itu. Ini selepas penyokong Indonesia bertindak meninggalkan cacian dan komen berbaur ancaman di platform media sosial membabitkan pasukan yang diberi […]
Park Hang-seo Berteka-Teki Tentang Destinasi Baharu

Masa depan bekas pengendali Vietnam, Park Hang-seo masih belum terungkai ketika ini. Jurulatih berpengalaman itu masih tidak melatih mana-mana pasukan selepas meninggalkan skuad Bintang Emas pada Januari 2023. Hang-seo kini bergelar penasihat kepada kelab Bac Ninh di Vietnam namun difahamkan masih mencari destinasi terakhirnya dalam era kejurulatihan. Beliau sebelum ini dikaitkan ke India dan Kemboja […]
Perubahan Ketara Romel Morales Bersama Harimau Malaya Dikesan

Perubahan ketara penyerang naturalisasi, Romel Morales bersama Harimau Malaya berjaya dikesan. Pemain berusia 27 tahun itu beraksi secara konsisten dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan termasuklah ketika turun menentang New Zealand. Hasrat untuk melihat kejayaan buat pasukan negara tidak kesampaian apabila tunduk dengan keputusan 4-0 di tangan All-Whites. Menerusi perkongsian dalam segmen Bola Itu Life, analisis […]
Bisa Ali Olwan Memuncak Bersama Jordan

Nama penyerang Selangor FC, Ali Olwan menjadi sebutan penyokong Jordan baru-baru ini. Ini selepas Ali meledakkan dua gol dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman di Stadium Antarabangsa Amman baru-baru ini. Dua gol ini membolehkan Jordan merekodkan kemenangan 4-0 ke atas Oman. Selain Ali, penyerang Al-Arabi, Yazan Al-Naimat turut meledakkan dua gol dalam perlawanan […]
Bangladesh Antara 5 Potensi Lawan Harimau Malaya November Ini

Bangladesh berpotensi menjadi antara salah satu lawan Harimau Malaya bulan November ini. Skuad kendalian Pau Marti bermula cemerlang apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024 selepas menundukkan Lubnan dengan keputusan 1-0. Prestasi sama tidak berupaya diterjemahkan di tempat lawan apabila tunduk dengan jaringan besar berdepan pasukan ke-95 dunia, New Zealand dengan keputusan 4-0 di Auckland. Ujian […]