Zainal Abidin: Jeonbuk Tak Ada Apa Yang Selangor Ada

Lagenda Selangor, Zainal Abidin Hassan yakin pasukan Korea, Jeonbuk Hyundai tidak memiliki kualiti yang dibawa oleh pasukan tuan rumah. Dua jaringan pantas oleh Haritu Haiqal dan juga Ali Olwan masing-masing pada minit ke-31 dan 33 sudah cukup untuk memberikan 3 mata buat Gergasi Merah. Bekas pengendali Melaka United itu teruja dengan percaturan yang digunakan oleh […]

Kelayakan Piala Asia B-17: UAE Benam Malaysia

Aksi Kelayakan Piala Asia B-17 menyaksikan Emeriah Arab Bersatu (UAE) menundukkan Malaysia pada aksi pembukaan. Skuad kendalian Javier Ribera turun dengan kesebelasan terbaik dengan nama-nama seperti Naqqiuddin, Awal Wafiy, Tengku Hasyri dan juga Arayyan Hakeem membarisi kesebelasan utama. Usaha mencari jaringan terhalang buat skuad muda negara dengan pasukan lawan membuka tirai jaringan menerusi pemain muda […]

Kim Pan-gon ‘Sengsara’ Di Ulsan HD

Ketua Jurulatih Ulsan HD, Kim Pan-gon terus dilanda tekanan hebat untuk mengemudi jaguh Korea itu. Bekas pengendali Malaysia itu berdepan cabaran luar biasa selepas tewas kali ketiga dalam kempen AFC Champions League Elite (ACLE) kepada Vissel Kobe dengan keputusan 2-0. Sebelum ini, Ulsan HD telah pun tunduk kepada Kawasaki Frontale dengan keputusan 1-0 sebelum dibelasah […]

Kelab Croatia Pandang Tinggi Pemain Terengganu

Kelab Croatia memandang tinggi kualiti yang dimiliki oleh pemain Terengganu FC. Pasukan Pantai Timur itu memulakan musim 2024/25 dengan begitu baik di bawah kendalian Tomislav Steinbruckner selain memberi saingan pada posisi teratas Liga Super. Skuad Peteh bagaimanapun bergelut untuk mengekalkan prestasi terbaik terutamanya dalam kempen Asean Shopee Cup selepas tidak mencatatkan sebarang kemenangan dalam dua […]

Kelab Mongolia, Tuv Azarganuud Bolos 109 Gol Dalam 9 Perlawanan

Kelab Mongolia, Tuv Azarganuud dianggap tidak bernasib baik oleh ramai peminat bola sepak Asia. Ini kerana kelab itu sudah dibolosi sebanyak 109 kali selepas sembilan perlawanan Mongolian Premier League (MPL) musim 2024/25. Daripada sembilan perlawanan, enam daripadanya berakhir dengan keputusan dua digit. Ini termasuk kekalahan terbaru 20-1 di tangan Brera Ilch FC pada 20 Oktober […]

Pasukan Ke-96 Dunia Lawan ‘Gred A’ Harimau Malaya

Pasukan ke-96 dunia bakal menjadi salah satu lawan paling hebat buat Harimau Malaya tahun 2024. Skuad kendalian Pau Marti Vicente memgharungi permulaan cemerlang apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024 pada bulan September. Hasrat untuk mengekalkan rentak itu bagaimanapun tidak berjaya apabila tunduk kepada pasukan ke-95 dunia, New Zealand dengan keputusan 4-0. Harimau Malaya yang kini […]

Jurulatih UAE Impi Layak Ke Piala Asia B-17

Pengendali skuad Emiriah Arab Bersatu (UAE) Bawah 17 Tahun (B-17), Majid Salem Al-Zaabi mahu membawa pasukan itu layak ke Piala Asia B-17 2025. Hajat itu dizahirkan beliau untuk menebus kekecewaan pasukan itu selepas terlepas peluang layak ke Piala Asia B-17 2023. UAE berada dalam Kumpulan H bersama tuan rumah, Laos dan Malaysia. Manakala Lubnan pula […]

Live: Siaran Langsung UAE vs Malaysia, Kesebelasan Utama & Siaran TV Kelayakan Piala Asia B-17

Aksi Kelayakan Piala Asia B-17 bakal membuka tirai melibatkan pertemuan antara Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan juga Malaysia. Skuad kendalian Javier Ribera membawa barisan terbaik bagi memastikan slot ke pentas Piala Asia B-17 2025 berada dalam genggaman. Sasaran utama pasukan muda negara adalah untuk layak secara merit ke kejohanan berprestij itu sama ada sebagai juara […]

Selangor & Jeonbuk Hyundai Terpisah 73 Tangga Di Asia

Wakil Malaysia, Selangor FC terpisah hampir 73 tangga kepada kelab Korea, Jeonbuk Hyundai Motors. Skuas kendalian Nidzam Jamil masih memiliki rekod cemerlang apabila meraih 4 mata selepas dua perlawanan pembukaan di AFC Champions League Two (ACL2). Gergasi Merah bakal berdepan ujian hebat sambil pengendali muda itu optimis untuk memastikan pasukannya bersedia dengan sebaik mungkin apabila […]

Peringatan Awal Jasir Asani Buat JDT ‘Gigit Jari’

Peringatan awal yang diberikan oleh pemain sayap Gwangju FC, Jasir Asani membuatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) gigit jari. Skuad kendalian Hector Bidoglio merekodkan kekalahan pertama musim ini apabila tunduk kepada wakil Korea Selatan itu dengan keputusan 3-1. Jaringan daripada tandukan Feroz Baharudin tidak cukup untuk membantu Harimau Selatan meraih 3 mata sekaligus merekodkan kekalahan […]

Malam Suka & Duka Feroz Baharudin

Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin mengharungi malam suka dan duka bagi aksi di Asia. Tonggak berusia 24 tahun itu turun dalam kesebelasan utama Harimau Selatan dan membentuk gandingan bersama Eddy Israfilov dan Park Jun-heong untuk mengemudi pertahanan pasukan. JDT bagaimanapun tidak bernasib baik apabila bolos dua gol dalam 6 minit pertama termasuklah […]

Jurulatih Gwangju Hairan Dengan JDT

Pengendali Gwangju FC, Lee Jung-hyo hairan dengan pendekatan yang digunakan oleh wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad kendalian Hector Bidoglio bermula cemerlang apabila meraih 4 mata hasil satu kemenangan dan satu keputusan seri selepas dua perlawanan awal. Pertemuan kedua-dua pasukan itu diserikan dengan perang psikologi selepas pengendali kelahiran Korea Selatan itu mengakui terkejut selepas […]

Live: Info Siaran Langsung Selangor vs Jeonbuk Hyundai, Kesebelasan Utama & Siaran TV ACL2

Aksi ACL2 antara Selangor dan juga wakil Korea, Jeonbuk Hyundai mencuri tumpuan. Pengendali Jeonbuk Hyundai, Kim Do-heon waspada dengan ancaman trio import pasukan iaitu Alvin Fortes, Ronnie Fernandez dan juga Ali Olwan. Do-heon percaya ketiga-tiga pemain ini mampu memberi ancaman kepada barisan pertahanan Jeonbuk. Atas sebab itu, beliau mahu barisan anak buahnya menunjukkan prestasi terbaik […]

ACLE: 30% Peminat Pilih JDT Tumbangkan Gwangju Di Tempat Lawan

ACLE: Hampir 30 peratus peminat memilih untuk melihat jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) menumpaskan Gwangju. Aksi AFC Champions League Elite (ACLE) itu menyaksikan skuad kendalian Hector Bidoglio hadir dengan momentum cemerlang apabila menundukkan Shanghai Shenhua dengan keputusan 3-0 tempoh hari. Skuad Harimau Selatan juga tidak tewas dalam mana-mana aksi pada musim ini sekaligus merancakkan […]

Jurang Ranking JDT & Gwangju Di Asia Makin Besar

Jurang ranking antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Gwangju kelihatan semakin besar menjelang pertemuan kedua-dua pasukan hari ini. Skuad kendalian Hector Bidoglio beraksi cemerlang musim ini apabila tidak tewas dalam mana-mana aksi yang diharungi. Juara Piala FA Malaysia itu cemerlang menundukkan Shanghai Shenhua di Stadium Sultan Ibrahim dengan keputusan 3-0. Berdasarkan kemas kini laman Opta […]

Media Korea Risau JDT Benar-Benar Turunkan Jese Rodriguez

Media Korea mula menzahirkan kerisauan sekiranya Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat keputusan untuk menurunkan Jese Rodrigue menentang Gwangju. Aksi AFC Champions League Elite (ACLE) itu menyaksikan skuad Harimau Selatan terbang ke Korea Selatan bagi menghadapi tentangan Gwangju FC. Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio memaklumkan bahawa beliau kini masih meneliti pemain terbaik untuk diturunkan menentang jaguh […]