Esteban Solari Diumum Selaku Jurulatih Baharu JDT

Pengendali baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari secara rasminya diumumkan selaku jurulatih pasukan bagi musim 2023. Bekas pemain kebangsaan Argentina ini sudah pun dimaklumkan bakal mengambil peranan Hector Bidoglio yang kini berperanan selaku pengarah teknikal skuad Harimau Selatan musim hadapan. Pengendali berusia 42 tahun itu merupakan pembantu jurulatih Argentina sebelum ini mendapat kepercayaan daripada […]
TMJ: Ada Lagi 3

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberi bayangan bahawa kelab akan membawa masuk tiga lagi muka baharu bagi saingan musim 2023. Prestasi pasukan Harimau Selatan ini amat memberangsangkan dalam kempen musim 2022 selepas mereka berjaya melangkah dengan penuh gemilang dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL). Malah, […]
Safawi Rasid: Ini Bukit Jalil, Anda Tak Boleh Menari Di Sini

Kapten pasukan Harimau Malaya, Safawi Rasid memberi amaran keras kepada mana-mana pemain yang cuba berseronok dan ‘menari ‘ di gelanggang keramat Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil. Malaysia mencatatkan kemenangan bersejarah dalam aksi semalam apabila berjaya membenam Singapura dengan keputusan 4-1 untuk layak ke peringkat separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak […]
Cristiano Ronaldo Dikesan Fasih Berbahasa Arab

Pemain baharu Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dikesan mula fasih berbahasa Arab sejak menyertai kelab tersebut. Bintang sensasi dunia itu telah pun melengkapkan perpindahan daripada Manchester United sejak dilepaskan kelab susulan temubual kontroversi bersama Piers Morgan. Beliau akhirnya menamatkan teka-teki mengenai masa depannya apabila mengesahkan perpindahan ke kelab gergasi Arab Saudi itu. Bekas bintang Real Madrid ini […]
Piala AFF: Malaysia Mudah Tibai Singapura

Perlawanan terakhir Kumpulan B antara Malaysia dan Singapura berlangsung dengan cukup sengit sebelum kemenangan akhirnya berjaya dicapai oleh Harimau Malaya. Kedua-dua pasukan turut dengan kesebelasan terbaik bagi mencari tiga mata daripada aksi ini. Harimau Malaya dengan suntikan lebih 65 ribu ekor harimau sejati berjaya memperoleh peluang terbaik menerusi Faisal Halim namun ketangkasan Hassan Sunny menafikan […]
Ikhsan Fandi Beri Bayangan Bakal Diturunkan Berdepan Malaysia

Penyerang berbisa pasukan Singapura, Ikhsan Fandi memberi bayangan akan diturunkan menjelang pertembungan dengan Malaysia malam ini. Pemain berusia 24 tahun ini merupakan tunjang utama buat skuad kendalian Takayuki Nishigaya terutamanya dalam kempen Piala AFF kali ini. Walau bagaimanapun, khidmat beliau terpaksa diketepikan setelah mengalami kecederaan yang mengakibatkan beliau diusung keluar ketika berdepan Myanmar. Penyerang pasukan […]
Sabah Mahu Dapatkan Khidmat Bekas Bintang Real Madrid

Sabah FK dikhabarkan berminat untuk membawa masuk bekas bintang sensasi Rela Madrid ke dalam pasukan. Sabah yang kini berada pada tangga kedua Liga Azerbaijan mahu memantapkan lagi pasukan dalam usaha mengejar kedudukan pendahulu liga, Qarabag FK. Mereka yang baharu sahaja tewas satu perlawanan pada musim ini mula berusaha untuk membawa masuk nama-nama besar yang mempu […]
Kim Pan-gon Mohon Sokongan Padu Buat Harimau Malaya Di SNBJ

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon berharap agar seluruh rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan padu kepada pasukan negara menjelang pertemuan dengan Singapura esok. Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu menghargai setiap pengorbanan dan sokongan yang diberikan oleh ekor Harimau Malaya sejak beliau mula mengambil alih. Jelasnya, sokongan ini telah memberi satu suntikan semangat buat akak buahnya untuk […]
Pestabola Merdeka Kembali Hiasi Bola Sepak Asia

Kejohanan bola sepak yang sudah lama dinantikan oleh rakyat Malaysia iaitu Pestabola Merdeka akan kembali menyerikan para penonton setelah 9 tahun tertunda. Ini susulan sambutan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang ke-90 sekaligus bakal memberikan detik terindah buat bola sepak Malaysia. Kejohanan kedua tertua selepas Piala Malaysia ini difahamkan akan berlangsung pada Oktober depan. Menerusi satu […]
Pemain Buriram United Mula Ikuti Media Sosial Dion Cools

Para pemain kelab Liga 1 Thailand, Buriram United dilaporkan sudah pun mula mengikuti pemain Harimau Malaya, Dion Cools di media sosial miliknya. Berita perpindahan bekas bintang Club Brugge ini sudah pun mula tersebar luas di media sosial apabila beliau difahamkan akan meninggalkan bumi Eropah. Pemain berusia 27 tahun ini dilaporkan akan menyertai sebuah kelab di […]
Peluang Buat Rakyat Malaysia Saksikan Ronaldo Beraksi Di Malaysia

Rakyat Malaysia kini berpeluang untuk melihat aksi lagenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo yang berkemungkinan akan beraksi di Malaysia. Dunia digemparkan dengan berita perpindahan bekas penyerang berbisa Real Madrid ini yang telah membuat keputusan untuk meninggalkan bumi Eropah untuk berkelana di Al-Nassr, sebuah kelab Arab Saudi di Asia. Pemain berusia 38 tahun itu akan memperkuatkan […]
Khidmat Dua Jurulatih Malaysia Ditagih Kelab Vietnam

Khidmat dua jurulatih kelahiran Malaysia dilaporkan akan mengembangkan karier di Liga Vietnam pada musim hadapan. Kepakaran yang dimiliki oleh beberapa orang barisan kejurulatihan daripada Malaysia ternyata dipandang tinggi oleh kelab di sana apabila menagih khidmat untjk memantapkan lagi pasukan Menerusi satu kenyataan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, khidmat jurulatih penjaga gol Harimau Malaya […]
Dion Cools Dijangka Kekal Beraksi Di Luar Negara

Kapten pasukan kebangsaan, Dion Cools dilaporkan akan terus kekal beraksi di luar negara sehingga tahun 2023. Pemain berusia 27 tahun itu memiliki pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Eropah dan pernah beraksi bersama beberapa kelab sepanjang kariernya. Ketika ini, pemain kelahiran Sarawak ini sedang beraksi bersama kelab di Reublik Czech iaitu FK Jablonec. […]
Malaysia Hanya Diberikan Satu Slot Ke Liga Juara-Juara AFC

Wakil daripada Malaysia difahamkan tidak lagi akan ditawarkan 4 slot ke pentas Liga Juara-Juara AFC seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Seperti yang sedia maklum, pihak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah melakukan perubahan format yang menyaksikan satu pertandingan baharu diperkenalkan (tier 3). Perkara ini telah memberi kesan kepada slot pasukan yang akan bertanding dalam kejohanan berprestij Asia […]
Kim Pan-gon Minta Maaf

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon memohon maaf atas kekalahan skuad negara kepada Vietnam hari ini. Pengendali kelahiran Korea Selatan ini telah menurunkan kesebelasan terbaiknya namun masih tidak dapat menandingi kehandalan pasukan ke-96 dunia itu. Harimau Malaya terpaksa akur di hadapan puluhan biru penyokong tuan rumah apabila tewas dengan keputusan 3-0. Sejurus selepas perlawanan, jurulatih berusia […]
Piala AFF: Pesta Kad Merah Jejas Rentak Malaysia, Tewas Kepada Vietnam

Pertembungan antara dua Vietnam dan juga Malaysia bagi aksi ketiga kumpulan B berkesudahan dengan kemenangan milik Vietnam. Kedua-dua pasukan turun dengan kesebelasan terbaik bagi memburu tiga mata dalam pertemuan penting ini. Beraksi di laman sendiri, anak didik Park Hang-seo membuka tirai jaringan menerusi penyerang berbisa, Nguyen Tien Linh. Namun begitu, mereka terpaksa membayar harga yang […]