Penyokong Thailand Kesan Gelagat Syihan Lumpuhkan Mental Serangan Thailand

Penjaga gol pasukan kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi mendapat pujian daripada para penyokong Thailand susulan tindakan perang psikologinya ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari. Beliau terus mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan Harimau Malaya untuk mengemudi gawang gol pasukan negara sehingga kini. Namun begitu, aksi bekas penjaga gol Negeri Sembilan ini jelas berjaya mencuri perhatian […]

Info Siaran Langsung Vietnam vs Indonesia | Piala AFF 2022

Aksi separuh akhir kedua hari ini melibatkan pertembungan antara bekas finalis Piala AFF 2020, Vietnam dan juga Indonesia yang turun di Stadium Nasional My Dinh. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam aksi separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno tempoh hari selain diserikan dengan beberapa kontroversi sepanjang 90 minit perlawanan. Kini, anak didik […]

Kelab Korea Sambar Khidmat R. Kogileswaran

Bekas pemain PJ City, R. Kogileswaran difahamkan akan membuka lembaran baharu bersama salah sebuah kelab yang berpangkalan di Korea. Destinasi berusia 24 tahun itu mula menjadi tanda tanya selepas beliau meninggalkan pasukan yang secara rasminya tidak akan bersaing dalam Liga Super 2023. Namun begitu, beliau mula dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa buah kelab yang terletak […]

Pengganti Hydee Agras Sudah Ditemui

Juara Liga Super 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengorak langkah yang cukup proaktif apabila membawa masuk seorang pakar analisis bagi menggantikan posisi Hydee Agras. Individu tersebut difahamkan adalah bekas penganalisis bersama skuad gergasi di La Liga, Rayo Vellecano kini secara rasmi bakal memperkuat JDT bagi musim baharu. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman […]

Madame Pang Mahu Labur Dalam Industri Bola Sepak Malaysia

Pemilik kelab Liga 1 Thailand, Madame Pang sedia membuka lembaran baharu dalam kariernya apabila beliau difahamkan sudi melabur dalam industri bola sepak Malaysia. Beliau yang memiliki saham terbesar Port FC itu mengakuit tertarik dengan suasana Liga Malaysia dan sedia merealisasikan hasrat tersebut sekiranya ada tawaran kerjasama daripada mana-mana pihak. Beliau memiliki hasrat untuk melihat bola […]

JDT Rasmi Tandatangani Juan Muñiz

Spekulasi mengenai perpindahan seorang lagi pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya terjawab apabila individu tersebut ialah Juan Muniz. Pemain berusia 31 tahun itu secara rasminya akan memperkuatkan pasukan Harimau Selatan dalam misi memburu kejuaraan pada musim hadapan. Menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, JDT sah akan mendapatkan khidmat pemain tengah menyerang kelahiran Sepanyol […]

“Saya Tak Mahu Komen Pengadil Sebab Saya Tiada Duit Nak Bayar Denda” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak mahu mengulas lanjut berkenaan keputusan pengadil pada malam ini selepas Malaysia mencatat kemenangan 1-0 di laman sendiri. Aksi hari ini kembali mencuri tumpuan apabila beberapa keputusan pengadil dianggap kontroversi termasuklah pembatalan gol kedua Harimau Malaya. Malah, pengadil kelahiran Korea Selatan ini turut tidak memberi sepakan penalti kepada anak […]

Info Siaran Langsung Malaysia vs Thailand | Piala AFF 2022

Perlawanan separuh akhir Piala AFF 2022 melibatkan pertembungan antara jiran tetangga, Malaysia dan juga Thailand. Harimau Malaya sudah tentu mahu memanfaatkan kelebihan selaku tuan rumah pada malam ini ketika sokongan 59,000 ekor Harimau Malaya bakal menjadi nadi tambahan pasukan. Kedua-dua pasukan kini dalam misi penting untuk melayakkan diri ke pentas akhir dengan skuad Gajah Perang […]

32 Pemain Cameroon Terlibat Dalam Skandal Pemalsuan Umur

32 orang pemain pasukan Cameroon dikesan telah melakukan pemalsuan umur sekaligus menyebabkan mereka hilang kelayakan untuk mewakili negara. Ujian yang dijalankan oleh Presiden Bolasepak Cameroon (CAF), Samuel Eto’o mengesahkan seramai 21 orang pemain yang mewakili pasukan Bawah 17 tahun Cameroon telah hilang kelayakan kerana tidak melepasi ujian umur. 30 orang pemain telah dipanggil dan kesemuanya […]

Jay Chou Akhirnya Buka Mulut

Penyanyi terkemuka Taiwan, Jay Chou akuirnya membuka mulut susulan pelbagai isu yang timbul membabitkan persembahannya dan juga aksi Harimau Malaya. Seperti yang sedia maklum, perjalanan aksi skuad kebangsaan di Piala AFF ini sering dikaitkan dengan individu ini tatkala pertembungan jadual ini menyebabkan sebanyak 21,000 tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dapat dijual. Perkara ini […]

Final Piala AFF Mungkin Tak Dapat Dilangsungkan Di Bukit Jalil

Final Piala AFF 2022 berkemungkinan besar tidak dapat berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sekiranya Malaysia berjaya melangkah ke pentas akhir pada edisi kali ini. Seperti yang sedia maklum, SNBJ menjadi venue rasmi buat skuad Harimau Malaya mengharungi kejohanan kali ini yang menyaksikan anak buah Kim Pan-gon berjaya melangkah ke pentas separuh akhir. Namun begitu, […]

Hannah Yeoh Tak Mahu Salah Guna Kuasa Menteri

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tidak mahu menyalahgunakan kuasa yang dimilikinya semata-mata mahu mempertahankan venue utama Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil selaku venue rasmi Piala AFF. Seperti yang sedia maklum, terdapat beberapa isu yang berbangkit sejak kebelakangan ini terutamanya apabila konsert Jay Chou yang dijadualkan bertembung dengan aksi skuad kebangsaan ketika ini. Namun […]

Aksi Al-Nassr Ditangguh Kerana Stadium Tiada Elektrik

Pertembungan kelab baharu Cristiano Ronaldo dalam saingan Liga Saudi menentang Al-Ta’i terpaksa ditangguhkan akibat ketiadaan bekalan elektrik di stadium. Aksi yang dijadualkan berlangsung semalam itu terpaksa ditangguhkan dalam tempoh 24 jam selepas keadaan stadium difahamkan tidak berada dalam tahap terbaik bagi sepak mula tersebut. Perkara ini telah pun disahkan oleh laman rasmi kelab apabila venue […]

Kim pan-gon: Pemain Malaysia Sangat Bijak

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memuji impak yang dibawa oleh barisan pemain Malaysia sambil menganggap mereka pemain yang sangat bijak. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu jelas berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh anak buahnya sehingga berjaya mara ke pentas separuh akhir. Mengulas lanjut, beliau tetap mahu memastikan mereka untuk membanggakan rakyat malaysia akan […]

“Kami Bertuah Malaysia Adakan Konsert Di Bukit Jalil” – Mano Polking

Ketua jurulatih Thailand, Mano Polking gembira kerana Malaysia mengadakan konsert yang menyaksikan pengurangan jumlah penonton seramai 21,000 orang. Pengendali kelahiran Brazil ini turun pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil esok dalam misi untuk membawa bekalan selesa pulang ke bumi Thailand. Mengulas lanjut, individu berusia 46 tahun ini lega apabila venue utama […]

Al-Nassr Sedia Lawan Hukum FIFA

Pasukan gergasi Arab Saudi, Al-Nassr sedia melawan peraturan yang ditetapkan oleh badan induk bola sepak dunia (FIFA) bagi memastikan debut bintang mereka, Cristiano Ronaldo dapat direalisasikan. Umum mengetahui bahawa kapten pasukan kebangsaan Portugal itu tidak dapat diturunkan lagi akibat menjalani penggantungan dua perlawanan ketika bersama Manchester United. Bekas pemain Real Madrid ini telah dikenakan tindakan […]