Dulu Park Hang-seo Sanggup Tinggalkan Vietnam Untuk Malaysia

Bekas ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo dilaporkan pernah menawarkan diri kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengemudi skuad kebangsaan Malaysia. Pengendali berusia 65 tahun itu telah bersama pasukan kebangsaan Vietnam hampir 5 tahun dan membawa era kegemilangan kepada bola sepak di sana. Namun begitu, beliau difahamkan amat berminat untuk mengisi kekosongan jawatan pengendali Harimau Malaya […]

Stadium Sultan Ibrahim Paling Awal Gunakan Rumput Asli Di Malaysia

Stadium Sultan Ibrahim (SSI) merupakan stadium pertama di Malaysia yang menggunakan jenis rumput asli. Stadium tersebut terkenal dengan kemegahan seni binanya selain kecanggihan fasiliti yang dimiliki menyebabkan ia sering diangkat di seantero dunia. Gelanggang rasmi skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) ini telah menyaksikan pelbagai kejuaraan yang berjaya digondol oleh Harimau Selatan dan menjadi kemegahan Malaysia. […]

Rasmi: Thailand Tidak Sertai Pestabola Merdeka

Juara Piala AFF 2022, Thailand difahamkan tidak akan menyertai kejohanan Pestabola Merdeka yang bakal diadakan September ini. Hal ini telah pun disahkan oleh Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) setelah difahamkan terdapat perbincangan antara pihak Thailand dan juga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara ini telah pun dimaklumkan oleh Setiausaha FAT, Patit Suphaphongs sekaligus menyaksikan lawan tradisi Malaysia […]

PDRM Masih Menanti Ketibaan Dua Pemain Import

Pasukan Liga Super, PDRM FC masih menunggu ketibaan dua orang pemain importnya bagi mengadakan sesi latihan penuh pasukan menjelang musim baharu. Dua orang pemain tersebut difahamkan pemain Nigeria dan seorang lagi dari Myanmar. Menerusi satu kenyataan oleh ketua jurulatih pasukan, Azam Azmi, beliau amat berharap agar kedua-dua pemain ini cepat menemui jalan bertemu pasukan. “Kami […]

Minggu-16: Dion Cools Dipilih Pertahanan Terbaik Thai League

Pertahanan kental Buriram United, Dion Cools tersenarai dalam kesebelasan terbaik nagi aksi Liga 1 Thailand minggu ke-16. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan antara pemain import yang baru sahaja menyertai pasukan selepas akhirnya melengkapkan perpindahan dari kelab Republik Czech, FK Jablonec. Cools pada awalnya telah pun menjadi pilihan utama jurulatih, Masatada Ishii dalam aksi persahabatan […]

Perpindahan Nuha Marong Ke Kelantan Tersebar Di Gambia

Berita mengenai perpindahan pemain import baharu Kelantan, Nuha Marong kini mula tersebar luas terutamanya di Gambia. Pemain berusia 29 tahun itu digembar-gemburkan akan menyertai pasukan Pantai Timur itu namun setakat ini masih tiada pengumuman rasmi dibuat. Bintang yang beraksi pada posisi serangan ini merupakan antara calon yang diletakkan dalam pilihan pasukan bagi mengetuai jentera serangan […]

Rasmi: India Sertai Pestabola Merdeka

Pasukan kebangsaan India telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan Pestabola Merdeka yang bakal diadakan September tahun ini. Baru-baru ini telah tular isu apabila pihak Persatuan Bolasepak India (AIFF) menyatakan kekecewaan selepas tidak diundang bagi menyertai kejohanan ini. Perkara ini telah pun disahkan oleh setiausaha badan tersebut, Shaji Prabakaran yang memaklumkan bahawa terdapat perbincangan yang diadakan bersama […]

Ratchaburi Kini Ada Dua ‘Pawi’

Pasukan tangga ketiga Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC selesai menandatangani kapten Harimau Malaya, Safawi Rasid baru-baru ini. Pemain berusia 25 tahun itu kini membawa haluan baharu secara pinjaman selepas berkelana di Johor Darul Ta’zim (JDT) selama beberapa musim. Perpindahan ini jelas amat diperlukan oleh anak jati kelahiran Terengganu ini bagi mengembalikak semula rentak permainannya dan […]

Ketinggian Pemain Import Perak Amat Menakutkan

Ketinggian pemain import baharu Perak FC mencuri perhatian ramai tatkala susuk tubuhnya kelihatan cukup tegap untuk bersaing di Liga Super 2023. Pasukan utara tanah air ini rancak melaksanakan pelan bagi musim baharu dengan kemasukan beberapa muka baharu musim ini. Malah, pelantikan ketua jurulatih, Lim Teong Kim memperlihatkan keseriusan pasukan The Bos Gaurus dalam misi untuk […]

Stadium Paroi Bakal Gunakan Rumput Zeon Zoysia

Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi difahamkan akan menaik taraf rumput kepada Zeon Zoysia seperti yang digunakan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. Menerusi satu kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani, kerja menaik taraf akan dimulakan pada Mac ini selepas proses menukar tempat duduk penonton selesai. Jelasnya, […]

TMJ Peruntukkan Alatan Kecergasan Kepada Skuad Harimau Malaya

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) telah memperuntukkan peralatan kepada pasukan kebangsaan. Menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers hari ini, mereka mengumumkan bakal menandatangani kerjasama dengan salah sebuah jenama kecergasan antarabangsa. Perjanjian ini juga difahamkan akan dimetrai dalam beberapa bulan akan datang selepas perbincangan kini berada pada tahap akhir. Baginta Tunku […]

Eureka Drinks Salur Tajaan Kewangan Kepada Terengganu

Sebuah syarikat minuman prestasi terkemuka di Malaysia, Eureka telah pun menjadi penaja rasmi kepada pasuka gergasi Pantai Timur, Terengganu bagi musim 2023. Menerusi satu pengumuman di laman rasmi pasukan, pihak kelab berbesar hati untuk menerima Eureka selaku penaja bagi tempoh setahun ini. Pengarah urusan Eureka, Encik Fadzrul Dullie memaklumkan bahawa Terengganu menjadi satu-satunya kelab di […]

Syria & Palestin Dijangka Sertai Pestabola Merdeka

Dua pasukan dari Timur Tengah dijangka akan menghangatkan lagi saingan Pestabola Merdeka yang bakal diadakan semula pada tahun ini. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka akan mengundang dua pesaing terhebat di Asia Tenggara iaitu Vietnam dan juga Thailand yang merupakan finalis Piala AFF 2022. Saingan ini difahamkan akan turut diserikan lagi dengan kehadiran dua pasukan besar […]

Papé Diakité Sertai Kelab Vietnam, Berguru Dengan Lagenda Thailand

Bekas pertahanan kebal Terengganu FC, Papé Diakité pulang semula beraksi di Vietnam apabia melengkapkan perpindahan ke kelab Liga 1 iaitu Hoang Anh Gia Lai FC. Pertahanan berusia 30 tahun itu merupakan tonggak utama di bawah kendalian Nafuzi Zain namun tidak mendapat tawaran kontrak baharu dari kelab. Beliau akhirnya memilih untuk membawa haluan baharu apabila memilih […]

Ratchaburi Realisasikan Impian Safawi Rasid 10 Tahun Lalu

Pemain baharu Ratchaburi FC, Safawi Rasid bersyukur kerana kelab tersebut akhirnya dapat merealisasikan impian yang telah disimpannya sejak 10 tahun lalu. Kapten Harimau Malaya itu secara rasmi telah melengkapkan perpindahan ke kelab Liga 1 Thailand itu secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) selama semusim. Beliau yang baru sahaja diperkenalkan dalam satu sesi sidang media […]

Wan Kuzain Hampir Sertai Kelab J League?

Masa depan pemain kelahiran Amerika-Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal mula menjadi bualan hangat susulan kelihatan sunti tanpa khabar berita. Beliau kini beraksi di Amerika Syarikat bersama St Louis dan menjadi watak penting untuk mengemudi jentera tengah pasukan. Pemain berusia 24 tahun ini seringkali dikaitkan untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan kini dikaitkan pula dengan perpindahan ke […]