Insiden Terjahan Keras Ke Atas Safawi Rasid Mengerikan

Pemain sayap Ratchaburi FC, Safawi Rasid mengalami kecederaan serius ketika pertemuan menentang Lamphun Warrior hari ini. Kapten Harimau Malaya itu diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan menentang lawan yang berada di tangga ke-14 Liga Thai itu. Beliau membentuk gandingan yang cukup baik bersama rakan sepasukan di JDT, Mossaa Sidibe dan hampir menjaringkan gol pembukaan perlawanan. Tandukan […]

Thai League 1: Pesta Kad Merah Ragut Kemenangan Berharga Ratchaburi

Aksi minggu ke-17 melibatkan pertembungan antara Ratchaburi menentang Lamphun Warrior berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1. Bintang sensasi Malaysia, Safawi Rasid turun buat kali kedua dalam kesebelasan utama pasukan jelas menjadi kunci buat jentera serangan pasukan. Pemain pinjaman JDT, Moussa Sidibe hampir memecah kebuntuan pada minit ke-9 namun percubaannya tersasar. Peluang terbaik hadir […]

Info Siaran Langsung Lamphun Warrior vs Ratchaburi | Thai League 1

Aksi minggu ke-17 menyaksikan pertembungan antara pasukan Lamphun Warrior FC berdepan dengan Ratchaburi FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Mae Guang menyaksikan pasukan tuan rumah berhasrat untuk emperbaiki kedudukan dalam liga apabila terpelosok di tangga ke-14 Liga 1 Thailand ketika ini. Pasukan pelawat, Ratchaburi FC yang dibarisi pemain sensasi Malaysia, Safawi Rasid nyata mahu memberikan […]

JDT Dinobatkan Kelab Ke-15 Terbaik Asia Oleh IFFHS

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada pada kedudukan ke-15 kelab terbaik di Asia bagi tahun 2022. Peningkatan mendadak yang direkodkan oleh skuad Harimau Selatan ini bertitik tolak daripada aksi cemerlang yang ditampilkan dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim lalu. Ini susulan pengumuman daripada Persekutuan Sejarah dan Statistik Bola Sepak Antarabangsa […]

Syihan Hazmi Lulus Cemerlang Ujian Pertama Lawan Kelab Eropah

Penjaga gol baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi melakukan penampilan yang cukup cemerlang ketika pasukannya menewaskan PFC Levski Sofia semalam. Bekas penjaga gawang Negeri Sembilan ini melakukan penampilan pertama bersama skuad Harimau Selatan musim ini. Pemain berusia 26 tahun itu diturunkan dalam aksi yang bertahan hanya selama 54 minit ini selepas beberapa insiden […]

Levski Sofia Tak Mengaku Salah

Kelab Liga Bulgaria, PFC Levski Sofia tidak mengaku salah susulan pertemuan dengan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam satu aksi pra-musim semalam. Perlawanan tersebut mencuri tumpuan apabila ia dihentikan seawal minit ke-57 selepas berlakunya insiden kekasaran melibatkan kedua-dua pasukan. Situasi yang terjadi itu menyebabkan perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Harimau Selatan […]

Info Siaran Langsung Levski vs JDT | Pra-Musim 2023

Aksi yang melibatkan pertembungan juara bertahan Liga Super, JDT bakal melayan kunjungan gergasi Liga Bulgaria, Levski di Stadium Sevens malam ini. Anak didik Tano Solari sudah pasti mahu menebus kehampaan pada aksi pertama selepas tewas 0-2 kepada wakil Rusia, FC Rostov. Skuad Harimau Selatan sudah tentu mahu mmeberikan yang terbaik di samping menguji muka baharu […]

Malaysia Bakal Bertemu Australia ?

Pasukan Malaysia dikhabarkan bakal mengadakan satu aksi persahabatan di bawah kalendar FIFA berdepan Australia Mac ini. Berita mengejutkan ini bagaimanapun mendapat respon yang pelbagai daripada warga Australia yang sebahagiannya memandang rendah keupayaan anak didik Kim Pan-gon. Menerusi satu laporan oleh media Australia, mereka memaklumkan bahawa akan ada aksi persahabatan antarabangsan melibatkan The Socceroos menentang Harimau […]

Safawi Rasid Berpeluang Lepas Rindu Lawan Kelab Malaysia

Pemain baharu Ratchaburi FC, Safawi Rasid berpeluang bertemu semula dengan kelab Malaysia tidak lama lagi. Hal ini susulan Selangor FC bakal hadir ke Thailand dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari ini di Bangkok dan bakal berdepan Ratchaburi FC. Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Datuk Johan Kamal, beliau mengesahkan […]

Sentuhan Bekas Bintang JDT, Pereyra Diaz Menjadi-Jadi Di India

Bekas import Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Pereyra Diaz mempamerkan aksi yang cukup luar biasa dalam saingan Liga Super India musim ini. Pemain kelahiran Argentina ini sudah dua musim berkelana di India apabila sebelum ini beraksi buat Kerala Blasters. Walau bagaimanapun, beliau tidak berupaya mencipta sesuatu apabila mereka menamatkan saingan India Super League dikedudukan ke-2 […]

Jurulatih Al-Nassr Anggap Ronaldo Punca Kekalahan

Ketua jurulatih Al-Nassr, Rudi Garcia menganggap bahawa bintang baharu pasukan, Cristiano Ronaldo menjadi punca kekalahan pasukan semalam. Pemain berusia 38 tahun itu turun selaku kapten pasukan semalam ketika berdepan Al-Ittifaq menyaksikan pasukannya tewas dengan keputusan 3-1. Dalam satu kenyataan sidang media selepas perlawanan, beliau menganggap kegagalan Ronaldo menyempurnakan peluang terhidang pada babak pertama mengubah keputusan […]

Balotelli Selangkah Sertai Kedah ?

Kedah Darul Aman FC dalam perancangan mengumumkan import baharu yang bakal memperkuatkan pasukan menjelang musim 2023. Pasukan kendalian Nafuzi Zain ini sedang rancak mengatur langkah bagi memastikan perjalanan musim baharu ini berjalan dengan lancar. Gergasi Hijau Kuning telah meraih perhatian ramai apabila membawa masuk beberapa pemain tempatan berkualiti dan juga pemain import berprofil hebat pada […]

Bakal Bertemu JDT, Zenit Bagi ‘Amaran’ Awal

Pasukan gergasi Rusia, Zenit St Petersburg memberi amaran awal kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang pertemuan aksi persahabatan pra musim di Dubai. Pasukan yang sedang mendahului Liga Russia ini sedang mempersiapkan pasukan menjelang separuh musim kedua dalam memastikan kedudukan teratas liga kekal hingga penghujung musim. Pasukan yang terkenal dengan jolokan Zenitchiki ini bagaimanapun memberi petanda […]

Rasmi: MFL Perkenal Sepak Mula Waktu Siang

Aksi Liga Super 2023 bakal membawa satu lagi perubahan besar apabila perlawanan akan diadakan bermula waktu petang. Menerusi satu pengumuman oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL), waktu bagi setiap aksi akan terbahagi kepada beberapa kelompok waktu yang telah dibincangkan. Bagi aksi di Semenanjung, perlawanan akan bermula seawal jam 5:15-5:30 petang manakala disusuli dengan aksi pada jam […]

Tano Solari: JDT Ada Standard Yang Tinggi

Ketua jurulatih baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari mengakui bahawa pasukannya memiliki standard yang tinggi dalam pentas bola sepak. Pengendali kelahiran Argentina itu baru sahaja tiba bagi mengisi jawatan daripada Hector Bidoglio yang kini bergelar Pengarah Teknikal. Dalam satu kenyataan, jurulatih muda berusia 44 tahun itu berpuas hati dengan persiapan pasukan selama dua minggu […]

“Referee Kayu” – Son Heung-min Belajar Bahasa Melayu

Pemain sayap kelahiran Korea Selatan, Son Heung Min begitu teruja ketika akhirnya dapat mempelajari bahasa Melayu. Bintang sensasi yang berkelana di Eropah bersama Tottenham Hotspurs itu merupakan antara pemain sensasi pasukan ketika ini. Beliau telah berjaya kekal konsisten sehingga menempatkan diri antara salah seorang penjaring terbaik di EPL sejak beberapa musim lalu. Walau bagaimanapun, kelibat […]