Corak Latihan Kim Pan-gon Dilabel Unik

Persiapan latihan Malaysia menjelang aksi persahabatan di China September ini terus menjadi tumpuan. Semua mata tertumpu kepada percaturan yang bakal diterapkan oleh ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon untuk mempersiapkan skuad negara ke Chengdu. Malaysia bakal memulakan cabaran berdepan Syria pada 6 September sebelum turun berdepan pasukan ke-78 dunia, China. Mengulas lanjut, antara perkara yang menarik […]
Peluang Kelab Asia Sambar Papu Gómez Kembali Terbuka

Hasrat kelab Asia untuk membawa masuk pemain berkelas dunia dari Eropah kembali terbuka apabila pemenang Piala Dunia 2022, Papu Gómez bakal meninggalkan Sevilla. Pemain berusia 35 tahun itu menyertai kelab gergasi La Liga itu dari Atalanta dua musim lalu. Beliau yang memainkan peranan utama sepanjang berada di sana untuk membantu pasukan mencabar kedudukan ke Liga Juara-Juara […]
Wolfsburg Bertapak Di Malaysia

Kelab gergasi Bundesliga, VFL Wolfsburg kini mula melebarkan sayap ke rantau Asia Tenggara apabila memilih Malaysia sebagai rakan kerjasama strategik terbaru. Perkara ini telah pun diumumkan dalam satu majlis pelancaran berkenaan pembukaan rasmi pejabat di Zon Asia di Menara Metrade, Kuala Lumpur. Perkembangan itu menyaksikan kelab Jerman itu mahu mempromosikan program teknikal dan perniagaan ke […]
Zainal Abidin: Pestabola Merdeka Ibarat Piala Dunia Di Asia

Lagenda bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan melabel Pestabola Merdeka setaraf Piala Dunia bagi kalangan penyokong di Asia. Pengendali berusia 60 tahun itu menyatakan keterujaan apabila kembalinya Pestabola Merdeka selepas 10 tahun tidak diadakan. Mengulas lanjut, beliau sempat berkongsi detik manis ketika mula-mula mewakili Malaysia dan beraksi di Stadium Merdeka. Katanya, beliau yakin bahawa Pestabola […]
“Saya Kembali Lebih Kuat” – Faisal Halim

Pemain sayap pasukan Malaysia, Faisal Halim sedia bangkit untuk kembali membantu Harimau Malaya tampil lebih baik kali ini. Pemain berusia 25 tahun itu menjalani penggantungan selama satu bulan yang menyaksikan beliau hanya beraksi 45 minit selepas 5 perlawanan. Beliau bagaimanapun tetap optimis untuk terus membantu pasukan bimbingan Kim Pan-gon lebih cemerlang. Faisal ketika ditemui pada […]
Park Hang-seo Rangka Pelan Vietnam Ke Piala Dunia

Bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo membuka laluan yang cukup baik buat negara itu melangkah ke Piala Dunia. Pengendali berusia 65 tahun itu tidak lagi bersama pasukan Vietnam selepas kejohanan Piala AFF 2022 dan memilih untuk membawa haluan baharu. Beliau turut dikaitkan dengan beberapa jawatan termasuklah ke Indonesia sebagai Pengarah Teknikal dan jurulatih […]
Diogo Hangatkan Kepulangan Ke Thailand

Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo bakal kembali perkuat Harimau Selatan di Thailand dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini. Pemain kelahiran Brazil itu merupakan antara bintang paling menyerlah di Thailand ketika beraksi beberapa musim bersama BG Pathum. Beliau bagaimanapun bakal menghangatkan saingan ACL musim ini apabila JDT diundi dalam Kumpulan […]
Penyerang ‘RM5.4 Juta’ Kawasaki Frontale Tumpul, Peluang Kelab Malaysia Menyinar

Prestasi yang ditampilkan oleh kelab gergasi Jepun, Kawasaki Frontale kurang memberangsangkan terutamanya bagi jentera serangan pasukan musim ini sekaligus membuka jalan buat kelab Malaysia lebih menyinar. Pasukan bimbingan Toru Oniki itu kini berada di tangga ke-9 saingan J1 League selepas mengharungi 25 perlawanan musim ini. Aksi jaguh Asia itu bagaimanapun terganggu susulan prestasi kurang memberangsangkan […]
3 Pasukan Liga Super Sedia Rampas Slot Ke Asia

Tatkala saingan Liga Super 2023 menghampiri ke penghujungnya, saingan sengit bagi merebut posisi ke Asia masih belum dimuktamadkan. Kedudukan tempat ke-2 Liga Super ketika ini dipimpin oleh Selangor FC yang dilihat berupaya untuk menamat saingan pada posisi tersebut. Walau bagaimanapun, tumpuan terarah kepada beberapa pasukan yang dijangka mampu memberi kejutan untuk merampas slot tersebut. Pada […]
Kanté Gol Lagi Di Urawa Reds

Kudrat penyerang berbisa Urawa Reds, José Kanté terus membawa pasukan menghampiri kedudukan pendahulu liga pada musim ini. Pemain berusia 32 tahun itu merupakan aset penting pasukan apabila telah meledak tiga gol dalam tiga penampilan terakhir buat The Red Devils. Bekas pemain Liga Poland bersama Legia Warszaw itu dibawa masuk oleh ketua jurulatih, Maciec Skorza untuk […]
Bekas Penyerang Juventus Ledak Hatrik, Selangor Selangkah Ke Asia

Bekas penyerang berbisa Juventus, Richmond Boakye terus mempamerkan bisanya di Liga Super apabila meledak hatrik berdepan Kelantan FC ketika menang 11-2. Kebangkitan luar biasa anak didik Tan Cheng Hoe bermula apabila ketinggalan 2-0 di tempat lawan sebelum membedil 4 gol pada babak pertama. Penyerang berusia 30 tahun itu mula mengganas pada babak kedua permainan apabila […]
Ini Pandangan TMJ Mengenai Ujian JDT Di ACL

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ mempunyai pandangan tersendiri mengenai perjalanan pasukannya dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini. Undian yang dijalankan pada 24 Ogos menyaksikan Harimau Selatan berjaya mengulangi aksi yang ditempuhi tahun lalu apabila diundi dalam satu kumpulan bersama jaguh Korea, Ulsan Hyundai dan gergasi Jepun, Kawasaki Frontale. Malah, JDT […]
AFC Champions League 23/24: Aksi Ulangan JDT Bersama Ulsan & Kawasaki Frontale Jadi Kenyataan

Penantian bagi undian kumpulan Liga Juara-Juara AFC (ACL) berakhir selepas wakil tunggal Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah diundi bersama pasukan gergasi ‘ulangan’ tahun lalu. Undian yang berlangsung di AFC House di Kuala Lumpur pada 24 Ogos 2023 jam 4 petang ini menyaksikan anak didik Tano Solari berdepan tugas berat di Asia. Juara bertahan Liga […]
Debaran Aksi JDT Di Asia Makin Membara

Perjalanan wakil tunggal Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi tumpuan tatkala aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) bakal bermula tidak lama lagi. Pasukan kendalian Tano Solari sudah pasti mahu memperbaiki pencapaian hebat tahun lalu apabila mara ke pusingan kalah mati ACL 2022. Malah, prestasi memukau dalam aksi domestik musim ini sudah pasti memberi suntikan tambahan buat […]
“Mereka Berdepan Manusia Yang Sedang Bermaharajalela Di Atas Padang”

Persembahan yang ditonjolkan oleh barisan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat sukar digugat oleh mana-mana pasukan ketika ini. Anak didik Tano Solari terus mempamerkan kaliber di atas padang termasuklah ketika membenam Kelantan dengan keputusan 10-0. Kekalahan besar itu menjadi pengajaran berguna buat skuad muda The Red Warriors yang rata-rata dibarisi oleh pemain bawah 23 tahun. […]
Juara Piala AFC 2022 Gagal Ke ACL

Hasrat juara Piala AFC 2022, Al-Seeb untuk beraksi di Liga Juara-Juara AFC (ACL) tidak kesampaian. Pasukan yang beraksi secara konsisten dalam saingan liga itu masih tidak dapat melepasi ke peringkat berikutnya selepas dikecewakan wakil Uzbekistan. Wakil dari Oman itu berjaya menjulang kejuaraan Piala AFC tahun lalu selepas menewaskan pasukan Liga Super, KL City FC. Kejayaan […]