Kim Min-jae Satu-Satunya Harapan Asia Di Ballon d’Or

Bek tengah Korea Selatan, Kim Min-jae mencipta sejarah tersendiri dengan menjadi pemain pertahanan Asia pertama tersenarai dalam calon Ballon d’Or 2023. Ini berdasarkan senarai calon yang diumumkan penganjur anugerah, majalah France Football semalam seperti dikongsikan wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano. Ini menjadikan Min-jae sebagai pemain Korea keempat tersenarai sebagai calon Ballon d’Or. Selain beliau, Seol […]

“Prestasi Individu Lebih Penting Berbanding Keputusan” – Matyo

Bekas penyerang lagenda Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih mesra dikenali sebagai Matyo yakin persembahan individu lebih diutamakan berbanding keputusan di China. Pemain berusia 37 tahun itu teruja dengan kemampuan sebenar Harimau Malaya selepas berjaya mengikat pasukan ke-94 dunia Syria dengan keputusan 2-2. Mengulas lanjut, beliau melihat motivasi pasukan ketika ini berada pada tahap yang […]

Bakat Baru: Penyerang Portugal-Malaysia Dalam Pembikinan Di Australia

Seorang lagi bakat muda warisan Malaysia kini mula menembusi pasaran Australia sekaligus memberi tambahan pilihan buat skuad negara pada masa hadapan. Individu yang dimaksudkan ini ialah Noah Andrew Kat yang memiliki darah Malaysia dan Portugal. Pemain muda berusia 18 tahun itu kini beraksi di Australian Youth League untuk mendapat lebih banyak pendedahan dan aksi kompetitif […]

Lihat Cara Kim Pan-gon Baiki Kelemahan Utama Malaysia

Kerisauan ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menentang pasukan 100 terbaik dunia bakal berakhir selepas pasukan negara membuktikan prestasi sebaliknya. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu mula menyatakan kegusaran berkenaan ketahanan mental para pemainnya yang sedikit bergelut selepas ketinggalan. Perkara ini menjadi tumpuannya tatkala Harimau Malaya berdepan ujian dua pasukan hebat iaitu Syria dan China. Persembahan para […]

Ranking FIFA: Malaysia ‘Curi’ Mata Penting Ke Kelompok 120 Terbaik Dunia

Malaysia kembali menghidupkan peluang untuk memburu kelompok kedudukan 120 terbaik dunia selepas mengikat Syria 2-2. Perlawanan menentang pasukan ke-94 dunia itu menyaksikan anak buah Kim Pan-gon mempamerkan aksi ‘gred A’ untuk bangkit daripada ketinggalan dua gol. Keputusan itu menyaksikan penambahan +1.4 mata buat Harimau Malaya sungguhpun sasaran utama meraih +6.4 mata terlepas. Mata semasa Malaysia […]

Statistik Buktikan Malaysia Pamer Kualiti Luar Norma Ikat Syria

Malaysia mempamerkan statistik yang cukup menggiurkan berdepan pasukan ke-94 dunia, Syria sekaligus menyaksikan pasukan negara mencuri mata FIFA yang amat penting. Perhatian menyeluruh tertumpu kepada bagaimana skuad kebangsaan menunjukkan kemampuan untuk bangkit memperoleh dua gol setelah ketinggalan. Hal ini juga dibuktikan menerusi catatan statistik yang membuktikan kualiti dan dominasi Malaysia ke atas negara Asia Barat […]

Malaysia Pamer Keajaiban Ikat Syria

Aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 antara Malaysia dan Syria berkesudahan dengan Malaysia berjaya mengikat lawan. Perlawanan yang berlangsung di Chengdu, China itu menyaksikan pasukan bimbingan Kim Pan-gon mendapat tentangan yang cukup hebat seawal minit pertama. Anak buah Hector Cuper tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pertama menerusi jaringan pemain berpengalaman, Merdek Mrdkian pada minit ke-11. […]

Siaran Langsung Persahabatan Antarabangsa: Malaysia vs Syria, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Malaysia bakal berdepan dua aksi persahabatan antarabangsa di Chengdu, China menentang Syria dan China. Aksi pada Rabu, 6 September 2023 menyaksikan pasukan bimbingan Kim Pan-gon akan berdepan jaguh Timur Tengah yang menghuni tangga ke-94 dunia ketika ini. Pasukan bimbingan Hector Cuper kini dalam momentum terbaik sambil Harimau Malaya juga mencatatkan dua kemenangan berdepan Papua New […]

Jurulatih Syria Pilih Percaturan Ganjil Menentang Malaysia

Ketua jurulatih Syria membuat keputusan untuk memanggil barisan yang menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan penyokong. Pasukan ke-94 dunia itu akan menjadi cabaran utama pengendali Malaysia, Kim Pan-gon dalam merencanakan percaturannya. Perlawanan yang bakal berlangsung di gelanggang neutral itu menyaksikan Malaysia berpeluang untuk memperbaiki kedudukan rangking FIFA. Perkara yang menjadi tumpuan bagaimanapun terarah kepada pilihan […]

Ranking FIFA: Malaysia Berpeluang Kembali Ke Kelompok 120 Dunia Selepas 21 Tahun

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia berpeluang untuk memperbaiki kedudukan dan menghampiri tangga ke-120 terbaik dunia buat kali pertama dalam tempoh 21 tahun. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon bakal menghadapi dua aksi persahabatan di Chengdu, China pada 6 dan 9 September menentang Syria dan juga tuan rumah. Selepas Malaysia menjuarai kejuaraan serantau, Piala AFF 2010, Malaysia gagal mempamerkan […]

Jurulatih Syria Pilih Percaturan Ganjil Berdepan Malaysia

Percaturan ketua jurulatih Syria meraih perhatian para penyokongnya selepas memilih skuad ganjil berdepan Malaysia. Pasukan ke-94 dunia itu bakal menjadi lawan pertama pasukan bimbingan Kim Pan-gon di Chengdu, China namun barisan pilihan pasukan Timur Tengah itu mencuri tumpuan. Keputusan Héctor Cúper untuk membawa barisan ‘kuda tua’ berdepan Harimau Malaya telah membawa kritikan penyokong Syria. Pengendali […]

Liga Malaysia Berpeluang Berada Di Kedudukan Ke-3 Terbaik Asia

Liga Malaysia kini berpeluang untuk berada pada kedudukan yang ke-3 terbaik di Asia sekiranya prestasi wakil negara terus memberangsangkan di pentas Asia. Tahun 2023 menyaksikan Malaysia memiliki tiga wakil beraksi di Asia dengan JDT bersaing di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) sementara Terengganu dan Sabah FC di Piala AFC. Berdasarkan kemas kini yang dilakukan oleh […]

Ini Senarai Akhir Barisan Unik Malaysia Ke Kelayakan Piala Asia B-23

Teka teki mengenai barisan akhir yang bakal dibawa ke Kelayakan Piala Asia B-23 bagi mewakili Malaysia akhirnya terjawab. Ketua jurulatih B-23 kebangsaan, E. Elavarasan telah membuat keputusan muktamad bagi mengharungi kempen Kelayakan Piala Asia B-23 2024. Berdasarkan kemas kini yang dimuat naik oleh FAM, terdapat kelibat barisan pemain yang diharapkan mampu mencipta impak segera di […]

“Skuad Ini Kembalikan Era Gemilang Malaysia”

Kecemerlangan prestasi yang ditampilkan oleh Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini mendapat pujian dan perhatian lagenda bola sepak negara, Dollah Salleh. Bekas penyerang kebangsaan itu melihat pasukan negara kini dalam momentum terbaik untuk membentu satu era ’emas’ baharu buat Harimau Malaya. Beliau ketika ditemui di Majlis Pelancaran Pestabola Merdeka di Wangsa Maju menjelaskan, kembalinya penganjuran […]

Jalan Berbeza Kawasaki Frontale & JDT Menjelang ACL

Prestasi pasukan gergasi Jepun, Kawasaki Frontale kini dalam fasa yang begitu buruk menjelang aksi berdepan pasukan negara, Johor Darul Ta’zim (JDT). Pasukan bimbingan Toru Oniki itu mencetuskan kebimbangan apabila dibelasah teruk oleh pasukan atasan liga, Cerezo Osaka pada aksi ke-26 J1 League dengan keputusan 3-0. Keadaan ini diburukkan lagi apabila jentera serangan pasukan gagal menemui […]

Pemain Malaysia Lakukan Analisis Khas Kaji Kekuatan Syria

Persiapan para pemain Malaysia untuk berdepan dua lawan yang lebih kuat pada musim ini berterusan apabila pasukan kini melakukan kajian khas terhadap kekuatan lawan. Harimau Malaya akan terbang ke Chengdu, China bagi menghadapi dua aksi persahabatan FIFA Tier 1 menentang tuan rumah, China dan juga Syria. Kedua-dua pasukan kini berada pada kedudukan yang lebih tinggi […]