EPL: Newcastle United Tamatkan Rekod Tanpa Kalah Arsenal

Rekod tanpa kalah Arsenal sejak awal musim akhirnya lebur apabila mereka tunduk 1-0 kepada Newcastle United di St. James Park awal pagi ini. Arsenal memerlukan kemenangan bagi membolehkan mereka menghambat musuh setempat, Tottenham Hotspur dan pendahulu liga, Manchester City. Sementara The Magpies pula mahu menghambat Aston Villa dan Liverpool yang masing-masing menduduki tangga kelima dan […]
EPL: Arsenal Mudah Belasah Kelab Tercorot Sheffield United

Arsenal kembali mencatat kemenangan dalam saingan liga apabila kenduri gol menewaskan Sheffield United 5-0 di Stadium Emirates. Mikel Arteta terus menggunakan khidmat penjaga gol baharu, David Raya berbanding Aaron Ramsdale untuk perlawanan ini. Permulaan perlahan buat Arsenal apabila Sheffield menampilkan corak permainan defensif sehinggalah Eddie Nketiah membuka tirai jaringan. Nketiah menyempurnakan hantaran Declan Rice untuk […]
Bintang Arsenal Secara Terbuka Sokong Palestin

Bintang tengah Arsenal dan Mesir, Mohamed Elneny menyatakan sokongan secara terbuka terhadap rakyat Palestin. Sokongan tersebut dinyatakan dengan menukar gambar profil Instagramnya kepada gambar bendera Palestin dan Masjid Al-Aqsa. Mengikut laporan Daily Mirror, tindakan tersebut dibuat selepas rakan sepasukan Oleksandr Zinchenko memuatnaik status Instagram yang berbunyi, “Saya bersama dengan Israel.” Sejak itu, bek kiri Ukraine […]
EPL: Manchester City Tersungkur Di Tangan Arsenal

Arsenal meneruskan rentak cemerlang dalam saingan liga apabila berjaya menewaskan juara bertahan, Manchester City 1-0 di laman sendiri. Mikel Arteta menurunkan skuad terbaik beliau dengan David Raya selaku penjaga gol dalam perlawanan ini manakala City turun tanpa bintang tengah, Rodri yang digantung perlawanan. Aksi sengit menghiasi perlawanan ini dengan kedua-dua pasukan cuba mencari gol awal. […]
EPL: Arsenal Mudah Atasi Bournemouth

Mikel Arteta mengetepikan sentimen terhadap rakan lamanya, Andoni Iraola dengan membimbing Arsenal menewaskan Bournemouth di Stadium Vitality hari ini. Perlawanan EPL hari ini dianggap jejak kasih bagi Arteta dan Iraola. Ini kerana kedua-duanya merupakan rakan sepasukan lama di kelab remaja Basque, Antiguoko lebih 30 tahun lalu. Bagaimanapun, sebaik wisel babak pertama ditiup, The Gunners bermula […]
EPL: Tottenham Bangkit Rantai Meriam Arsenal

Aksi hangat derbi utara London menyaksikan Arsenal dan Tottenham Hotspur terikat 2-2 di Stadium Emirates. The Gunners bermula garang menerusi beberapa gerakan daripada pemain lincah, Bukayo Saka sehinggakan pertahanan Spurs, Christian Romero menjaringkan gol sendiri pada minit ke-26 perlawanan ekoran menghadang percubaan Saka. Spurs turut meningkatkan keupayaan serangan dan akhirnya berjaya menembusi gawang gol Arsenal […]
UCL: Arsenal Belasah PSV

Perlawanan saingan Liga Juara-Juara pagi tadi menyaksikan Arsenal membelasah PSV Eindhoven di Emirates Stadium dengan keputusan 4-0. The Gunners turun dengan kesebelasan utama yang terbaik sementara PSV tempang tanpa ayam tambatan iaitu Xavi Simons yang sudah berhijrah ke RB Leipzig. Tiga jaringan dihasilkan di separuh masa pertama dijaringkan oleh Bukayo Saka, Leandro Trossard dan Gabriel […]
EPL: Arsenal Menang Tipis Ke Atas Everton

Arsenal berjaya meneruskan rentak kemenangan apabila menang tipis ke atas pasukan Everton 1-0. Arsenal menurunkan penjaga gol baharu mereka, David Raya dalam perlawanan ini manakala Everton mempertaruhkan pemain kelahiran Portugal, Beto selaku penyerang utama pasukan. Martinelli berjaya menyudahkan hantaran Vieira pada minit ke-20 permainan namun pengadil membatalkan gol tersebut setelah Nketiah yang menghantar bola kepada […]
EPL: Arsenal Bedil Manchester United Pada Minit Akhir

Arsenal berjaya menewaskan Manchester United 3-1 di Stadium Emirates dalam aksi yang penuh debaran pada minit-minit akhir. Manchester United membuka jaringan pada minit ke-27 perlawanan menerusi Marcus Rashford yang merembat kencang ke arah kiri gawang gol Arsenal setelah menerima hantaran daripada Christian Eriksen. Tidak sampai seminit, Arsenal menyamakan kedudukan hasil jaringan Martin Odegaard yang menyempurnakan […]
Arsenal ‘Cuci’ Bilik Persalinan

Arsenal dijangka menjual sembilan orang pemain termasuk seorang pemain tonggak dengan nilai jualan bakal mencecah £100 juta (RM584 juta). Akhbar Daily Mail melaporkan tindakan pengurusan The Gunners dibuat bagi menyeimbangkan semula akaun mereka selepas berbelanja besar dalam tetingkap perpindahan musim panas 2023. Tetingkap perpindahan ini menyaksikan Jurrien Timber, Declan Rice dan Kai Havertz berpindah secara […]
EPL: Arsenal Hampir Dimalukan Fulham

Aksi Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pertembungan antara Arsenal dan Fulham yang berlangsung di Emirates Stadium berkesudahan dengan keputusan 2-2. Perlawanan bermula rancak apabila seawal minit pertama permainan pemain sayap Fulham, Andres Pereira membuka jaringan dengan sepakan bersahaja mengelirukan penjaga gol, Aaron Ramsdale. Tersentak dengan jaringan tersebut, Arsenal cuba menguasai perlawanan namun sehingga separuh […]
Jurrien Timber Buat Penyokong Arsenal Berduka

Penyokong Arsenal berdepan tamparan hebat apabila pemain baru mereka, Jurrien Timber terpaksa berehat panjang selepas disahkan mengalami kecederaan ACL. Pemain pertahanan berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan serius berkenaan dalam aksi pembukaan EPL menentang Nottingham Forest di Stadium Emirates pada 12 Ogos lalu. Timber yang sudah merekodkan dua penampilan bersama The Gunners sejak menyertai kelab […]
EPL: Arsenal Mula Langkah Kanan, Tewaskan Nottingham Forest

Perlawanan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pertembungan diantara Arsenal menentang Nottingham Forest yang berakhir dengan keputusan 2-1. Arsenal turun dengan tonggak baharu seperti Declan Rice, Kai Havertz dan Justin Timber. The Gunners turun dengan reputasi sebuah pasukan terbaik. Separuh masa pertama, The Gunners dahului dengan 2-0 menerusi Nketiah dan Bukayo Saka. Separuh masa […]
Community Shield: Penalti Dramatik Pastikan Arsenal Muncul Juara Tewaskan Man City

Pertembungan Arsenal dan Manchester City dalam aksi Perisai Komuniti (Community Shield) menyaksikan perlawanan berlangsung sengit. Kedua-dua pasukan turun dengan kesebelasan terbaik tatkala Mikel Arteta menurunkan tiga pemain baharunya iaitu Kai Havertz, Declan Rice dan Justin Timber. The Citizens mengekalkan barisan pemain terbaiknya sambil kemasukan Mateo Kovacic ditagih mengemudi jentera tengah pasukan. Perlawanan berlangsung baik pada […]
Arsenal ‘Hentam’ Barcelona

Naib juara EPL musim lepas, Arsenal membuktikan mereka bersedia mencabar kejuaraan EPL musim ini dengan membelasah juara La Liga, Barcelona 5-3 dalam aksi pra-musim di Amerika Syarikat. Aksi pra-musim di Stadium SoFi, Los Angeles itu menyaksikan Barca terlebih dahulu di hadapan menerusi penyerang berbisa Poland, Robert Lewandowski pada minit ketujuh. Bagaimanapun, kelebihan anak-anak buah Xavi […]
Aksi Kai Havertz Bersama Arsenal Buat Penyokong Chelsea Gelak Besar

Penyerang baru Arsenal, Kai Havertz sudah mula merisaukan penyokong Gunners apabila gagal menyempurnakan 14 percubaan gol dalam aksi MLS All-Star Skill Challenge hari ini. MLS All-Star Skill Challenge dianggap pemanas badan Arsenal dan barisan MLS All-Star sebelum berentap dalam perlawanan sebenar pada Jumaat ini. Havertz mengambil giliran sebagai penjaring gol pertama Arsenal gagal menguji penjaga […]