Pemain Akademi Manchester United Bersara Pada Umur 28 Tahun

james weir manchester united

Pemain akademi Manchester United telah mengumumkan persaraan daripada bola sepak pada umur 28 tahun. James Weir yang merupakan bekas produk Manchester United mengharungi karier bola sepak yang sukar setelah melakukan debut pada tahun 2016 bersama-sama Marcus Rashford dan Timothy Fosu-Mensah. Manchester United yang ketika itu dilatih oleh Louis Van Gaal telah memberikan peluang buat James […]

EPL: Arsenal Tundukkan Liverpool, Pintas Kedudukan Man City

Arsenal terus menghambat kedudukan pendahulu liga apabila menewaskan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates. Kedua-dua pasukan tampil dalam perlawanan ini dengan pemain terbaik yang mereka ada demi memastikan tiga mata berada dalam genggaman. Tuan rumah bermula baik dan berjaya memimpin perlawanan pada minit ke-14 menerusi jaringan Bukayo Saka yang mudah menyempurnakan […]

EPL: Arsenal Gah Belasah Crystal Palace

Arsenal

Arsenal gah pamer aksi berbisa untuk menewaskan Crystal Palace di Stadium Emirates. Arsenal memenangi aksi terakhir bertemu Crystal Palace di laman Selhust Park menerusi kemenangan tipis 1-0. The Gunners tampil bermain formasi 4-3-3 dengan menurunkan trio Bukayo Saka, Gabriel Jesus dan Leandro Trossard dibahagian jentera serangan. Crystal Palace pula menerapkan formasi 3-4-3 dan menagih kudrat […]

Mikel Arteta: Apa Yang Kamu Boleh Buat?

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta turut hairan dengan ketajaman barisan serangan mereka ketika tumbang di tangan Liverpool dalam aksi FA Cup. Menerusi temu bual beliau selepas perlawanan, beliau turut kesal dengan kekalahan tersebut dan tiada apa mampu dilakukannya. “Apa yang kamu boleh buat? Saya tak boleh nak beritahu mereka untuk bermain lebih teruk daripada Liverpool, dapatkan […]

FA Cup: Arsenal Gagal Sekat Kemaraan Liverpool

Arsenal terus mempamerkan aksi kurang konsisten setelah tumbang kepada Liverpool di laman sendiri dalam aksi pusingan ketiga FA Cup. Liverpool yang berkunjung ke Stadium Emirates tanpa tonggak utama, Mo Salah yang dipanggil memperkuat skuad kebangsaan Mesir dilihat tidak berdepan kesukaran untuk mengimbangi corak permainan Arsenal. The Gunners beberapa kali menguji gawang Liverpool melalui percubaan Kai […]

EPL: Fulham Bangkit Malukan Arsenal

Fulham berjaya mengejutkan Arsenal apabila bangkit menewaskan pasukan itu dengan jaringan 2-1. Arsenal bermula garang apabila menjaringkan gol seawal minit ke-5 hasil jaringan Bukayo Saka. Tersentak dengan gol itu, Fulham kembali mengatur serangan dan berjaya memberikan aksi sengit buat Arsenal pada babak pertama. Fulham meraih gol penyamaan pada minit ke-29 menerusi jaringan Raul Jimenez yang […]

EPL: Gol Kontroversi Bantu West Ham Tewaskan Arsenal

Arsenal terlepas peluang merampas semula kedudukan pendahulu liga daripada Liverpool apabila tunduk 2-0 kepada musuh setempat, West Ham United di Stadium Emirates. Selepas Liverpool mendahului liga susulan kejayaan mereka mengalahkan Burnley, The Gunners perlu menang jika ingin kembali bertakhta di persada liga. Sementara The Hammers pula ingin meneruskan momentum selepas mengalahkan Manchester United di Stadium […]

EPL: Liverpool & Arsenal Sama-Sama Gagah

Liverpool terlepas peluang untuk merampas takhta pendahulu liga daripada Arsenal apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Anfield awal pagi ini. Kedua-dua pasukan tahu kemenangan perlu diraih hari ini atas sebab berbeza. Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta melihat ini sebagai peluang melebarkan kelebihan di persada liga. Sementara jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp melihat kelebihan beraksi di tempat sendiri […]

Bintang Arsenal Bantu Mangsa Gempa Bumi Di Maghribi

Bintang muda Arsenal, Bukayo Saka mencuri tumpuan penyokong beberapa hari lepas kerana usaha murninya membantu mangsa gempa bumi Maghribi. Saka bekerjasama dengan pertubuhan kebajikan BigShoe mendermakan 50 buah rumah kontena sebagai tempat perlindungan buat 255 orang penduduk di sebuah perkampungan kecil di Taroundant. Wilayah Taroundant, Maghribi merupakan antara wilayah yang terkesan dengan bencana alam tersebut. […]

EPL: Arsenal Kembali Ke Puncak, Tewaskan Brighton

Perlawanan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pertembungan di antara Arsenal dan Brighton yang berkesudahan dengan jaringan 2-0.  Tuan rumah, Arsenal berjaya meraih tiga mata berharga bagi memastikan kembali ke puncak Liga.  Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan. The Gunners mencatatkan 3 percubaan tepat dan 5 percubaan tidak tepat manakala Brighton gagal membuat sebarang percubaan […]

UCL: Arsenal Gagal Raih Kemenangan Menentang PSV

Arsenal dan PSV mencatat keputuusan seri 1-1 dalam perlawanan terakhir saingan Liga Juara-Juara Eropah untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati. Arsenal menguasai pegangan bola pada separuh masa pertama namun hanya melakukan 1 percubaan tepat ke arah gawang gol lawan. Satu percubaan itu sudah cukup buat pasukan Mikel Arteta untuk merobek gawang gol PSV menerusi […]

EPL: Arsenal Diaibkan Aston Villa

Arsenal terlepas peluang kembali ke persada Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila tewas mengejut 1-0 kepada Aston Villa di Villa Park hari ini. Dengan Liverpool berjaya mengatasi Crystal Palace di Selhurst Park, anak-anak buah Mikel Arteta perlu menang hari ini bagi merampas kembali kedudukan pendahulu liga. Bagaimanapun, The Villains bakal memberi cabaran getir kepada pelawat. Ini […]

EPL: Declan Rice Pacu Arsenal Tewaskan Luton Town

Pemain tengah England, Declan Rice memastikan Arsenal kekal di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan tipis 4-3 ke atas Luton Town. Walaupun berada di kedudukan empat tercorot liga, Luton membuktikan mereka pasukan liat bila beraksi di Kenilworth Road. Ini dibuktikan dengan keputusan seri 1-1 mereka dengan Liverpool. Fakta tersebut langsung tidak menggentarkan The Gunners […]

EPL: Arsenal Mudah Bedil Taring Wolves

Arsenal mudah mengalahkan cabaran Wolves dilaman sendiri apabila merekodkan kemenangan selesa 2-1. Bukayo Saka tidak menunggu lama untuk memecah gawang gol Wolves setelah mencetak gol seawal minit ke-6 perlawanan. Takehiro Tomiyasu memainkan impak penting apabila melakukan hantaran kepada Saka untuk meletakkan Arsenal dihadapan. Tersentak dengan gol awal, Wolves nyata tidak bersedia dan hilang tumpuan apabila […]

Pemain Muda Arsenal Jaring 10 Gol Ketika Tewaskan Liverpool

Jarang berlaku di dalam dunia bola sepak apabila seorang pemain berjaya menjaringkan sepuluh gol dalam satu perlawanan. Namun ianya berlaku kepada pemain muda Arsenal, Chido Obi-Martin. Pemain berusia 15 tahun itu merekodkan 10 jaringan dalam aksi menentang Liverpool yang mana menyaksikan Arsenal menang besar 14-3. Pemain muda kelahiran Denmark itu telah memuat naik satu foto […]

UCL: Arsenal Gah Tundukkan Sevilla

Arsenal kini selangkah ke peringkat kalah mata saingan UCL apabila berjaya menundukkan Sevilla 2-0 di Stadium Emirates. Arteta mempertaruhkan kesebelasan terbaik beliau dalam misi meraih 3 mata berharga di pentas eropah. Arsenal menurunkan gandingan serangan Saka-Trossard-Martinelli untuk perlawanan ini. Leandro Trossard memecah kebuntuan pada minit ke-29 perlawanan untuk gol pertama Arsenal setelah menerima bola hantaran […]