Kerana Ronaldo, Al-Nassr Lepaskan Vincent Aboubakar

Perpindahan Cristiano Ronaldo ke Al-Nassr menjadikannya sebagai penerima gaji pemain tertinggi di dunia. Tetapi disebabkan perpindahan ini juga, bintang Cameroon Vincent Aboubakar dilepaskan kelab secara persetujuan bersama. Al-Nassr terpaksa berbuat demikian selepas diberitahu mereka mempunyai terlalu ramai pemain import dalam pasukan. Ini disebabkan kuota pemain import bagi kelab-kelab Liga Pro Arab Saudi ialah lapan orang […]
Cristiano Ronaldo Hanya Mampu Jadi Penonton Aksi Al-Nassr

Walaupun terpaksa menjadi penonton susulan penggantungan dua perlawanan, itu tidak menghalang Cristiano Ronaldo daripada menyatakan sokongan terhadap kelab barunya, Al-Nassr. Dalam perlawanan terbaru liga Al-Nassr semalam, Faris Najd mudah menundukkan lawan mereka 2-0. Kemenangan tersebut melebarkan jurang mata mereka sebagai pendahulu liga kepada lima mata. Sebelum perlawanan, Ronaldo diperkenalkan kepada para penyokong sebelum dibawa ke […]
Ronaldo Tak Dibenarkan Beraksi Buat Al-Nassr Lagi

Hasrat para penyokong Al-Nassr untuk melihat Cristiano Ronaldo dalam perlawanan menentang Al-Ta’ee hari ini tidak kesampaian. Ini selepas bekas penyerang Manchester United itu masih perlu menjalani penggantungan dua perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak (FA). Hukuman tersebut dikenakan ke atas Ronaldo selepas mereka mendapati dia bersalah kerana memecahkan telefon seorang peminat cilik Everton pada April lepas. […]
Cristiano Ronaldo Dijangka Ketuai Jentera Serangan Al-Nassr Berdepan Al-Ta’ee

Kapten Portugal Cristiano Ronaldo dijangka akan mengetuai jentera serangan Al-Nassr berdepan Al-Ta’ee dalam perlawanan Liga Saudi Profesional di Stadium King Saud University, Riyadh Saudi Arabia malam esok. Ronaldo yang baru sahaja menyertai Al Nassr minggu lalu dengan menandatangani kontrak menerusi perjanjian yang dipercayai bernilai lebih daripada RM929 juta yang akan mengekalkannya sehingga Jun 2025. Menurut […]
Cristiano Ronaldo Dikesan Fasih Berbahasa Arab

Pemain baharu Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dikesan mula fasih berbahasa Arab sejak menyertai kelab tersebut. Bintang sensasi dunia itu telah pun melengkapkan perpindahan daripada Manchester United sejak dilepaskan kelab susulan temubual kontroversi bersama Piers Morgan. Beliau akhirnya menamatkan teka-teki mengenai masa depannya apabila mengesahkan perpindahan ke kelab gergasi Arab Saudi itu. Bekas bintang Real Madrid ini […]
Ronaldo Dibenarkan Tinggalkan Al-Nassr

Walaupun telah sah menyertai Al-Nassr, cita-cita Cristiano Ronaldo untuk menambah koleksi gol Liga Juara-Juara Eropah (UCL) masih membara. Dan jika benar laporan akhbar ini, hajat bekas penyerang Manchester United itu untuk menambah koleksi gol UCL dijangka dapat direalisasikan. Mengikut laporan Marca, Faris Najd bersedia membenarkan Ronaldo meninggalkan kelab secara pinjaman dengan syarat Newcastle United layak […]
Al-Nassr Tunai Impian Lihat Ronaldo & Messi Kembali Bertarung

Ramai menyangka dengan perpindahan Cristiano Ronaldo ke Al-Nassr, pertarungan antara dia dengan Lionel Messi sudah berakhir. Tetapi khabarnya, kelab Arab Saudi itu bakal bersemuka dengan Paris Saint Germain untuk aksi persahabatan sekaligus mengembalikan semula memori pertarungan dua pemain terhebat itu. Piala Riyadh Musim 2023 bakal menemukan PSG dengan kesebelasan pilihan Al-Nassr. Ia sepatutnya dilangsungkan pada […]
Pengikut Instagram Al-Nassr Meningkat Dua Kali Ganda Sejak Umumkan Ronaldo

Pengaruh besar Cristiano Ronaldo dalam dunia sukan dapat dilihat sebaik saja perpindahan percumanya ke Al-Nassr dimuktamadkan. Walaupun sudah berusia 37 tahun, pengaruhnya di laman media sosial masih kekal kuat. Ini dapat dilihat pada akaun Instagram Al-Nassr. Sebelum pengumuman perpindahan Ronaldo dibuat, kelab hanya mempunyai 860,000 pengikut seperti dinyatakan Jesus Alexis Gonzalez dalam ciapannya di bawah. […]
Cristiano Ronaldo Hampir Sertai Kelab MLS Sebelum Terima Al-Nassr

Awal pagi tadi, Cristiano Ronaldo telah mengesahkan perpindahannya ke kelab Arab Saudi, Al-Nassr. Tetapi ia boleh saja jadi kisah berbeza sekiranya bekas penyerang Manchester United itu menerima tawaran kelab MLS, Sporting Kansas City (SKC). Ini didedahkan bekas pemain Amerika Syarikat, Taylor Twellman dalam ciapan Twitternya. Menurut bekas penyerang New England Revolution itu, beberapa kelab MLS […]
Peluang Buat Rakyat Malaysia Saksikan Ronaldo Beraksi Di Malaysia

Rakyat Malaysia kini berpeluang untuk melihat aksi lagenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo yang berkemungkinan akan beraksi di Malaysia. Dunia digemparkan dengan berita perpindahan bekas penyerang berbisa Real Madrid ini yang telah membuat keputusan untuk meninggalkan bumi Eropah untuk berkelana di Al-Nassr, sebuah kelab Arab Saudi di Asia. Pemain berusia 38 tahun itu akan memperkuatkan […]
Al Nassr Harap Ronaldo Terima Tawaran Kontrak RM78 Juta Sebulan

Selepas Cristiano Ronaldo meninggalkan Manchester United secara persetujuan bersama, terdapat banyak spekulasi mengaitkan Ronaldo dengan kelab-kelab. Dengan legenda Portugal itu tidak lagi mendapat perhatian kelab-kelab Eropah, kelab Al-Nassr berharap beliau menerima tawaran kontrak mereka berjumlah RM78 juta sebulan. Sebelum ini, wartawan sukan terkenal Fabrizio Romano mendedahkan Al-Nassr telah membentangkan cadangan kontrak dua tahun setengah dengan […]