Cristiano Ronaldo Mahu Tinggalkan Al-Nassr Segera

Baru beberapa bulan berada di Arab Saudi, Cristiano Ronaldo sudah mempertimbang untuk meninggalkan kelab Al-Nassr. Dan menurut satu laporan di Sepanyol, Ronaldo sedia kembali ke Real Madrid bagi mengisi peranan sebagai duta kelab berkenaan. Menurut laporan akhbar El Nacional, keputusan tersebut dibuat selepas Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodriguez merindui kehidupan di Madrid, Sepanyol. Semasa bersama […]

Real Madrid Mahukan Cristiano Ronaldo Semula

Sejak menyertai Al-Nassr pada Januari lalu, tempoh Cristiano Ronaldo tidak sunyi daripada kontroversi. Dengan kelab Arab Saudi itu terlepas peluang menjulang King Cup of Champions, kini timbul spekulasi Real Madrid mahukan kembali khidmatnya. Menurut laporan El Nacional, Ronaldo dikatakan tidak gembira berada di Arab Saudi sejak berpindah ke Al-Nassr pada Januari lepas. Ini kerana beliau […]

Cristiano Ronaldo Bergusti Dengan Pemain Al-Hilal

Awal pagi tadi, penyokong kelab Al-Nassr kecewa selepas pasukan mereka tewas 2-0 kepada juara musim 2021/2022, Al-Hilal. Tetapi apa yang menarik perhatian penyokong ialah tindakan kapten Al-Alami, Cristiano Ronaldo bergusti dengan seorang pemain Al-Hilal. Bekas penyerang Manchester United itu membuat cabaran ala gusti ke arah Gustavo Cuellar dengan memegang kepala menggunakan lengannya sebelum menjatuhkannya. Ronaldo […]

Ronaldo Bantu Al-Nassr Sasar Zidane, Mourinho Sebagai Bos Baru

Selepas melepaskan Rudi Garcia sebagai pengurus mereka, Al-Nassr kini sibuk memburu pengurus baru bagi menggalas cabaran kejuaraan Saudi Pro League. Dan difahamkan dengan bantuan Cristiano Ronaldo, Al-Alami sedang mensasarkan Jose Mourinho atau Zinedine Zidane sebagai pengurus baru mereka. Kedua-duanya bukanlah asing kepada bekas penyerang Manchester United itu kerana pernah melatihnya di Real Madrid. Ia juga […]

Cristiano Ronaldo Mahu Jurulatih Al-Nassr Dipecat Segera

Susulan keputusan seri tanpa jaringan menentang Al-Feiha beberapa hari lepas, kedudukan pengurus Al-Nassr, Rudi Garcia kini dalam bahaya. Dan beberapa laporan menyatakan Cristiano Ronaldo bakal menjadi punca bekas pengurus Lille itu disingkirkan. Dengan Al-Alami kini ketinggalan tiga mata di belakang Al-Ittihad yang kini bergelar pendahulu Saudi Pro League, situasi kelihatan tegang. Menurut akhbar Marca, pertengkaran […]

Cristiano Ronaldo Mengamuk Diikat Pasukan Pertengahan Liga

Bukan sekali Cristiano Ronaldo mengamuk di atas padang lebih-lebih jika pasukan yang diwakilinya tewas atau diikat oleh pasukan lawan. Dan itulah yang berlaku beberapa hari lepas selepas Al-Nassr diikat 0-0 dengan Al-Feiha. Keputusan tersebut meletakkan Al-Nassr di tangga kedua dengan pendahulu liga Al-Ittihad mendahului dengan tiga mata. Ini selepas The Tigers menang ke atas Al-Wehda […]

Jose Mourinho Ditawar RM547 Juta Kemudi Arab Saudi

Dengan kontrak berbaki setahun bersama AS Roma, ramai ingin tahu apa rancangan Jose Mourinho jika kontraknya tidak disambung oleh pemilik kelab, The Friedkin Group. Baru-baru ini, timbul laporan Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) bersedia membayarnya £100 juta (RM547 juta) sebagai jurulatih pasukan kebangsaan mereka. Menurut laporan akhbar Corriere dello Sport, SAFF bukan saja bersedia […]

Tindakan Cristiano Ronaldo Santuni Kanak-Kanak Mangsa Gempa Bumi Raih Perhatian

Seorang kanak-kanak Syria yang terselamat daripada tragedi gempa bumi bulan lalu tidak menyangka impiannya bertemu Cristiano Ronaldo menjadi realiti. Ini selepas Rabea Shaheen, 10, dipertemukan dengan wiranya itu. Tidak lama selepas tragedi yang melanda sebahagian wilayah Turki dan Syria itu, nama Shaheen tular di media sosial selepas menyatakan keinginannya mahu bertemu dengan Ronaldo. Video temubualnya […]

Al-Nassr Tewaskan Al-Batin Menggunakan Masa Kecederaan

12 minit masa kecederaan dalam aksi Liga Saudi antara pasukan Al-Nassr dan Al-Batin menjadi penyelamat buat pasukan tuan rumah. Al-Nassr berjaya mencatat kemenangan bergaya mengatasi Al-Batin dengan keputusan 3-1. Tiga gol pada babak akhir permainan memastikan pasukan diwakili bintang dunia, Cristiano Ronaldo itu mengutip tiga mata berharga. Mendominasi permainan sepanjang perlawanan, Al-Nassr gagal mencetak sebarang […]

Cristiano Ronaldo Tapau Pemain Terbaik Liga Saudi

Selepas meledakkan lapan gol dan mencipta dua bantuan gol dalam Liga Pro Saudi baru-baru ini, Cristiano Ronaldo diiktiraf sebagai Pemain Terbaik Bulan Liga Pro Saudi untuk bulan Februari. Pada awalnya, bergelut selepas berpindah ke Al-Nassr secara percuma, bekas penyerang Manchester United itu kembali bangkit. Pada bulan lepas, lapan golnya membantu Pahlawan Najd merekodkan tiga kemenangan […]

Ronaldo Berbisa, Catat Hatrik Bersejarah Buat Al-Nassr

Cristiano Ronaldo terus membuktikan impaknya bersama pasukan baru Al-Nassr. Ini selepas legenda Portugal itu meledakkan hatrik bagi membantu Pahlawan Najd menewaskan Damac dalam perlawanan terbaru Liga Pro Arab Saudi. Al-Nassr yang tiba sebagai pasukan pelawat mula mencari ruang untuk gol pembukaan. Pada minit ke-17, wujud kekasaran dalam kotak penalti membabitkan pemain Damac, Farouk Chafai dengan […]

Cubaan Pak Arab Sabotaj Cristiano Ronaldo Gagal

Bintang sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo hampir-hampir mengalami kecederaan sebelum aksi bermula apabila diserang oleh seorang penyokong yang masuk ke dalam kawasan stadium. Pertemuan antara Al-Nassr menentang Al-Taawoun itu menyaksikan kapten pasukan kebangsaan Portugal itu memainkan peranan yang cukup penting untuk membantu pasukannya melakar kemenangan 2-1. Namun begitu, sebelum perlawanan bermula, terdapat seorang penonton yang meluru ke […]

Kehadiran Ronaldo Ubah Polisi Perpindahan Kelab Arab

Selepas Cristiano Ronaldo menyertai kelab Al-Nassr, ia mengubah arena bola sepak Arab Saudi 360 darjah. Ini termasuk mengubah polisi perpindahan kelab-kelab pesaing mereka untuk memburu pemain yang setaraf dengannya. Salah satu kelab yang berbuat demikian ialah pemenang Piala Super Arab Saudi, Al-Ittihad. Ironinya, kelab ini juga yang menggagalkan Ronaldo daripada menggondol gelaran pertama di Arab […]

Pemilik Al-Nassr Dah Tak Tahan Dengan Ronaldo

Baru beberapa perlawanan bersama Al-Nassr, kehadiran Cristiano Ronaldo sudah mula dipertikai peminat Faris Najd. Dan susulan kekalahan kelab itu di tangan Al-Ittihad pada separuh akhir Piala Super Arab Saudi, tular video pengarah kelab itu merungut tentang ketumpulan legenda Portugal itu. Selepas tamat perlawanan, pengarah Al-Nassr merasa marah dengan apa yang berlaku dan melihat Ronaldo tidak […]

Al-Nassr Tagih Sentuhan Cristiano Ronaldo Kukuhkan Cengkaman Liga

Awal pagi esok, Al-Nassr bakal berdepan Ettifaq untuk saingan Liga Pro Arab Saudi. Perlawanan ini turut dinantikan oleh para penyokong Faris Najd kerana itu merupakan perlawanan rasmi pertama Cristiano Ronaldo bersama kelab tersebut. Ketika ini, kelab tersebut menduduki tangga kedua liga selepas Al-Hilal mengatasi Al-Fayha 3-0 semalam. Tetapi Al-Nassr boleh merampas kedudukan pendahulu daripada Al-Hilal […]

Xavi Ingatkan Ronaldo Liga Saudi Tak Semudah Yang Disangka

Ramai menyangka bila Cristiano Ronaldo berpindah ke kelab Liga Pro Arab Saudi, Al-Nassr, liganya lebih mudah berbanding liga-liga Eropah. Tetapi bagi pengurus Barcelona, Xavi, ianya tak semudah seperti disangka semua. Xavi amat masak dengan perkembangan bola sepak di Timur Tengah. Ini kerana beliau pernah beraksi dengan kelab Qatar, Al-Sadd dari 2015 hingga 2019 dan menjadi […]