ACL: Karim Benzema & Kante ‘Lesap’, Al-Ittihad Dimalukan Kelab Iraq

Pasukan gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad menerima tamparan hebat dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) apabila tewas mengejut kepada kelab Iraq, Al-Quwa dengan keputusan 2-0. Perlawanan yang berlangsung di gelanggang lawan itu menyaksikan pasukan bimbingan Nuno Esperito Santo menurunkan kesebelasan terbaik dengan pemenang Balloon d’Or, Karim Benzema mengetuai jentera serangan pasukan. Aksi bermula baik apabila kedua-dua […]

Aksi ACL Batal, Kelab Iran Terima Hukuman Berat AFC

Kelab gergasi Iran, Sepahan terpaksa membayar harga mahal susulan pembatalan perlawanan ACL antara mereka dengan Al-Ittihad pada awal Oktober lalu. Perlawanan yang dijangka meriah dan dihadiri 60,000 penonton itu diselubungi polemik gara-gara patung Jeneral Qasem Soleimani yang ditempatkan di Stadium Naghsh-e-Jahan. Apabila perkara itu diketahui pasukan pelawat, Al-Ittihad enggan turun ke padang selagi mana patung […]

Bintang Maghribi Pecah Rekod Jaringan ACL

Penyerang Maghribi, Abderrazak Hamdallah mencipta rekod tersendiri dalam aksi ketiga Kumpulan C ACL semalam. Ini kerana gol kemenangan yang dijaringkannya untuk Al-Ittihad menentang Air Force Club semalam menjadikannya penjaring gol untuk lima kelab berbeza dalam sejarah kejohanan. Sebelum mewakili The Tigers, Hamdallah pernah mewakili satu lagi kelab Arab Saudi, Al-Nassr. Selain itu, beliau juga pernah […]

Perpindahan Mo Salah Ke Arab Bakal Rosakkan Karier Jota

Al-Ittihad masih lagi tidak berputus asa mendapatkan penyerang Liverpool, Mo Salah. Bagaimanapun, tindakan kelab gergasi Arab Saudi itu bakal jejaskan karier bakal rakan sepasukannya dari Portugal, Jota. Jota yang baru menyertai The Tigers dari Celtic dengan yuran perpindahan £25 juta (RM146 juta) dilihat sukar menyesuaikan diri dengan suasana pasukan itu. Malah, sebelum ini, sudah timbul […]

Liverpool Tolak Tawaran RM883 Juta Kelab Arab Mentah-Mentah

Hari terakhir tetingkap perpindahan musim panas 2023 menyaksikan Liverpool memutuskan untuk menolak tawaran perpindahan bernilai £150 juta (RM883 juta) yang dibuat Al-Ittihad. Wartawan The Athletic, David Ornstein mendedahkan tawaran tersebut dibuat untuk bintang antarabangsa Mesir, Mohamed Salah. Tawaran dikatakan dibuat menerusi satu panggilan telefon dari Riyadh kepada pengarah Liverpool, Mike Gordon malam semalam. Bagaimanapun, The […]

Saudi Pro League: Kudrat Karim Benzema Bantu Al-Ittihad Selesa Tewaskan Al-Raeed

Penyerang legenda Perancis, Karim Benzema memastikan debut liga bersama kelab barunya, Al-Ittihad bermula dengan langkah kanan. Ini selepas mereka mengatasi Al-Raeed 3-0 dalam perlawanan pembukaan Saudi Pro League. Jika dibandingkan dengan tuan rumah, The Tigers dianggap pasukan pilihan kerana dibarisi pemain-pemain bintang. Selain Benzema, N’Golo Kante dan Fabinho turut membuat debut dalam liga bersama kelab […]

Debut Karim Benzema Pacu Kemenangan Al-Ittihad

Debut bekas penyerang Real Madrid, Karim Benzema bersama Al-Ittihad berakhir dengan cemerlang. Ini selepas kelab Arab Saudi itu menewaskan ES Tunis 2-1 dalam aksi Kumpulan A, Arab Club Champions Cup awal pagi ini. Bagaimanapun, Al-Ittihad dikejutkan dengan pendahuluan awal Mkachkha pada minit ke-26 menerusi pemain sayap Oussama Bouguerra. The Tigers kemudiannya mengikat kedudukan 1-1 menerusi […]

N’Golo Kante Kini Pemilik Kelab Belgium, Royal Excelsior Virton

Tidak lama selepas menyempurnakan perpindahan ke juara Saudi Pro League musim lepas, Al-Ittihad, N’Golo Kante sekali lagi menarik perhatian media. Ini selepas bekas jeneral tengah Chelsea itu memuktamadkan pembelian kelab divisyen tiga Belgium, Royal Excelsior Virton. Kante bakal menjadi pengerusi baru Virton pada 1 Julai ini menggantikan pengerusi lama, Flavio Becca. Menariknya, itulah juga tarikh […]

3 Bintang Dunia Bakal Hangatkan Saingan Liga Saudi

Selepas Karim Benzema sah menyertai kelab Saudi Pro League, Al-Ittihad, profil liga berkenaan dijangka akan naik mendadak. Dan selepas bekas penyerang Real Madrid itu, dua lagi nama bakal menyusul iaitu duo Chelsea, N’Golo Kante dan Pierre-Emerick Aubameyang. Perkara ini didedahkan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano. Dalam kes Kante, beliau bakal menjadi rakan sepasukan baru […]

Karim Benzema Sertai Al-Ittihad di Liga Saudi

Selepas 14 tahun menabur bakti bersama Real Madrid, penyerang Perancis, Karim Benzema bakal meninggalkan kelab tersebut untuk menyertai Al-Ittihad. Khabar ini disahkan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano. Dengan keputusan ini, bekas penyerang Lyon itu mengikut jejak langkah Marco Asencio, Eden Hazard dan Mariano Diaz yang meninggalkan Bernabeu secara percuma. Tidak seperti tiga pemain berkenaan […]

Kehadiran Ronaldo Ubah Polisi Perpindahan Kelab Arab

Selepas Cristiano Ronaldo menyertai kelab Al-Nassr, ia mengubah arena bola sepak Arab Saudi 360 darjah. Ini termasuk mengubah polisi perpindahan kelab-kelab pesaing mereka untuk memburu pemain yang setaraf dengannya. Salah satu kelab yang berbuat demikian ialah pemenang Piala Super Arab Saudi, Al-Ittihad. Ironinya, kelab ini juga yang menggagalkan Ronaldo daripada menggondol gelaran pertama di Arab […]