Tindakan N’Golo Kante Sentuh Hati Warganet

Ramai warganet tersentuh melihat tindakan bekas pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante dalam aksi terbaru Al-Ittihad. Al-Ittihad turun beraksi menentang Al-Ahli untuk aksi terbaru Saudi Pro League (SPL) di Bandar Sukan Raja Abdullah pada awal pagi 1 November. Tuan rumah meraih kemenangan menerusi gol tunggal penyerang Arab Saudi, Saleh Alshehri pada minit ke-42. Al-Ahli kemudiannya cuba […]

Al-Ittihad Malukan Inter Milan

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad mencipta kejutan dengan menewaskan juara Serie A musim 2023/24, Inter Milan dalam aksi persahabatan pra-musim. Pertemuan dua pasukan ini bukan saja menguji kemantapan kedua-dua pasukan sebelum pra-musim 2024/25 bermula. Malah, ini peluang buat Nadi Al-Watan memperkenalkan beberapa bintang baru seperti Moussa Diaby dan Hossem Aouar. Separuh masa pertama menyaksikan Nerazzurri […]

JDT Tinggal Jauh Kawasaki Frontale & Al-Ittihad

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) merekodkan pencapaian membanggakan apabila meninggalkan jauh dua seteru Asia iaitu Kawasaki Frontale dan juga Al-Ittihad. Skuad kendalian Hector Bidoglio kini dalam momentum terbaik apabila menundukkan pasukan Liga A1, Malaysian University dengan keputusan 5-0. Hal ini memastikan pasukan Harimau Selatan mengekalkan rekod bersih 100 peratus kemenangan dalam semua pertandingan […]

Karim Benzema Kembali Ke Real Madrid

Bekas pemain terbaik dunia, Karim Benzema dilaporkan kini berada di Sepanyol bersama kelab lamanya, Real Madrid. Berita ini dikongsikan oleh wartawan bola sepak terkemuka dunia, Fabrizio Romano yang memaklumkan mengenai keberadaan Benzema yang berada di ibu kota negara Sepanyol itu. Menurut Fabrizio, pemain berusia 37 tahun itu kembali ke Madrid untuk mendapatkan akses rawatan kepada […]

Saudi Super Cup: Al-Hilal Muncul Gergasi Arab Saudi, Tewaskan Al-Ittihad

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal menggondol trofi pertama mereka untuk musim 2023/24 dengan muncul juara Saudi Super Cup awal pagi ini. Kejayaan ini dicapai selepas mengatasi seteru tradisi, Al-Ittihad di pentas final yang berlangsung di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi. Dengan rekod lima kemenangan daripada lima pertemuan lepas, The Blue Waves dilihat pasukan pilihan […]

“Saya Sudah Tidak Sama, Perlukan Pertolongan” – Karim Benzema

Legenda Perancis, Karim Benzema mengakui dirinya tidak lagi berbisa seperti dahulu dan beliau memerlukan pertolongan untuk kembali mencapai prestasi terbaik. Komen tersebut dibuat susulan prestasinya yang kurang memberangsangkan di hadapan gol sejak Disember 2023. Selepas menyertai Al-Ittihad secara percuma dari Real Madrid pada musim panas 2023, Benzema sudah meledakkan 12 gol daripada 25 perlawanan dalam […]

ACL: Al-Hilal Cipta Rekod Dunia, Singkirkan Al-Ittihad

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal mencipta sejarah hari ini bila menewaskan Al-Ittihad 2-0 dalam aksi kedua suku akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL). Ini kerana mereka telah mencipta rekod kemenangan paling panjang di dunia dengan 28 perlawanan. Ini sekaligus mengatasi rekod yang dicipta kelab Wales, The New Saints pada musim 2016-2017. Al-Hilal dilihat pasukan pilihan untuk […]

ACL: Al-Hilal Kekal Unggul, Tundukkan Al-Ittihad

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal meraih kelebihan selesa untuk aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara AFC (ACL). Ini selepas The Blue Waves yang dibimbing Jorge Jesus berjaya mengatasi cabaran satu lagi kelab Arab Saudi, Al-Ittihad dalam aksi suku akhir pertama ACL awal pagi tadi. Al-Hilal memiliki kelebihan kerana sudah menewaskan lawan sama dalam aksi terbaru […]

Rekod Kebal Al-Hilal Tak Tercalar, Kalahkan Al-Ittihad

Pendahulu Saudi Pro League, Al-Hilal terus mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menewaskan satu lagi kelab gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad. The Blue Waves perlu menang hari ini jika mahu mengekalkan kelebihan sembilan mata di hadapan Al-Nassr. Manakala The Tigers pula ingin mengekalkan rekod enam perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan yang dicatatkan sejak 4 Februari lalu. […]

Gol Sendiri Karim Benzema Buat Al-Ittihad Cemas

Penyerang legenda Perancis, Karim Benzema mencemaskan pasukannya, Al-Ittihad sebelum mengesahkan kemaraan ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL) awal pagi tadi. Ini selepas Benzema tertanduk bola hantaran penyerang Navbahor, Jamshad Iskandarov ke gawangnya sendiri pada minit ke-25. Gol tersebut menceriakan kem Navbahor yang berharap dapat mencuri slot suku akhir daripada The Tigers dalam aksi kedua […]

ACL: Al-Ittihad Tumpul Tanpa Benzema, Diikat Navbahor

Al-Ittihad mencerahkan peluang untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC selepas menundukkan kelab Uzbekistan, Navbahor dalam aksi pusingan 16 terakhir sebentar tadi. AL-Ittihad berkunjung ke Stadium Markaziy tanpa kehadiran bintang utama mereka iaitu Karim Benzema namun dua bintang ternama dunia yang lain seperti Fabinho dan N’golo Kante telah disenaraikan dalam kesebelasan utama. Perlawanan dimulakan […]

Al-Ittihad Singkirkan Karim Benzema

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad menyingkirkan penyerang sensasi, Karim Benzema dalam skuad utama bagi aksi pusingan 16 akhir saingan AFC Champion League (ACL). Memetik laporan BeinSport, penyingkiran ini adalah keputusan daripada ketua jurulatih, Marcelo Gallardo.  Karim Benzema tidak tersenarai dalam kuota lima pemain bukan Asia untuk dibawa ke dalam skuad bagi aksi di laman pasukan […]

Karim Benzema Jadi Buruan Manchester United

Karim Benzema kini menjadi buruan Manchester United yang sedang mencari penyerang untuk tempoh jangka masa pendek. Bekas penyerang kebangsaan Perancis itu mula dikaitkan ke Old Trafford setelah United dilaporkan ingin mendapatkan khidmat penyerang pinjaman bagi menambah sengat serangan pasukan. Ketika ini United bergantung kepada Rasmus Hojlund, Anthony Martial dan Marcus Rashford sebagai penyerang utama namun […]

Disangka Hilang, Karim Benzema ‘Terkandas’ Di Mauritius

Hubungan legenda Perancis, Karim Benzema dengan kelab Arab Saudi, Al-Ittihad semakin keruh. Akhbar Marca melaporkan bekas penyerang Real Madrid itu gagal melapor diri untuk perjumpaan semula pasukan pada Jumaat lepas. Sebelum ini, Benzema diberi perlepasan oleh kelab selepas The Tigers tewas 5-2 kepada Al-Nassr dalam saingan Saudi Pro League. Atas sebab itu, bekas penyerang Perancis […]

Kalah Kepada ‘Cristiano Ronaldo’, Karim Benzema Padam Instagram

Dua gol Cristiano Ronaldo bukan saja membantu Al-Nassr menewaskan musuh tradisi mereka, Al-Ittihad 5-2 pada 27 Disember lalu. Malah, ini mendorong bekas rakan sepasukan beliau di Real Madrid, Karim Benzema untuk memadamkan akaun Instagram peribadinya. Akhbar Daily Mail melaporkan tindakan itu dilakukan bekas penyerang Perancis itu beberapa jam selepas kekalahan besar yang dialami Al-Ittihad. Sehingga […]

Al-Ittihad Pecat Nuno Espirito Santo

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad membuat kejutan dengan memecat jurulatih mereka, Nuno Espirito Santo beberapa jam lepas. Keputusan mengejut itu dibuat pengurusan The Tigers menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi mereka. Susulan itu, penolong jurulatih Hassan Khalifa akan bertanggungjawab membimbing pasukan sehinggalah pengganti tetap Nuno dikenalpasti. “Kelab telah mengumumkan penamatan kontrak dengan jurulatih […]