AFF U23: Kapten Laos Akui Kesilapan Benarkan Filipina Bangkit

Kapten skuad B-23 Laos, Khamsa Phimmasone mengakui kesilapan yang berlaku pada minit akhir perlawanan membolehkan Filipina meraih keputusan seri 2-2 dalam aksi pertama Kumpulan C Piala AFF B-23. Filipina menyangka sudah mendahului 2-1 menerusi Dennis Chung pada minit ke-93. Namun begitu, pada akhirnya, Souphan Kambai On membantu mereka meraih satu mata pada minit ke-95. “Kesilapan […]
AFF U23: Filipina Diikat Laos

Skuad B-23 Laos diikat Filipina 2-2 dalam aksi pertama Kumpulan C, Piala AFF B-23 (AFF U23) di Stadium Wilayah Rayong, Rayong hari ini. Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu ialah pada pusingan kelayakan Piala Asia B-23 pada 2019. Perlawanan tersebut menyaksikan Young Azkals tewas tipis 3-2 kepada Million Elephants. Justeru, tidak hairanlah anak-anak buah Christopher […]
Siaran Langsung AFFU23: Malaysia vs Indonesia, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Perlawanan pembukaan Kumpulan B menyaksikan pertembungan musuh tradisi, Malaysia dan Indonesia bakal membuka tirai malam ini. Aksi yang ditunggu-tunggu bakal menyajikan percaturan hebat dua jurulatih Shin Tae-yong dan juga E. Elavarasan. Perlawanan mendebarkan ini juga dihangatkan dengan muka-muka baharu yang membarisi kedua-dua pasukan sambil beberapa pemain Garuda yang memenangi Sukan SEA tempoh hari kekal diberi […]
AFF U23: Bekas Pengendali Selangor Lega Myanmar Melawan Meskipun Dibedil

Bekas pengendali Selangor, Michael Feichtenbeiner sangat berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak buahnya meskipun tewas dibedil oleh Thailand. Myanmar terpaksa akur dengan kekuatan Thailand apabila tewas dengan keputusan 0-3 dalam aksi pertama bagi kumpulan A semalam. Ketua Jurulatih Myanmar B-23, Michael Feichtenbeiner akui pasukannya telah melawan dengan habis baik, namun nasib tidak menyebelahi […]
AFF U23: Kapten Brunei Anggap Kemboja Terlalu Kuat Untuk Dikalahkan

Kapten pasukan Brunei, Syafiq Saifuddin Shariff menganggap pasukan Kemboja terlalu kuat untuk dikalahkan dalam aksi pertama kumpulan A Piala AFF B-23. Gawang gol Brunei dibolosi sebanyak 5 kali dan lebih teruk, Brunei gagal menjaringkan sebarang gol dalam aksi pertama peringkat kumpulan. Kesilapan individu yang dilakukan beberapa kali oleh para pemain Brunei juga menjadi punca kekalahan […]
AFF U23: Brunei Catat ‘Rekod Telur’ Menentang Kemboja

Aksi pembukaan kejohanan Piala AFF U23 dimulakan dengan kekalahan besar Brunei di tangan Kemboja. Pasukan bimbingan Atsushi Hanita jelas tidak mampu menandingi kekuatan Kemboja dengan asakan bertali-arus sepanjang 90 minit permainan. Dua gol pada babak pertama menerusi ledakan pemain muda berbakat, Sor Ratana sebelum jaringan sendiri Jefri Syafiq memberikan kesukaran buat Brunei. Bersambung babak kedua, […]
AFF U23: Kemboja 5-0 Brunei

Skuad B-23 Kemboja memulakan kempen Kumpulan A Piala AFF B-23 dengan bergaya apabila membelasah skuad B-23 Brunei 5-0 dalam aksi pertama kumpulan di Stadium PTT, Rayong, Thailand hari ini. Kedua-dua pasukan hanya mempunyai satu rekod pertemuan iaitu dalam aksi Piala AFF B-23 2022 yang berlangsung pada Februari tahun lepas. Aksi tersebut menyaksikan Angkor Warriors membelasah […]