AFF U23: Keputusan Pengadil Buat Shin Tae-yong Marah

Pengendali skuad B-23 Indonesia, Shin Tae-yong tidak berpuas hati dengan kualiti pengadilan perlawanan Indonesia-Timor Leste dalam Kumpulan B semalam. Biarpun Tim Garuda meraih kemenangan menerusi Ramadhan Sananta, kelebihan gol mereka boleh saja bertambah sekiranya gol kedua penyerang Persis Solo itu diiktiraf. Ramadhan menyangka telah menyumbat gol kedua pada minit ke-79 tetapi dibatalkan kerana didakwa berada […]

AFF U23: “Kami Hilang Fokus” – Gugliermo Arena

Jurulatih skuad B-23 Laos, Gugliermo Arena mengakui anak-anak buahnya hilang tumpuan untuk seketika semasa mereka tewas 4-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan C menentang Vietnam semalam. Million Elephants terlebih dahulu ketinggalan menerusi gol sendiri Phetdavanth Somsanid pada minit ke-24. Bagaimanapun, Golden Star Warriors berjaya diikat 1-1 menerusi gol Thippachan Khambai One pada minit ke-52. Vietnam pada […]

AFF U23: Kita Usaha Habis-Habisan Sekat Indonesia – João Halle

Kapten pasukan Timor Leste, João Basco Halle sudah memastikan pasukannya memberi tentangan sehabis baik kepada Indonesia. Aksi kedua kumpulan B Piala AFF U23 menyaksikan anak didik Shin Tae-yong menang tipis menerusi jaringan Ramadhan Sananta. Perlawanan tersebut bagaimanpun berlangsung sengit dengan Timor Leste tidak memberi jalan mudah kepada sang Garuda. Mereka bagaimanapun terpaksa akur untuk tunduk […]

AFF U23: Indonesia Kalahkan Timor Leste

Perlawanan kedua peringkat kumpulan B Piala AFF B-23 menyaksikan Indonesia menundukkan tentangan Timor Leste. Aksi yang berlangsung di Stadium Rayong itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik. Sang Garuda memiliki peluang seawal minit ke-8 apabila rembatan Jeam Kelly Stroyer mudah ditangkap oleh penjaga gawang Timor Leste. Indonesia sekali lagi mempunyai peluang pada babak pertama permainan […]

AFF U23: Jurulatih Vietnam Lega Lepasi Perlawanan Pertama

Jurulatih skuad B-23 Vietnam, Hoang Anh Tuan merasa senang hati kerana anak-anak buahnya berjaya mengalahkan Laos 4-1 dalam aksi kedua Kumpulan C Piala AFF B-23 2023 hari ini. Untuk makluman, majoriti pemain yang beraksi dalam edisi kali ini terdiri daripada skuad B-20 Vietnam. Portal Vietnam, Dantri mendedahkan Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) memutuskan untuk membentuk […]

AFF U23: Rahadiazli Bangkit Selepas Disisihkan

Penjaga gol Terengganu FC dan skuad bawah 23 tahun (U23) Malaysia, Rahadiazli Rahalim dilihat semakin yakin apabila diturunkan pengendali skuad U23 Malaysia, E. Elavarasan pada aksi pertama kumpulan B Piala AFF U23 menentang Indonesia pada Jumaat. Penjaga gol tinggi lampai itu menjadi penjaga gol utama skuad ‘Harimau Muda’ sekali gus mengetepikan dua penjaga gol lain […]

AFF U23: Kapten Kemboja Puji Usaha Kolektif Pasukan

Kapten skuad B-23 Kemboja, Taing Bunchhai memuji kerjasama yang ditampilkan rakan-rakan sepasukannya sekaligus membantu mereka mengikat Myanmar 1-1 dalam aksi kedua Kumpulan A Piala AFF B-23. Kemboja terlebih dahulu di hadapan menerusi Kong Lyhour pada minit ke-13. Begitupun, kemenangan kedua yang dicari mereka tidak kesampaian apabila Khun Kyaw Zin Hein meledakkan gol penyamaan pada minit […]

AFF U23: Kapten Thailand Ada Cara Bina Mentaliti Pasukan

Thailand meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Piala AFF U23 apabila berjaya menewaskan pasukan bukan pilihan, Brunei dengan keputusan 3-0 semalam. Bercakap dalam temubual selepas perlawanan menentang Brunei, kapten pasukan Thailand, Kritsada Nontharat berkongsi bagaimana caranya membina persefahaman di kalangan rakan sepasukan memandangkan kebanyakan mereka baru beraksi bersama buat pertama kali. “Untuk membina satu persefahaman yang […]

AFF U23: Thailand Tewaskan Brunei

Thailand meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Piala AFF U23 apabila mencatatkan kemenangan kedua menewaskan Brunei dengan keputusan 3-0. Dalam aksi yang dilangsungkan di Stadium PTT Rayong itu menyaksikan Thailand mendominasi perlawanan sejak wisel permulaan ditiupkan. Thailand tidak menunggu lama untuk mendahului perlawanan apabila Varintorn Watcharapingam menyudahkan peluang terhidang pada minit ke-15 Ternyata gol tersebut membakar […]

AFF U23: Kapten Myanmar Lega Raih Satu Mata

Kapten skuad B-23 Myanmar, Thet Hein Soe merasa lega selepas pasukannya berjaya mengikat Kemboja 1-1 dalam aksi kedua Kumpulan A Piala AFF B-23 hari ini. Angkor Warriors banyak mendominasi perlawanan dan membuka tirai jaringan menerusi Kong Lyhour pada minit ke-13. Begitupun, ketumpulan jentera serangan Kemboja menambah gol mengecewakan jurulatih mereka, Felix Dalmas. Situasi ini membolehkan […]

AFF U23: Myanmar Bangkit Ikat Kemboja

Perlawanan kedua Kumpulan A saingan Piala AFF U23 menyaksikan pertembungan antara pasukan Myanmar yang turun menentang Kemboja. Aksi yang berlangsung di Stadium PTT itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik. Asakan bertali arus yang dilakukan oleh pasukan Kemboja sering memrangkap pertahanan tuan rumah yang akhirnya dibolosi pada minit ke-13 menerusi Kong Lyhour. Cubaan Myanmar untuk […]

AFF U23: Jurulatih Kemboja Yakin Mampu Raih Kejuaraan

Selepas melihat skuad B-23 Kemboja membelasah Brunei 5-0 dalam aksi pertama Kumpulan A, Felix Dalmas percaya anak-anak buahnya mampu menggondol gelaran Piala AFF B-23 2023. Keyakinan jurulatih Argentina itu bersandarkan kepada keupayaan Angkor Warriors mengatasi Tabuan Muda di atas padang. Dan beliau percaya sekiranya mereka meraih kemenangan ke atas Myanmar hari ini, tidak mustahil mereka […]

AFF U23: Elavarasan Faham Masalah Indonesia

Kemenangan skuad Malaysia ke atas Indonesia dalam saingan Piala AFF U23 semalam nyata mengejutkan ramai pihak lebih-lebih lagi Indonesia merupakan juara bertahan yang memenangi kejohanan ini pada edisi lalu. Namun bagi jurulatih Malaysia, E. Elavarasan, beliau sangat memahami bahawa Indonesia menghadapi masalah yang sama dihadapi Malaysia. Masalah yang dikatakan itu adalah kedua-dua pasukan tidak dapat […]

“InsyaAllah Kita Boleh Layak Ke Final” – Fergus Tierney

“Terima kasih kepada penyokong (Malaysia) yang selalu sokong kita dan insyaAllah kita akan layak ke final.” Ini kata-kata pemain berdarah Scotland yang kini memiliki pasport Malaysia, Fergus Tierney sejurus perlawanan tamat seperti yang disiarkan Twitter Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Beliau menjadi wira buat skuad Malaysia bawah 23 tahun selepas berjaya menjaringkan 2 gol menentang Indonesia […]

AFF U23: Latihan Berkelas Dunia Bantu Fergus Tierney Menyinar Bersama Malaysia

Kemasukan penyerang sensasi Malaysia, Fergus Tierney jelas memberi impak yang cukup besar untuk membantu skuad muda negara menewaskan Indonesia. Ketumpulan serangan pada babak pertama menyebabkan ketua jurulatih, E. Elavarasan membuat keputusan untuk memasukkan penyerang JDT ll ini. Keputusan beliau sememangnya tepat apabila bintang kelahiran Malaysia-Scotland ini meledak dua gol pada perlawanan menentang Indonesia. Pemain bertubuh […]

AFF U23: Lambat Panas Punca Filipina Gagal Raih Kemenangan

Kapten Filipina, Yrick Gallantes mengakui pasukannya lambat panas menyebabkan mereka gagal meraih kemenangan dalam aksi bertemu Laos bagi perlawanan pertama peringkat kumpulan C. “Kami bermula dengan tidak baik namun kami cuba untuk perbaiki permainan kami kemudiannya.” ujar Gallantes kepada pihak media setelah tamat perlawanan. Filipina yang berjaya menjaringkan gol pembukaan bagaimanapun gagal meraih 3 mata […]