Palestin Bakal Kembali Beraksi Di Malaysia?

Selepas tidak dapat menyertai Pestabola Merdeka 2023 akibat konflik Israel-Palestin pada 7 Oktober lalu, Palestin mempunyai peluang kembali beraksi di Malaysia. Ini susulan keputusan kerajaan menawarkan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai venue neutral Singa Kanaan untuk aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Timbalan Menteri Belia dan […]

Saddil Ramdani Jadikan Sabah Bualan Hebat Di Asia

Pemain sayap lincah pasukan Sabah FC, Saddil Ramdani terus menjadi bualan hebat selepas memperakan aksi yang cukup konsisten di pentas Piala AFC 2023. Bintang kelahiran Indonesia itu memainkan peranan penting dalam dua aksi di pentas Asia itu yang menyaksikan The Rhinos mengekalkan rekod bersih. Pemain berusia 24 tahun itu berada dalam percaturan penting Ong Kim […]

Negara Asia Berpeluang Jadi Tuan Rumah Piala Dunia 2034

Negara-negara Asia mempunyai peluang besar menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 berdasarkan pengumuman FIFA semalam. Footy Rankings mendedahkan perkara ini berlaku disebabkan Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico sebagai tuan rumah Piala Dunia 2026. Ini disusuli pengumuman bahawa enam negara sebagai tuan rumah Piala Dunia 2030 iaitu Brazil, Uruguay, Argentina, Portugal, Sepanyol dan Maghribi. AS, […]

Terengganu Berisiko Hilang Dua Tonggak Di Piala AFC

Wakil Malaysia di Piala AFC, Terengganu berisiko hilang dua pemain berdepan Bali United dalam aksi kedua peringkat Kumpulan G. Perkembangan terbaru menyaksikan percaturan ketua jurulatih, Tomislav Steinbrucker perlu menilai secara terperinci selepas difahahamkan dua pemain dalam keadaan dipantau rapi. Beliau memaklumkan bahawa terdapat beberapa pemain yang sedang dipantau rapi dengan dua pemain utama juga berisiko […]

AFC Denda Bali United, Kelebihan Milik Terengganu

Pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah membuat keputusan untuk menghukum kelab Indonesia, Bali United menjelang sepak mula berdepan Terengganu FC. Aksi kedua Kumpulan G itu menyaksikan kedua-dua pasukan dalam momentum terbaik selepas mencatat kemenangan pada aksi pertama kumpulan tempoh hari. Khabar buruk melanda kem Bali United selepas mereka dijatuhkan hukuman oleh AFC menjelang sepak […]

“Selangor Dalam Kedudukan Terbaik Ke Asia” – Tan Cheng Hoe

Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe percaya pasukannya masih berada pada kedudukan terbaik untuk layak ke Asia musim depan. Keyakinan beliau ini bersandarkan pada kedudukan dalam Liga Super ketika ini. Selepas Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sah bergelar juara pada Rabu lepas, Selangor di tempat kedua dengan 49 mata. Dengan sasaran meraih satu trofi […]

Darren Lok & Penyerang Australia Sama Hebat

Penyerang pasukan Sabah FC, Darren Lok menerima penghargaan tertinggi apabila berdiri sama tinggi bersama penyerang kelahiran Australia, Dimitri Petratos. Pemain berusia 32 tahun itu beraksi cemerlang ketika membantu The Rhinos untuk menundukkan kelab Singapura, Hougang United. Beliau meledak dua gol penting yang membantu Sabah FC meraih 3 mata pertama dalam kempen Piala AFC 2023. Menurut […]

Liga Malaysia Dijangka Selari Dengan Kalendar AFC Musim 24/25

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bersedia memperkenalkan format baru Liga Malaysia (Liga M) dengan liga dijangka bermula pada pertengahan tahun hadapan. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, pengenalan kalendar baru ini pada pertengahan tahun dibuat atas beberapa faktor. Selain faktor kalendar AFC 2024/2025, MFL juga perlu menimbang faktor iklim dan hari perayaan. Ini kerana pada akhir tahun, negeri-negeri […]

Bekas Pemain Johor, Abbas Saad Kini Jurulatih Central Coast Mariners

Bekas pemain Johor, Abbad Saad kini bergelar jurulatih untuk kelab A-League, Central Coast Mariners menjelang musim baharu. Beliau pernah berkelana bersama Singapura FA dan Johor pada era 1990an sungguhpun mula mencipta nama di Australia. Abbas merupakan bekas pemain tengah yang cukup berbakat selain pernah menjulang beberapa kejuaraan liga dan piala domestik di Malaysia dan kini […]

Liga Malaysia Berpeluang Berada Di Kedudukan Ke-3 Terbaik Asia

Liga Malaysia kini berpeluang untuk berada pada kedudukan yang ke-3 terbaik di Asia sekiranya prestasi wakil negara terus memberangsangkan di pentas Asia. Tahun 2023 menyaksikan Malaysia memiliki tiga wakil beraksi di Asia dengan JDT bersaing di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) sementara Terengganu dan Sabah FC di Piala AFC. Berdasarkan kemas kini yang dilakukan oleh […]

Kelab Malaysia Berpeluang Sertai AFC Challenge Cup

Kelab-kelab Malaysia kini berpeluang mengintai satu lagi slot kelayakan ke peringkat Asia. Ini selepas AFC memperkenalkan kejohanan baru yang bakal bermula pada musim 2024-2025 iaitu AFC Challenge Cup (ACC). AFC dalam satu kenyataan melihat ini sebagai usaha reformasi bagi mewujudkan persekitaran komersial yang lebih menguntungkan buat ahli-ahli badan induk bola sepak Asia itu. Selain ACC, […]

Kelab Malaysia Diletakkan Di Tahap 2 Saingan AFC

Bermula musim 2024-2025, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bakal memperkenalkan tiga tahap pertandingan AFC berbanding dua ketika ini iaitu Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan Piala AFC. Dan bermula pada musim berkenaan, Malaysia hanya mempunyai satu slot ACL dan satu slot Piala AFC. Perubahan ini sudah dijangka sejak AFC mengumumkan perubahan format pertandingan mereka pada tahun […]

AFC Selar Tindakan Tentera Israel

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengecam sekeras-kerasnya tindakan terkutuk tentera Israel yang melakukan serangan terhadap pemain dan penonton dalam perlawanan akhir Piala Palestin pada kelmarin. Perlawanan akhir Piala Abu Ammar itu telah melibatkan pertembungan antara pasukan Jabal Al Mukkabber dan Balata FC. Perlawanan terpaksa dihentikan sebaik sahaja serangan dilakukan oleh tentera Israel. Pada hari kejadian, tentera Israel […]

Stadium Paroi Bakal Gunakan Rumput Zeon Zoysia

Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi difahamkan akan menaik taraf rumput kepada Zeon Zoysia seperti yang digunakan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. Menerusi satu kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani, kerja menaik taraf akan dimulakan pada Mac ini selepas proses menukar tempat duduk penonton selesai. Jelasnya, […]

Malaysia Hanya Diberikan Satu Slot Ke Liga Juara-Juara AFC

Wakil daripada Malaysia difahamkan tidak lagi akan ditawarkan 4 slot ke pentas Liga Juara-Juara AFC seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Seperti yang sedia maklum, pihak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah melakukan perubahan format yang menyaksikan satu pertandingan baharu diperkenalkan (tier 3). Perkara ini telah memberi kesan kepada slot pasukan yang akan bertanding dalam kejohanan berprestij Asia […]

Haqimi Azim Ingin Kekal Bersama KL City

Penyerang muda pasukan KL City FC, Haqimi Azim menyatakan keinginan beliau untuk terus kekal bersama pasukan pada musim hadapan. Pemain berusia 19 tahun itu kini semakin mendapat tempat bersama skuad kendalian Bojan Hodak sungguhpun lebih kerap dimasukkan selaku pemain gantian. Haqimi berjaya memberi impak seperti yang diharapkan apabila menampilkan aksi yang memberangsangkan bersama pasukan. Beliau […]