AFC MA Ranking: Thailand & Malaysia Kemudi Tangga Teratas Asia Tenggara

AFC MA Ranking: Thailand dan Malaysia mengungguli carta kedudukan teratas negara Asia Tenggara pada kemas kini terbaru oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Malaysia memiliki tiga wakil yang beraksi di pentas bola sepak Asia pada kempen 2023/24 iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Liga Juara-Juara AFC (ACL) dengan Terengganu dan Sabah FC di Piala AFC. […]
Status Selangor Ke Asia Tidak Tergugat

Penyokong Selangor FC menghela nafas lega apabila mengetahui status penyertaan pasukan itu dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) masih selamat. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi semalam. Sebelum ini, timbul khabar angin bahawa status penyertaan Merah Kuning […]
AFC Berdiri Teguh Perjuangkan Hak Palestin FA

Kongres Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ke-34 menggariskan sokongan padunya terhadap Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA). Kongres yang berlangsung di Bangkok, Thailand, pada Khamis lalu menyatakan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada Palestin. Presiden AFC, Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa mengesahkan komitmennya yang tidak berbelah bahagi kepada PFA dengan 47 orang anggota kongres turut […]
AFC Perkenal 4 Kejohanan Kelab Asia Musim 2024/25

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan pengenalan empat kejohanan kelab baru peringkat benua Asia untuk musim 2024/25. Empat kejohanan itu ialah Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2), Liga Cabaran AFC (ACGL) dan Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL). Logo empat kejohanan baru itu diperkenalkan selepas tamat Kongres AFC Ke-34 yang berlangsung di […]
Shin Tae-yong Masih Kecewa, Mohon Siasatan AFC

Jurulatih skuad Indonesia Bawah 23 Tahun, Shin Tae-yong akui masih kecewa selepas tersingkir dari peringkat separuh akhir Piala Asia B-23 2024 namun akur dengan segala yang telah terjadi Pengendali dari Korea Selatan itu beranggapan pemain kendaliannya sudah memberikan segala-galanya yang termampu ketika tewas kepada Uzbekistan tempoh hari dan merasakan segala yang telah berlaku tidak boleh […]
Faisal Halim & Malaysia Dijulang Tinggi Di Asia

Pemain sayap pasukan negara, Faisal Halim berjaya memberikan senyuman kepada Malaysia apabila jaringannya dinobatkan sebagai gol terbaik di Piala Asia AFC 2023. Harimau Malaya mengharungi kempen yang cukup baik apabila berjaya meraih satu mata hasil keputusan seri berdepan Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Beliau memainkan peranan yang cukup hebat apabila meledak satu gol cantik yang […]
AFC Beri Cadangan Bernas Kepada MFL

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) melihat penambahan jumlah perlawanan lebih penting dalam meningkatkan kualiti sesebuah liga berbanding bilangan kelab dalam sesebuah liga. Pandangan itu diutarakan oleh Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John bila ditemubual wartawan Astro Arena, Fina Nasrom untuk Nadi Arena semalam. Ini selepas beliau diminta mengulas tentang bilangan pasukan dalam Liga Super […]
Wartawan Iraq Cuba Serang Jesus Casas Disenarai Hitam AFC

Kekecohan berlaku sewaktu sidang media tamat perlawanan antara Iraq dan Jordan apabila wartawan Iraq tidak berpuas hati dengan Jesus Casas atas kekalahan Iraq. Dalam sebuah video di laman sosial X, wartawan daripada Iraq itu menjerit-jerit kemarahan dan cuba menerpa ke arah jurulatih Jesus Casas sebelum dibawa keluar oleh pihak keselamatan AFC. Pihak AFC kemudian melakukan […]
TMJ Terima Penghargaan Tertinggi Presiden AFC

Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim, DYAM Tunku Mahkota Ismail (TMJ). Hal ini susulan pelantikan sebagai baginda Pemangku Sultan Johor yang telah pun diumumkan baru-baru ini. Shaikh Salman juga yakin bahawa negeri Johor akan terus teguh dan […]
AFC Senaraikan Aksi Malaysia-Korea Selatan Sebagai Salah Satu Perlawanan Terhebat

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) baru-baru ini telah menyenaraikan aksi Kumpulan E Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Korea Selatan sebagai salah satu perlawanan terhebat peringkat kumpulan. Perkara tersebut telah diumumkan oleh AFC melalui portal rasmi badan bola sepak tertinggi di Asia itu beberapa hari yang lalu. Namun begitu, perlawanan Malaysia-Korea Selatan itu memerlukan undian […]
JDT Berpeluang Buat Kemunculan Di Piala Kelab Dunia FIFA 2025

Wakil tunggal Malaysia di pentas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024, Johor Darul Ta’zim (JDT) berpeluang untuk meraih slot untuk beraksi di pentas Piala Kelab Dunia FIFA tahun 2025. Menerusi satu kenyataan oleh FIFA, Majlis FIFA telah bermesyuarat menjelang separuh akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2023 di Jeddah, Arab Saudi, dan mengambil keputusan penting berhubung […]
Piala Asia Bakal Dilengkapi Teknologi Baru Bertaraf Dunia

Kualiti pengadilan Piala Asia 2023 dijangka berada pada tahap berbeza terima kasih kepada pengenalan teknologi baru bertaraf dunia. Teknologi yang dimaksudkan ialah teknologi separa-automasi ofsaid atau SAOT. Dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bertuah kerana mereka merupakan konfederasi benua bola sepak pertama di dunia menggunakan kejohanan itu. Secara ringkas, SAOT menggunakan 12 kamera khas untuk […]
AFC Label Arif Aiman Sebagai Pemain Tumpuan Malaysia Di Piala Asia

Laman Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) meletakkan pemain sayap Malaysia, Arif Aiman Hanapi sebagai prospek terbaik negara menjelang sepak mula Piala Asia 2023. Pemain berusia 21 tahun itu menjadi tumpuan selepas mengharungi musim yang cukup cemerlang pada peringkat kelab dan juga antarabangsa. Beliau telah membantu JDT untuk memenangi 4 trofi buat tahun kedua berturut-turut sambil […]
Dion Cools Terselamat Dari Hukuman Berat

Pertahanan kental Buriram United, Dion Cools terselamat daripada hukuman berat yang dikenakan oleh Konferderasi Bola Sepak Asia (AFC). Pemain berusia 27 tahun itu beraksi ketika pasukan Thailand itu berdepan wakil China, Zheijang ketika tewas tipis 3-2. Aksi tersebut bagaimanapun diserikan dengan insiden besar yang melibatkan pergaduhan antara Cools dan pemain Zheijang yang kelihatan berada dalam […]
Kejayaan Berganda JDT ‘Buka Mata’ AFC

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menzahirkan penghargaan terhadap kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengekalkan mahkota kejuaraan 4 trofi musim ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu menyaksikan anak buah Tano Solari merekodkan kemenangan 3-1 ke atas Terengganu FC untuk menjulang Piala Malaysia 2023. Hal ini menyaksikan Harimau Selatan meraih […]
Arab Saudi Tuan Rumah Pusingan Akhir ACLE Dua Musim

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) terus membuat perubahan menjelang Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) yang bakal bermula pada musim 2024-2025. Secara ringkas, Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) merupakan penjenamaan semula Liga Juara-Juara AFC (ACL) dengan musim 2023-2024 merupakan musim terakhir kejohanan tersebut diadakan. Seiring dengan penjenamaan semula ACLE, AFC turut mengumumkan pusingan akhir kejohanan bakal […]