JDT Berpeluang Terima RM56.5 Juta Di ACLE

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) berpeluang mendapat hadiah wang berjumlah AS$12 juta (RM56.5 juta) bila bersaing dalam Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) 2024/25. Ini selepas Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan nilai hadiah yang bakal diterima pasukan yang bersaing dalam kejohanan itu. Juara bakal menerima hadiah wang berjumlah AS$12 juta (RM56.5 juta). Sementara naib […]
Saingan Arif Aiman Di Asia, Ali Jasim Dirisik Kelab Besar Itali

Saingan terhebat Arif Aiman di pentas bola sepak Asia, Ali Jasim kini dirisik oleh kelab besar di Itali. Dua bintang muda meningkat naik di Asia ini sering menjadi sebutan peminat di rantau ini susulan aksi cemerlang dalam kancah Liga Juara-Juara AFC (ACL) tahun lalu. Malah, kedua-dua watak penting ini terus mempamerkan aksi memukau untuk membantu […]
Sabah Selangkah Beraksi Di ACL Women 2024

Juara Liga Wanita Nasional (LWN) 2023, Sabah FC bakal membawa cabaran Malaysia ke pusingan Kelayakan AFC Women’s Champions League 2024. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan bahawa Sabah bakal bertanding di dalam pusingan kelayakan AFC Women’s Champions League 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 31 Ogos 2024. “Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman […]
Senarai Penuh Lawan Berpotensi Selangor Di ACL2

Selangor bakal berdepan barisan pencabar yang kuat apabila bersaing di peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Berdasarkan senarai terkini pasukan yang layak ke peringkat kumpulan ACL2 di sebelah timur yang dikeluarkan Footy Rankings, lapan pasukan telah mengesahkan tempat. Selain Selangor, Lion City Sailors, Lee Man dan Sydney FC sudah mengesahkan kelayakan. Manakala Bangkok […]
Undi Arif Aiman Sebagai Bintang Masa Depan Di ACL

Nama bintang muda Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Arif Aiman Hanapi sekali lagi menjadi sebutan peminat bola sepak Asia. Ini selepas namanya tersenarai dalam senarai bintang muda yang layak diangkat sebagai Bintang Masa Depan NEOM Liga Juara-Juara AFC (ACL). Selain Arif, Ali Jasim (Air Force Club), Faisal Al Ghamdi (Al-Ittihad), Zafarmurod Abdirakhmatov (FC Nasaf), […]
ACL: Al-Ain Julang Piala, Belasah 10 Pemain Yokohama F. Marinos

Saingan AFC Champions League (ACL) 2023/2024 melabuhkan tirainya dengan kejuaraan menjadi milik jaguh UAE, Al-Ain setelah menumbangkan Yokohama F. Marinos dalam aksi final kedua. Yokohama F. Marinos memiliki kelebihan tipis setelah hanya mencatatkan kemenangan 2-1 dalam aksi final pertama beberapa minggu lalu di Stadium Nissan hasil Asaho Uenaka dan Kota Watanabe. Manakala Al-Ain pula menyimpan […]
ACL: Yokohama F. Marinos Bangkit Tewaskan Al-Ain

Yokohama F. Marinos meraih kelebihan tipis satu gol apabila menewaskan Al-Ain 2-1 dalam aksi final pertama Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023/24. Marinos selaku tuan rumah berharap dapat menamatkan kemarau kejuaraan Asia sejak 1992/93. Manakala Al-Zaeem memburu matlamat sama selepas kali terakhir bergelar juara pada 2003. Pertemuan ini juga dianggap istimewa kerana menemukan legenda Liverpool […]
ACL: Ulsan HD Atasi Tentangan Hebat Yokohama F. Marinos

Juara K-League 1 musim 2023, Ulsan Hyundai meraih kelebihan awal untuk aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara AFC (ACL) apabila menewaskan kelab Jepun, Yokohama F. Marinos. Marinos yang dibimbing legenda Leeds United, Harry Kewell berharap dapat mengekalkan rekod empat perlawanan tanpa kalah yang dilakar sejak 3 April lalu. Sementara Ulsan yang dibimbing Hong Myung-bo pula […]
Arif Aiman Kembali ‘Dicari’ Orang Asia

Nama pemain sayap Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Arif Aiman Hanapi kembali jadi tumpuan peminat bola sepak Asia. Ini selepas nama pemain sayap berusia 21 tahun itu dipilih sebagai sebahagian daripada empat pasukan lima pemain terbaik yang beraksi dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023/24. Arif berada dalam pasukan A bersama penjaga gol Ulsan […]
ACL: Yokohama F. Marinos Layak Ke Separuh Akhir, Tundukkan Shandong Taishan

Perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) sebentar tadi menyaksikan Yokohama F. Marino menewaskan Shandong Taishan dengan keputusan 1-0. Sebelum ini, gergasi Jepun ini menang pusingan pertama suku akhir dengan keputusan 2-1. Ini bermakna Yokohama F. Marinos layak ke peringkat separuh akhir selepas menang agregate 3-1. Separuh masa pertama berakhir tampa sebarang jaringan yang dapat […]
ACL: Al-Hilal Cipta Rekod Dunia, Singkirkan Al-Ittihad

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal mencipta sejarah hari ini bila menewaskan Al-Ittihad 2-0 dalam aksi kedua suku akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL). Ini kerana mereka telah mencipta rekod kemenangan paling panjang di dunia dengan 28 perlawanan. Ini sekaligus mengatasi rekod yang dicipta kelab Wales, The New Saints pada musim 2016-2017. Al-Hilal dilihat pasukan pilihan untuk […]
ACL: Al-Nassr & Ronaldo Dihumban Keluar Oleh Kelab UAE, Al-Ain

Hasrat Cristiano Ronaldo memacu kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023-2024 tidak kesampaian. Ini selepas mereka disingkirkan kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Ain dalam aksi kedua suku akhir ACL yang berlangsung pada awal pagi ini. Selepas tewas 1-0 dalam aksi pertama suku akhir, Al-Nassr perlu menang hari […]
“Saya Bersedia Untuk Mengubahnya, InsyaAllah” – Cristiano Ronaldo

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo menarik perhatian pengguna media sosial menerusi satu mesej ringkas yang dikongsikan di platform media sosialnya hari ini. Penyerang Al-Nassr itu memuatnaik mesej yang berbunyi, “Saya bersedia untuk mengubahnya, Insya Allah,” katanya. Mesej ini merujuk kepada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara AFC (ACL) antara Al-Nassr dengan kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), […]
ACL: Yokohama F. Marinos Mudah Atasi Shandong Taishan

Pentas suku akhir pertama Liga Juara-Juara Asia (ACL) malam ini menyaksikan pertembungan di antara Shandong Taishan dan Yokohama F. Marinos yang berkesudahan dengan keputusan 1-2. Perlawanan dimulakan dengan penguasaan menyeluruh dipamerkan Yokohama F. Marinos yang tampak lebih selesa mengawal bola dalam padang. Yokohama F. Marinos tidak menunggu lama untuk mencetak gol apabila seawal tujuh minit […]
ACL: Al-Hilal Kekal Unggul, Tundukkan Al-Ittihad

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal meraih kelebihan selesa untuk aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara AFC (ACL). Ini selepas The Blue Waves yang dibimbing Jorge Jesus berjaya mengatasi cabaran satu lagi kelab Arab Saudi, Al-Ittihad dalam aksi suku akhir pertama ACL awal pagi tadi. Al-Hilal memiliki kelebihan kerana sudah menewaskan lawan sama dalam aksi terbaru […]
Kelab UAE, Al-Ain Buat Kejutan Malukan Ronaldo & Al-Nassr

Cristiano Ronaldo dan kelabnya, Al-Nassr terpaksa menelan kepahitan apabila tewas mengejut 1-0 di tangan kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Ain. Kekalahan ini dialami dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023-2024 yang berlangsung pada awal pagi tadi. Meskipun beraksi sebagai pasukan pelawat di Stadium Hazza bin Zayed, Al-Alami dilihat pasukan pilihan untuk […]