ACL2: Selangor Curi Mata Muangthong United Di Bangkok

Selangor membuka kempen Kumpulan H Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) dengan satu mata apabila menewaskan mengikat Muangthong United 1-1. Muangthong selaku tuan rumah masih belum kalah dalam empat perlawanan Thai League 1. Manakala Selangor pula segar daripada kejayaan membelasah Kuching City 4-0. Ali Olwan, Ronnie Fernandez dan Alvin Fortes menjadi sandaran Nidzam Jamil untuk merobek […]
Trio Selangor Cetus Gerun Muangthong

Jurulatih Muangthong United, Gino Lettieri mengakui gerun dengan ancaman yang dibawa tiga tonggak import Selangor FC iaitu Ali Olwan, Ronnie Fernandez dan Alvin Fortes. Lettieri berpandangan sedemikian menjelang aksi sulung Kumpulan H Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) yang bakal berlangsung pada 19 September ini. Saingan Liga Super menyaksikan Fernandez kini penjaring kedua terbanyak liga dengan […]
“Proses JDT Dari Tahun 2013, Inilah Hasilnya” – Safee Sali

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali menyifatkan kejayaan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mengikat Shanghai Port 2-2 terjadi hasil daripada proses yang diusahakan sejak 2013. Aksi sulung Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) membabitkan JDT dan Shanghai Port menyaksikan pasukan itu mendahului tuan rumah sebanyak dua kali. Kelibat pemain sayap kebangsaan, Arif Aiman Hanapi menjadi mimpi […]
Kevin Muscat Waspada Ancaman JDT

Pengendali Shanghai Port, Kevin Muscat enggan memandang rendah cabaran Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) menjelang aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Aksi antara The Red Eagles dengan Harimau Selatan merupakan yang pertama buat kedua-dua pasukan di pentas Asia termasuk Liga Juara-Juara AFC (ACL). Bagi JDT, ini kali kedua mereka bertemu pasukan dari China di […]
AFC Champions League 2: Senarai Perlawanan, Waktu, Lokasi & Siaran TV

AFC Champions League 2 (ACL2) membuka tirainya menerusi saingan peringkat kumpulan yang bermula pada 18 September. Tidak seperti AFC Champions League Elite (ACLE) yang menggunakan format liga, ACL2 terus mengekalkan format peringkat kumpulan. Format ini dikekalkan daripada format kejohanan AFC sebelumnya iaitu Piala AFC. Walau bagaimanapun, satu perbezaan antara Piala AFC dan ACL2 ialah tiada […]
ACLE: Al-Shorta Kekang Cabaran Al-Nassr

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr membuka tirai kempen Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dengan satu mata apabila sekadar seri 1-1 dengan Al-Shorta SC di Baghdad, Iraq. Meskipun turun tanpa Cristiano Ronaldo yang perlu berehat kerana jangkitan virus dan berstatus pasukan pelawat, Al-Alami masih dianggap pasukan pilihan. Ini kerana pasukan itu dibarisi ramai pemain bintang termasuk […]
Oscar Sambung Kontrak Di Shanghai Port

Shanghai Port menerima suntikan semangat menjelang aksi sulung Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Ini selepas kapten mereka, Oscar memutuskan untuk kekal membantu pasukan itu sehingga Disember ini. Berdasarkan semakan sebelumnya di Transfermarkt, kontrak bekas bintang Chelsea itu bakal berakhir pada November ini. Kini, menurut portal 163.com, persetujuan penyambungan […]
AFC Champions League Elite: Senarai Perlawanan, Waktu, Lokasi & Siaran TV

AFC Champions League Elite (ACLE) bakal membuka tirainya menerusi saingan Liga Timur dan Barat yang bermula pada awal pagi 17 September. Berbeza dengan saingan AFC Champions League (ACL) yang menggunakan format kumpulan, ACLE menggunakan format liga. Liga Timur dan Barat ACLE terdiri daripada 12 pasukan. Setiap 12 pasukan akan mengharungi lapan perlawanan di mana lapan […]
ACL: Persiapan Al-Nassr Terjejas, Tiada Kelibat Cristiano Ronaldo

Al-Nassr terpaksa melupakan khidmat legenda Portugal, Cristiano Ronaldo untuk aksi sulung peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Meskipun kini mencecah usia 39 tahun, Ronaldo terus membuktikan dirinya masih berbisa di depan gol. Kempen musim 2024/25 menyaksikan beliau sudah menjaringkan lima gol dan empat bantuan gol dalam semua kejohanan termasuk Saudi Pro League (SPL). Ini […]
ACL2: Selangor Sasar Juara Kumpulan

Selangor meletakkan sasaran bergelar juara peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Perkara ini dinyatakan sendiri oleh peledak import pasukan itu, Ronnie Fernandez bila ditanya tentang sasaran pasukan dalam saingan berprestij itu. Ini kali pertama Merah Kuning beraksi di peringkat Asia. Kali terakhir pasukan itu melakukannya pada 2016 menerusi saingan Piala AFC. Selangor berada dalam […]
Ronnie Fernandez Sedia Pimpin Selangor Ke Asia

Penyerang import Selangor FC, Ronnie Fernandez sedia mengetuai cabaran pasukan itu ke saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim 2024/25. Selangor layak beraksi dalam kejohanan itu selepas meraih gelaran naib juara Liga Super musim 2023. Ini kali pertama Selangor beraksi di peringkat Asia sejak kempen Piala AFC musim 2016. Kempen ACL2 menyaksikan Merah Kuning berdepan […]
Jurang JDT & Kawasaki Frontale Makin Jauh Di Asia

Jurang kedudukan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kawasaki Frontale di Asia semakin jauh. Skuad Harimau Selatan terus mengekalkan rekod cemerlang dalam saingan musim ini apabila mencatatkan keputusan seri menentang PDRM. JDT terus menapak hebat di tangga kelab Asia apabila menembusi kelompok 10 pasukan elit di rantau ini. Kemas kini oleh laman Opta Analyst, JDT […]
ACL2: Muangthong United Dapat Tawaran Ganti Kelab Vietnam

Saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim 2024/25 berpotensi menyaksikan kehadiran satu lagi wakil Thailand iaitu Muangthong United. Portal Thailand, Think Curve melaporkan pasukan yang diberi jolokan The Kirins mendapat tawaran daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menggantikan tempat wakil Vietnam, Thanh Hoa. Thanh Hoa yang juga penyandang juara Vietnamese National Cup 2023/24 terpaksa […]
Perbezaan Terbaru Kedudukan JDT & Selangor Di Asia

Perbezaan kedudukan terkini dua pasukan Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor di Asia mencuri tumpuan. Skuad kendalian Hector Bidoglio mengekalkan rekod cemerlang dalam kempen musim 2024/25 apabila menewaskan Sabah dengan keputusan 3-1. Selangor pula kini menghuni tangga ke-2 Liga Super berkunjung ke Cheras bagi menentang KL City FC. Kemas kini oleh laman Opta Analyst […]
Kisah Noor Al-Rawabdeh Di Selangor Jadi Buah Mulut Asia

Nama pemain tengah Selangor FC dan Jordan, Noor Al-Rawabdeh kembali menjadi sebutan peminat bola sepak Asia baru-baru ini. Ini selepas akaun media sosial rasmi Liga Juara-Juara AFC (ACL) menggelar Noor sebagai bintang utama untuk Al-Nashama dan Merah Kuning. “Bintang utama untuk kelab dan negara. Noor Al-Rawabdeh bakal mengetuai Selangor FC ke arah kejayaan di peringkat […]
Jaringan Fenomena Safawi Rasid 5 Tahun Lalu Kembali Jadi Bualan Asia

Jaringan magis pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid di Liga Juara-Juara AFC (ACL) kembali menjadi bualan hangat peminat. Skuad Harimau Selatan secara konsisten beraksi dalam kejohanan tertinggi di Asia sejak beberapa tahun kebelakangan ini sudah mula membuka mata pasukan Asia tentang wakil Malaysia ini. Laman Asian Champions League kembali memuat naik jaringan […]