Jurulatih Urawa Reds Luah Kerisauan Hadapi JDT

Ketua jurulatih Urawa Red Diamonds, Ricardo Rodriguez mengakui pertembungan dengan JDT bukanlah satu tugas yang mudah. Perlawanan pusingan kalah mati ini bakal menjadi penentu bagi pasukan untuk layak ke suku akhir namun beliau sedar cabaran sengit yang bakal dibawa oleh pasukan Harimau Selatan ketika berkunjung ke Jepun. Mengulas lanjut, pengendali berusia 45 tahun itu mengakui […]
Rekod Kebal JDT Di Tempat Lawan Jadi Motivasi Terbaik Berdepan Urawa Reds

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terbang ke Jepun dengan reputasi yang cukup baik terutamanya ketika beraksi di gelanggang lawan. Anak didik Hector Bidoglio kini dalam prestasi yang amat baik selepas berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super. JDT juga berdepan dengan cabaran sebenar untuk terus mengharungi saingan di pentas tertinggi bola sepak Asia […]
Keampuhan Pemain JDT Ledak Gol Saat Akhir Menggerunkan

Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai ketajaman yang cukup luar biasa terutamanya menjelang 15 minit terakhir permainan dalam usaha untuk mencipta kejutan ke atas Urawa Reds Jumaat ini. Pasukan milik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) ini berada dalam prestasi yang cukup baik ketika ini apabila berjaya mengekalkan keampuhan sungguhpun bertukar tampuk kejurulatihan. […]
Suhu Panas Cecah 37°C Jadi Kelebihan Buat JDT Di Jepun

Tamatnya musim bunga di Jepun yang tamat pada hujung bulan Mei baru-baru ini memberi maksud Jepun bakal beralih ke musim panas. Lebih menarik untuk kita ketahui adalah musim panas di Jepun lebih ‘bahang’ berbanding di Malaysia sendiri dan kebetulan Johor Darul Ta’zim bakal bertemu Urawa Reds di Jepun pada musim panas yang suhunya boleh mencecah […]
Jamal Nasir: JDT Mampu Menyamai Kekuatan Urawa Reds

Pakar analisis sukan negara, Dato’ Jamal Nasir memberi bayangan bahawa pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Urawa Red Diamonds bakal berlangsung sengit. Kata beliau, misi JDT untuk menempah tiket ke peringkat suku akhir ACL adalah tidak mustahil dengan barisan pemain yang dibawa ke Jepun. Seperti yang diketahui umum, daripada senarai 35 orang pemain […]
JDT Pertaruh 8 Pemain Import Hadapi Urawa Reds Di Pentas ACL

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa 8 pemain import bagi memperkuat pasukan untuk menghadapi cabaran Urawa Red Diamonds pada pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara AFC 19 Ogos ini. Anak didik Hector Bidoglio bakal menentang juara dua kali Asia itu dalam usaha untuk mencipta kejutan bagi melakar kemenangan ke atas pasukan gergasi Asia ini. Menerusi […]
Rekod Urawa Reds Amat Teruk, Namun JDT Perlu Berhati-Hati

Pertembungan sensasi pusingan kalah mati yang melibatkan juara dua kali Asia, Urawa Red Diamonds dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka bakal berlangsung sengit. Melihat kepada rekod semasa kedua-dua pasukan, kelebihan tidak hanya berada pada pasukan dari Jepun itu tatkala prestasi memberangsangkan pasukan Harimau Selatan juga tidak kurang hebatnya. JDT kini berada di bawah tampuk […]
4 Wakil Malaysia Berpeluang Beraksi Di Liga Juara-juara AFC

Pasukan dari Malaysia bakal memperoleh 4 slot ke saingan Liga Juara-Juara AFC susulan kejayaan pasukan Kuala Lumpur City FC mara ke pentas akhir Piala AFC Zon ASEAN bermula musim 2024. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Footy Rankings, laman ini mengesahkan mengenai perkhabaran ini sekaligus bakal menyaksikan pertambahan pasukan dari Malaysia dalam saingan pentas […]
Lokasi Perlawanan JDT & Urawa Reds Ditukar

Pertembungan perlawanan kalah mati Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Urawa Red Diamonds bakal bertukar venue. Hal ini susulan peningkatan kes Covid-19 yang berlaku di Jepun dengan merekodkan lebih 230,000 kes harian. Sebelum ini, venue perlawanan getir ini dijadualkan berlangsung di Stadium Saitama, Jepun pada tanggal 19 Ogos ini. […]
Era Gemilang Hector Bidoglio Bermula, Kendali Latihan Pertama JDT

Ketua jurulatih baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio sudah mula mengendalikan latihan pertama bersama pasukan JDT hari ini. Jurulatih berusia 54 tahun itu diumumkan sebagai pengendali baharu Harimau Selatan selepas pengumuman mengejut bekas jurulatih, Benjamin Mora yang tidak lagi bersama pasukan. Sebelum itu, pengendali berusia 43 tahun itu dikesan tidak bersama pasukan sejak […]
Benjamin Mora Dikatakan Ke Jepun Kaji Kekuatan Lawan ACL

Ketiadaan ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora dalam dua perlawanan terakhir pasukan menimbulkan tanda tanya peminat. Mora tidak bersama pasukan ketika mencatat kemenangan ke atas Penang dan juga Melaka United baru-baru ini sekaligus menyebabkan sosok ini dicari. Walau bagaimanapun, pengendali kelahiran Mexico ini difahamkan terbang ke Jepun bagi mengenal pasti lawan mereka di […]
Pertahanan JDT Sebenarnya Sangat Bersedia Hadapi Sebarang Kemungkinan Di Asia

Barisan pertahanan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebenarnya sudah bersedia sepenuhnya menjelang perlawanan pusingan kalah mati pada pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL), Ogos nanti. Pasukan kendalian Benjamin Mora kini sedang menikmati prestasi terbaik pasukan sungguhpun kecederaan penyerang utama pasukan, Bergson Da Silva sedikit menjejaskan ketajaman jentera serangan JDT. Walau bagaimanapun, barisan pertahanan Harimau Selatan berada […]
Nama Corbin Ong Terpahat Dalam Kalangan Pertahanan Elit Asia

Pertahanan kental pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), La’vere Corbin Ong sekali lagi mencetuskan fenomena apabila tersenarai dalam kelompok pertahanan terbaik pada kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL). Pemain berusia 31 tahun itu menjadi watak penting buat Harimau Selatan sehingga menyaksikan pasukan itu mara ke pusingan kalah mati. Corbin mengemudi bahagian pertahanan kiri JDT dengan cukup sempurna […]
Majoriti Gol Bergson & Forestieri Sebenarnya Menggusarkan

Gandingan duo berbisa, Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri umum diketahui merupakan gandingan paling berbisa dalam saingan Liga Super ketika ini. Malah, ketajaman penyerang import pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menyerlah di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila membantu mereka layak ke pusingan kalah mati. Ketajaman penyudah dua pemain ini seringkali meranapkan hasrat pasukan […]
Chanatip Puji Prestasi Cemerlang JDT Di Pentas ACL

Bintang Thailand, Chanatip Songkrasin mengakui kecewa kerana tidak dapat membantu pasukannya Kawasaki Frontale untuk layak ke peringkat seterusnya bagi saingan Asian Champion League (ACL) musim ini. Bekas pemain Consadole Sapporo ini merasakan bahawa kelab daripada Asia Tenggara kini berada di prestasi terbaik terutamanya BG Pathum United dan Johor Darul Ta’zim. “Sudah tentu, saya kecewa dengan […]
Nazmi Faiz Buktikan Kim Pan-gon Tak Ketandusan Perancang Tengah

Perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor membuktikan bahawa beliau berada dalam kelas tersendiri untuk menjadi antara watak penting buat pasukannya. Kehebatan pemain tengah berusia 27 tahun ini jelas terserlah apabila berjaya mengemudi jentera tengah Harimau Selatan sehingga mampu layak ke pusingan kalah mati. Malah, keyakinan dan keputusan tepat yang sering dilakukan […]