JDT Mungkin Perlu Berbelanja RM500 Ribu Setiap Bulan Untuk Khidmat Falcao

Berita mengenai perpindahan sensasi penyerang kebangsaan Colombia, Radamel Falcao ke Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah hangat diperkatakan di Malaysia dan juga Eropah. Pemain berusia 37 tahun itu kini beraksi bersama Rayo Vellecano di La Liga, Sepanyol berhasrat untuk membawa haluan baharu dalam kariernya. Bekas bintang Atletico Madrid ini difahamkan telah pun ditawarkan kontrak untuk menyertai […]

“Cristiano Ronaldo Kini Dilayan Berbeza” – Jurulatih Al-Nassr

Ketua jururlatih Al-Nassr, Rudi Garcia mengesahkan bahawa bintang sensasi pasukan, Cristiano Ronaldo kini menerima layanan berbeza di kelab. Pengendali kelahiran Brazil itu berkata dalam satu temubual bahawa rakan sepasukan mula memberi layanan berbeza kepada pemain berusia 38 tahun itu setelah meledak 4 gol tempoh hari. Beliau mengesan perkara ini kerana pernah mengingatkan para pemainnya agar […]

Media Perancis Kongsi Kejayaan JDT & Bergson

Sebuah portal bola sepak yang berpangkalan di Perancis, 20 Minutes baru-baru ini telah menukilkan kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga penyerang sensasi pasukan, Bergson Da Silva. Prestasi penyerang kelahiran Brazil ini mula mencuri tumpuan terutamanya di Eropah selepas berjaya mencatatkan rekod purata jaringan melebihi Kylian Mbappe, Erling Haaland dan Robert Lewandowski pada 2022. Sebelum […]

Jurulatih Al-Nassr Harap Pemain Tak Selalu Beri Bola Kepada Ronaldo

Jurulatih Al-Nassr, Luis Garcia berharpa agar para pemainnya tidak selalu memberikan bola kepada Cristiano Ronaldo. Pemain berusia 38 tahun itu baru sahaja beraksi sebanyak dua perlawanan bersama kelab yang menyaksikan mereka hanya mencatatkan satu kemenangan. Malah, Al-Nassr juga tersingkir daripada Piala Saudi apabila tewas kepada Al-Itthihad mengundang pelbagai tanda tanya kepada pasukan. Menerusi satu kenyataan, […]

Ketinggian Syihan Hazmi Jadi Pelengkap JDT Hadapi Musim 2023

Kemasukan penjaga gol baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi dilihat telah melengkapkan skuad tersebut bagi menghadapi jadual padat musim 2023. Pemain berusia 27 tahun itu kini sudah mula turun menjalani latihan setelah melengkapkan perpindahan ke Selatan tanah air namun susuk tubuhnya jelas merupakan antara elemen yang diperlukan oleh JDT selama ini. Bekas penjaga […]

JDT Rasmi Tandatangani Juan Muñiz

Spekulasi mengenai perpindahan seorang lagi pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya terjawab apabila individu tersebut ialah Juan Muniz. Pemain berusia 31 tahun itu secara rasminya akan memperkuatkan pasukan Harimau Selatan dalam misi memburu kejuaraan pada musim hadapan. Menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, JDT sah akan mendapatkan khidmat pemain tengah menyerang kelahiran Sepanyol […]

TMJ: Ada Lagi 3

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberi bayangan bahawa kelab akan membawa masuk tiga lagi muka baharu bagi saingan musim 2023. Prestasi pasukan Harimau Selatan ini amat memberangsangkan dalam kempen musim 2022 selepas mereka berjaya melangkah dengan penuh gemilang dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL). Malah, […]

Cristiano Ronaldo Dikesan Fasih Berbahasa Arab

Pemain baharu Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dikesan mula fasih berbahasa Arab sejak menyertai kelab tersebut. Bintang sensasi dunia itu telah pun melengkapkan perpindahan daripada Manchester United sejak dilepaskan kelab susulan temubual kontroversi bersama Piers Morgan. Beliau akhirnya menamatkan teka-teki mengenai masa depannya apabila mengesahkan perpindahan ke kelab gergasi Arab Saudi itu. Bekas bintang Real Madrid ini […]

Malaysia Hanya Diberikan Satu Slot Ke Liga Juara-Juara AFC

Wakil daripada Malaysia difahamkan tidak lagi akan ditawarkan 4 slot ke pentas Liga Juara-Juara AFC seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Seperti yang sedia maklum, pihak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah melakukan perubahan format yang menyaksikan satu pertandingan baharu diperkenalkan (tier 3). Perkara ini telah memberi kesan kepada slot pasukan yang akan bertanding dalam kejohanan berprestij Asia […]

Diogo Luis Santo Dikaitkan Kembali Ke JDT

Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo dikaitkan dengan kepulangan semula ke Malaysia bersama bekas majikannya. Pemain berusia 34 tahun itu merupakan tunjang utama buat Harimau Selatan ketika bersama mereka sekitar tahun 2019. Beliau menjadi watak penting apabila ketajaman penyudahnya telah membaqa banyak kejayaan buat JDT selain memacu cabaran pasukan di pentas Asia. […]

4 Wakil Malaysia Berpotensi Beraksi Di Asia Musim Hadapan

4 wakil dari Malaysia berpeluang cerah beraksi di pentas Asia pada musim hadapan susulan kecemerlangan yang ditampilkan dalam saingan Liga Super dan juga pentas Asia tahun ini. Seperti yang sedia maklum, Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya bakal beraksi dalam pentas saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim hadapan selepas bergelar juara Liga Super. Malah, sejarah […]

Kejayaan KL City Tambah Mata AFC MA Ranking Malaysia, Kini Setanding UAE

Kejayaan pasukan Kuala Lumpur City FC ketika menewaskan wakil Indonesia, PSM Makassar dengan keputusan 5-2 semalam memberi impak yang cukup besar kepada kedudukan Malaysia. Tatkala perjuangan anak didik Bojan Hodak masih lagi berterusan di pentas Asia kali ini, mereka secara dasarnya telah menjadi penyumbang kepada pungutan mata kelab Malaysia dalam kedudukan AFC. Kemenangan bersejarah The City […]

Jurulatih Urawa Reds Anggap BG Pathum Lawan Yang Sebenar

Gergasi bola sepak Thailand, BG Pathum bakal beradu kekuatan dengan juara dua kali Asia, Urawa Red Diamonds dalam kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL), Isnin ini ketika jurulatih kelab Jepun itu, Ricardo Rodriguez menganggap pertemuan ini cukup istimewa. Perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Saitama ini bakal menjanjikan kehangatan tatkala wakil dari Korea Selatan, Jeonbuk Motor […]

Statistik Buktikan JDT Tampil Luar Biasa Walaupun Tewas Kepada Urawa Reds

Perjuangan wakil tunggal Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) kali ini terhenti apabila tumbang kepada gergasi Jepun, Urawa Red Diamonds. Pasukan kendalian Hector Pablo Bidoglio turun dengan motivasi terbaik dalam usaha untuk melakar kejutan bagi melayakkan diri ke pusingan kalah mati. Walau bagaimanapun, kehebatan bekas juara dua kali Asia itu […]

TMJ Positif, Anggap ACL Jadi Pengajaran Terbaik Buat Pemain JDT

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli  Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan kehadiran JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) memberi pengalaman berguna buat para pemain. Baginda yang lebih mesra disapa TMJ melihat kekalahan berguna 0-5 ke atas juara dua kali Asia, Urawa Red bakal menjadi pengajaran terbaik dalam usaha mereka mengorak langkah […]

Farizal Marlias: Kami Mahu Pergi Lebih Jauh

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Farizal Marlias bakal menggalas satu tugasan besar mengetuai benteng terakhir JDT pada pertembungan esok hari.  JDT bakal berdepan Urawa Red Diamonds di Stadium Saitama bagi pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).  Kapten JDT itu menjelaskan beliau dan rakan sepasukannya sudah tidak sabar untuk bermain dengan salah satu […]