Pemain Berdarah Malaysia Buatkan Liverpool Merana

Pemain berdarah keturunan Malaysia, Ethan Wheatley yang kini beraksi untuk pasukan Manchester United Bawah 18 (B-18) berjaya membantu pasukannya menewaskan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris Bawah 18 semalam. Dalam aksi yang berlangsung di Kompleks Latihan AON itu, Ethan Wheatley meledak pada minir ke-21 perlawanan sekali gus menyamakan kedudukan selepas Liverpool terlebih dahulu di hadapan. […]
Formula 1 Kembali Dianjurkan Di Malaysia?

Khabar angin mengenai Malaysia bakal kembali menganjurkan kejuaraan Formula 1 semakin bertiup kencang. Ini selepas laporan yang mengatakan syarikat petroleum tempatan, Petronas berminat untuk membawa Formula 1 kembali ke Malaysia menurut beberapa sumber. Pelan untuk membawa semula Formula 1 ke Malaysia ini didedahkan semasa sesi Town Hall syarikat yang diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai […]
Azim Al-Amin Pasang Niat Bawa Malaysia Ke Olimpik

Biarpun bakal berdepan pasukan-pasukan gergasi Asia, penjaga gol Skuad Bawah 23 (B-23) negara, Azim Al-Amin memasang impian untuk membawa Malaysia layak ke Sukan Olimpik akan datang. Malaysia B-23 yang kini di bawah kendlian Juan Torres Garrido bakal berlepas ke Qatar untuk melalui ujian getir di Piala Asia B-23 Qatar. Bagi Azim, tiada yang mustahil untuk […]
3 Pemain Import Kini Boleh Beraksi Di Piala MFL

Untuk meningkatkan daya persaingan dalam saingan Piala MFL, Malaysia Football League (MFL) telah menetapkan untuk membenarkan tiga pemain import dan dua pemain lebih umur diturunkan oleh setiap pasukan. Selain itu, format untuk Piala MFL bagi musim 2024/2025 juga akan berubah selepas hanya satu kumpulan liga yang dijalankan berbanding dua kumpulan liga musim lalu. Perubahan kuota […]
“Ada Kemungkinan Brendan Gan Kembali Ke Liga Australia” – Zulhelmi

Masa depan perancang tengah Selangor FC, Brendan Gan terus menjadi tanda tanya selepas desas-desus mengaitkan kepulangannya ke Liga Australia (A-League) hangat diperkatakan. Pemain berusia 36 tahun itu rancak beraksi buat Harimau Malaya dan menjadi tunjang utama pasukan ketika mengikat jaguh Asia, Korea Selatan tempoh hari. Masa depannya bagaimanapun masih belum diputusan selain beberapa khabar mengaitkan […]
AFC Asian Cup: Jepun Gah Tundukkan Bahrain

Jepun gah menundukkan cabaran Bahrain untuk melangkah ke peringkat suku akhir Piala Asia 2023. Skuad kendalian Hajime Moriyasu mempamerkan aksi dominan pada separuh masa pertama dengan melakukan 7 percubaan ke arah gawang gol berbanding Bahrain yang hanya melakukan 2 percubaan. Penantian Jepun untuk gol pertama berakhir pada minit ke-31 apabila Ritsu Doan menyambut bola muntah […]
Faisal Halim Kekal Berbakti Buat Selangor Musim 2024/25

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim menamatkan teka-teki mengenai masa depannya apabila memilih untuk kekal bersama pasukan. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan watak penting buat The Red Giants sehingga mampu mara ke pentas Asia musim ini. Beliau memperagakan aksi yang cukup cemerlang dan membentuk gandingan mantap bersama penyerang sensasi, Ayron Del Valle di […]
JDT & Selangor Terima Tonik Tambahan Ke Asia

Dua pasukan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor menerima tonik tambahan untuk berjuang di pentas Asia musim ini. Skuad Harimau Selatan merupakan wakil tunggal Malaysia di pentas tertinggi Asia apabila bakal bersaing di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). The Red Giants juga bakal menyusul langkah JDT namun bakal menggalas cabaran di Liga […]
Polis Thailand Beri Amaran Xabi Alonso ‘Palsu’ Giat Pancing Wang

Terdapat berita aneh mengenai skim penipuan dalam talian melibatkan jurulatih Bayern Leverkusen, Xabi Alonso yang meminta wang di laman media sosial ketika ini. Individu yang menyamar sebagai Xabi Alonso telah meminta wang sumbangan sebanyak 300 baht bersamaan dengan RM40 menerusi Instagram bertujuan untuk membeli tiket penerbangan ke bandar Liverpool. Perkara tersebut ekoran Jurgen Klopp yang […]
Masa Depan Arul Selvaraj Bersama Malaysia Telah Terjawab

Teka-teki tentang masa depan ketua jurulatih skuad hoki senior Malaysia, Arul Selvaraj akhirnya terjawab hari ini. Ini selepas Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Dato’ Ahmad Najmi Abdul Razak memaklumkan kontrak barisan kejurulatihan skuad hoki senior lelaki dan remaja lelaki telah berakhir. Ini termasuk kontrak Arul selaku ketua jurulatih skuad senior lelaki The Speedy Tigers. […]
Kapten B-23 Negara Pilih Kekal Di Selangor

Kapten pasukan kebangsaan bawah 23 tahun, Mukhairi Ajmal memilih untuk kekal bersama kelab Selangor bagi musim hadapan. Mukhairi Ajmal telah bersama Gergasi Merah sejak tahun 2020 dan telah merekodkan 10 gol serta 16 bantuan jaringan dalam 88 penampilan bersama kelab tersebut. Pemain tengah ini turut merupakan kapten pasukan skuad junior Harimau Malaya dan bakal mengemudi […]
Jairo Riedewald Dilaporkan Buka Peluang Bela Timnas Indonesia

Pemain keturunan Indonesia yang membela Crystal Palace di Premier League, Jairo Riedewald, dilaporkan membuka peluang untuk menjadi WNI dan membela Timnas Indonesia. Kabar ini diketahui dari unggahan Instagram @pemainketurunan. Akun itu mengunggah foto percakapan via pesan langsung (DM). Akun @pemainketurunan bertanya apakah Jairo Riedewald dihubungi oleh PSSI. Sang pemain pun menjawab bahwa ada kemungkinan itu. […]
Pasukan Hoki Malaysia Kini Dibubar

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) membuat kejutan dengan mengumumkan pembubaran skuad hoki senior dan remaja lelaki. Keputusan itu diumumkan Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal dalam sidang media yang diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini. Subahan turut memaklumkan kontrak barisan kejurulatihan bagi kedua-dua pasukan sudah tamat. Skuad hoki kebangsaan bakal tampil dengan wajah […]
Zafuan Azeman Tak Putus Asa, Mahu Buktikan Kemampuan Beraksi Di Luar Negara

Pemain kelahiran Malaysia-Thailand, Zafuan Azeman menyatakan azam untuk terus berjuang sehabis baik bagi kekal beraksi di luar negara. Bintang berusia 24 tahun itu kembali menjadi bualan peminat bola sepak tanah air selepas diumumkan sebagai pemain kelab Liga 1 Thailand, Uthai Thani FC. Zafuan membuat pilihan untuk kembali menyertai Uthai Thani FC yang pernah diwakilinya selama […]
Haqimi Azim Sedia Tinggalkan KL City

Penyerang bawah 23 tahun negara, Muhammad Haqimi Azim bin Rosli sedia untuk meninggalkan KL City pada musim baharu nanti. Penyerang berusia 21 tahun itu menegaskan bahwa jika masih kurang mendapatkan minit permainan bersama KL City, beliau sedia untuk meninggalkan kelab. “Kalau tahun ni saya kurang lagi minit permainan, saya akan minta pada jurulatih dan pengurusan […]
Razman Roslan: Kalau Dua Aksi Lawan Timor Leste Tak Payahlah

Bekas pertahanan negara, Razman Roslan mahu melihat skuad Malaysia memperoleh aksi kompetitif bertaraf tinggi sebelum berdepan Oman bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Beliau dalam satu perkongsian bersama Nindia Bola memberitahu bahawa perancangan tersusun harus dirangka oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon bagi mempersiapkan pasukan. Baru-baru ini, Presiden FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin memaklumkan bahawa skuad […]