“Berehatlah Dulu Buat Masa Ini”

CEO Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Khamal Idris Haji Ali mengejutkan para penyokong Sang Kenari apabila meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC selepas berbakti selama empat tahun. Menerusi kenyataan rasmi di laman Facebook KDA FC, Khamal meletakkan jawatan sebagai CEO bagi memberi tumpuan sepenuhnya pada perniagaan beliau. Berita itu juga disambut baik […]

4 Kelebihan Wan Kuzain Dari Kaca Mata Penganalisis

Pemain Malaysia yang beraksi di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal dikatakan semakin hampir menyarung jersi Harimau Malaya. Namun begitu para penyokong pasti tertanya-tanya apakah kelebihan yang dimiliki beliau? Penganalisis bola sepak yang juga merupakan seorang jurulatih, Shaiful Shazwan berjaya mengesan beberapa kelebihan yang dimiliki pemain kelahiran Carbondale, Ilionis ini. Kuzain merupakan pemain yang mampu […]

CEO Kedah Letak Jawatan

Kelab Kedah Darulaman FC mengumumkan bahwa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah, Encik Khamal Idris Haji Ali telah meletakkan jawatan hari ini. Menerusi kenyataan rasmi di laman Facebook Kedah Darul Aman FC, perletakan jawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada idea baharu dalam membentuk kelab dan dapat meneruskan legasi kelab.  Banyak pembaharuan yang dibuat oleh Encik […]

Bekas Jurulatih Jepun Kini Bimbing Singapura

Bekas penolong jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Jepun, Tsutomu Ogura telah dinamakan sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Singapura yang baharu. Perkara ini telah dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menerusi satu kenyataan rasmi hari ini. Pengendali berusia 57 tahun itu bakal menjadi jurulatih Jepun ketiga berturut-turut yang mengendalikan Lions. Beliau memiliki reputasi yang cukup […]

“Kalau Mereka Cari Duit Di Sini, Sila Cari Sukan Lain” – Subahan Kamal

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal memaklumkan badan induk sukan hoki negara itu hanya akan membayar pengadil mengikut kadar bersesuaian. Kenyataan ini dibuat dalam sidang media di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil semalam selepas diminta mengulas isu bayaran yang dibangkitkan sebahagian pengadil Liga Hoki Malaysia (MHL). Subahan mengingatkan bayaran yang diberi kepada […]

Skuad Muda Indonesia Tunduk Bermaruah Kepada Uzbekistan

Skuad muda Indonesia mempamerkan aksi mengagumkan sebelum tewas kepada Uzbekistan dengan keputusan 3-2. Aksi yang berlangsung di Stadium Madyan itu menyaksikan dua gol yang dijaringkan oleh Sang Garuda tidak cukup untuk memberikan kemenangan buat pasukan. Dua gol Indonesia yang dicetak oleh Muhammad Kafiatur menit ke-32 dan Arlyansyah Abdulmanan menit ke-74 bagaimanapun dinafikan oleh lawan yang […]

Selangor Buru Khidmat Pertahanan Elit Piala Asia

Pasukan gergasi Liga Super, Selangor FC difahamkan sedang memburu khidmat pertahanan kental Piala Asia di Qatar 2023. Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Red Giants, Dr. Johan Kamal berhubung perkara ini. Menerusi satu kenyataan olehnya, Selangor dilihat serius untuk memantapkan bahagian pertahanan pasukan selepas kehilangan khidmat Yazan Al-Arab. Individu yang dikaitkan menjadi […]

AllStar Sports Umum Senarai Pemain Bintang Untuk “Battle of The Reds” April Ini Di Bukit Jalil

AllStar Sports Sdn. Bhd. (AllStar Sports) dengan kerjasama ACO Media dan World Football Legends (WFL) telah mengumumkan secara rasmi barisan pemain untuk Manchester Reds dan Liverpool Reds menjelang pertembungan yang dinanti-nantikan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 April 2024. Antara barisan Manchester Reds termasuk Louis Saha, Dwight Yorke, Jaap Stam, Lee Sharpe, Clayton Blackmore, […]

Erick Thohir Minta Shin Tae-yong Bikin Lini Depan Indonesia Seperti Australia

Ketum PSSI, Erick Thohir, menilai lini depan Timnas Indonesia asuhan Shin Tae-yong masih kurang ganas. Ia ingin pelatih Korea Selatan itu tiru Australia. Timnas Indonesia U-23 akan berlaga di Piala Asia U-23 2024. Erick Thohir tegas bahwa pihak PSSI ingin pelatih asal Korea Selatan itu membawa Garuda lolos ke babak delapan besar. Namun, berkaca dari […]

Warga Indonesia Anggap Persaingan Liga Malaysia Amat Kompetitif

Salah seorang peminat bola sepak dari Indonesia menganggap saingan di Liga Malaysia antara yang kompetitif di Asia Tenggara.  Memetik ciapan di Twitter Nooridho Ilmansyah, yang memberikan pendapatnya kepada rakan senegaranya, beliau percaya struktur liga bola sepak di Malaysia lebih tersusun.  “Saya kurang bersetuju dalam isu ini. Harus diakui bahawa saingan di Malaysia lebih tersusun daripada […]

Roberto Mancini Mohon Maaf

“Sekali lagi saya mengulangi permohonan maaf saya kepada semua orang tentang keluar awal saya ke bilik persalinan sebelum tamat penentuan sepakan penalti,” Roberto Mancini.  Kenyataan di atas merujuk kepada jurulatin pasukan Arab Saudi, Roberto Mancini yang memohon maaf kepada penyokong kerana tindakannya beredar dari padang semasa penentuan sepakan penalti berlangsung.  Bekas jurulatih Itali itu amat […]

EPL: Liverpool Belasah Chelsea Tanpa Belas

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool semakin menunjukkan taring mereka musim ini apabila berjaya menewaskan Chelsea di Anfield awal pagi tadi. Kedua-dua pasukan turun ke padang dengan kesebelasan terbaik mereka kecuali Mohamed Salah yang masih belum cergas sepenuhnya dari kecederaan. Liverpool memulakan perlawanan dengan sangat positif apabila Darwin Nunez mempunyai dua peluang keemasan pada 10 […]

AFC Asian Cup: Iran Tepati Ramalan, Singkirkan Syria

Iran melangkah ke suku akhir setelah menewaskan Syria dalam aksi penuh dramatik di pusingan 16 terbaik AFC Asian Cup Pada aksi yang berlangsung di Stadium Abdullah Bin Khalifa, Iran jelas menguasai permainan sejak minit pertama dengan peratus penguasaan bola yang tinggi. Iran membuka tirai jaringan menerusi ledakan pemain tumpuan, Mehdi Taremi pada minit ke-34 sekaligus […]

Hoki 5s Piala Dunia: Malaysia Muncul Naib Juara, Dikecewakan Belanda

Malaysia terlepas peluang untuk muncul juara Hoki 5s Piala Dunia apabila tumbang kepada gergasi Eropah, Belanda. Skuad negara yang mengatasi Poland semalam dalam aksi separuh akhir dikejutkan dengan jaringan pertama Belanda menerusi Yannick Van Der Drift seawal minit pertama. Seakan tersentak, Malaysia terus membalas dengan jaringan penyamaan melalui gol padang Akhimullah Anuar seminit selepas itu […]

Hannah Yeoh Dedah Kerajaan Beri RM5.63 Juta Buat Hoki Setahun

Susulan keputusan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) membubarkan skuad hoki senior lelaki dan remaja lelaki hari ini, ramai ingin tahu jumlah dana yang diterima sukan itu. Persoalan ini timbul kerana keputusan yang diumumkan Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal mengejutkan ramai peminat hoki negara. Lantas, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan kerajaan memberi dana sebanyak […]

Kepala Terhentak Lantai, Keadaan Aya Ohori Menggusarkan

Nasib malang menimpa pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori yang tergelincir ketika beraksi di Thailand Masters 2024. Aya Ohori yang turun menentang wakil perseorangan wanita Chinese Taipei, Huang Yu-Hsun pada aksi pusingan pertama berdepan detik ngeri itu di penghujung set penentuan. Menurut perkongsian oleh pengguna laman sosial yang dikenali sebagai Fatin, menyaksikan Aya Ohori tidak […]