Jepun & India Bakal Jadi Lawan Skuad Muda Malaysia

Skuad bawah 23 tahun Malaysia bakal menghadapi ujian sebenar sebagai persiapan menghadapi Piala Asia bawah 23 tahun April nanti. Perkara ini disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin yang berkata persiapan skuad bawah 23 tahun sedang diatur pada bulan Mac ini di Kuala Lumpur ketika skuad senior […]

Ng Tze Yong Beri Khabar Positif Buat Malaysia

Kem badminton Malaysia mendapat khabar positif apabila Ng Tze Yong bakal kembali ke gelanggang tidak lama lagi. Perkara ini dinyatakan oleh pakar perubatan Institut Sukan Negara (ISN), Dr Jasmiza Khuzairi Jasme yang bertanggungjawab merawat kecederaan Tze Yong. Jasmiza melihat kecederaan belakang yang dialami pemain nombor 16 dunia itu merupakan kecederaan normal bagi mana-mana atlet berprestasi […]

Chelsea Sedia Selamatkan Harry Kane

Kelab England, Chelsea dilaporkan berminat untuk mendapatkan penyerang antarabangsa England, Harry Kane. Satu ciapan yang dimuatnaik oleh Transfer News Live, mengatakan bahawa The Blues sedang merangka satu pelan bagi membawa Harry Kane kembali ke Liga Perdana Inggeris. “Chelsea sedang merancang perpindahan mengejutkan untuk bintang Bayern Munich Harry Kane pada musim panas,” tulis Transfer News Live […]

“Rundingan Dengan Selangor Itu Berlaku Namun Tidak Berjaya”

Hasrat Penang FC untuk mendapatkan khidmat pertahanan tengah Selangor FC tidak kesampaian. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam berkenaan situasi semasa skuad The Phanters yang begitu rancak membawa masuk muka baharu. Beberapa watak penting difahamkan sudah pun bersetuju untuk menyertai Penang FC di bawah kendalian Akmal Rizal yang membawa idea baharu […]

Sony Norde Kekal Di Malaysia Dengan Pasukan Berbeza?

Selepas meninggalkan Terengganu FC sebagai ejen bebas selepas tamat kempen Liga Super musim 2023, ramai ingin tahu destinasi terbaru Sony Norde. Kini, pemain sayap Haiti itu berada dalam radar pasukan utara tanah air iaitu Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam kepada hos Haji Zainal Abidin […]

Dua Sejarah Baru Tercipta Di UCL

Sejarah baru terlakar dalam aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara UEFA (UCL) yang berlangsung awal pagi tadi. Ini kerana Lamine Yamal dan Pepe masing-masing mencipta rekod sebagai pemain paling muda dan tertua yang membuat penampilan dalam pusingan 16 pasukan terbaik UCL. Permata terbaru Barcelona, Yamal mencipta sejarah sebagai pemain termuda beraksi dalam pusingan […]

Ngotot Soal Dirtek Baru, Erick Thohir: Ya Saya Maunya Dari Jerman

Ketum PSSI, Erick Thohir, ngotot ingin direktur teknik (Dirtek) baru PSSI berasal dari Jerman. Namun, sampai sekarang belum dapat. PSSI sempat menunjuk Frank Wormuth sebagai Dirtek PSSI pada pertengahan tahun 2023, untuk ‘trial’ dan membantu persiapan Timnas Indonesia U-17 untuk Piala Dunia U-17 2023. Hanya saja, Frank Wormuth memilih untuk kembali ke Jerman setelah empat […]

Sikh Izhan Dipinjamkan Sekali Lagi

Penjaga gol skuad kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel difahamkan akan meninggalkan Selangor FC secara pinjaman sekali lagi selepas selepas melalui musim hebat bersama Negeri Sembilan FC musim lalu. Pemain berusia 21 tahun itu dilaporkan semakin hampir menyertai Penang FC bagi saingan musim baharu 2024/2025. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam […]

Penyerang Ukraine Bakal Jadi Senjata Baru Sri Pahang

Jentera serangan Sri Pahang bakal diberi nafas baharu menjelang saingan Liga Malaysia 2024/2025. Menerusi ciapan daripada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, seorang penyerang berasal dari Ukraine bakal dibawa masuk bagi menambah sengat skuad Tok Gajah. “Penyerang kelahiran Ukraine, Mykola Ahapov dijangka akan memperkuatkan Sri Pahang FC untuk saingan Liga M 2024/2025,” tulis Fadhirul di laman […]

Rahsia Faisal Halim Kekalkan Aksi Bertenaga Di Atas Padang Dengan Extra Joss

Aksi bertenaga yang sering ditampilkan oleh pemain sayap Malaysia, Faisal Halim ketika beraksi di atas padang didorong oleh peranan besar daripada Extra Joss. Pemain berusia 26 tahun itu menjadi watak penting Harimau Malaya sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuklah ketika mengharungi kempen Piala Asia AFC 2023. Beliau menampilkan satu persembahan yang mengagumkan dengan larian tidak […]

Tindakan Mulia Pemain Selangor Santuni Kanak-Kanak Sentuh Hati Peminat

Pasukan Selangor FC mencuri perhatian peminat bola sepak di media sosial apabila menyantuni seorang kanak-kanak baru-baru ini. Perkara ini dikongsikan oleh bapa saudara kanak-kanak tersebut, Dr Muhaimin menerusi satu hantaran di akaun X semalam. Beliau menceritakan anak saudaranya, Seth Ali baru saja kehilangan bapanya,Muhamad Arif Bin Abdul Rani akibat penyakit leukemia. Lantas, bagi mengubati kesedihan […]

UCL: Porto Kecewakan Arsenal Saat Akhir

Arsenal gagal membawa bekalan selesa ke aksi timbal balik nanti apabila tumpas kepada Porto dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2023/2024. Perlawanan yang berlangsung di Estadio Do Dragao ini menyaksikan penguasaan bola seimbang baik pasukan tuan rumah mahupun pasukan pelawat. Arsenal yang hadir dengan reputasi juara kumpulan B dilihat sedikit bergelut […]

Jurgen Klinsmann Bakal Jadi Jurulatih China?

Bekas ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann dilaporkan dalam radar untuk dilantik sebagai jurulatih China. Pengendali berusia 56 tahun itu dipecat oleh Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) selepas hanya berjaya membawa pasukan ke pentas separuh akhir Piala Asia 2023. Beliau juga disifatkan gagal mengawal bilik persalinan selepas pergaduhan yang berlaku antara kapten pasukan, Son […]

UCL: Barcelona ‘Dirantai’ Napoli

Barcelona kempunan mendapat kelebihan awal untuk aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara UEFA (UCL) apabila sekadar seri 1-1 dengan Napoli. Pertembungan Barca dan Gli Azzurri amat dinantikan ramai peminat bola sepak meskipun kedua-dua kelab kini berdepan prestasi kurang memberangsangkan dalam liga domestik masing-masing. Separuh masa pertama menyaksikan Barcelona berusaha mencipta beberapa gerakan serangan […]

ACL: Bisa Cristiano Ronaldo Julang Al-Nassr Ke Suku Akhir Benam Al-Fayha

Al-Nassr berjaya mara ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara AFC zon asia barat selepas berjaya menewaskan Al-Fayha dalam aksi pusingan 16 terakhir awal pagi tadi. Al-Nassr yang menurunkan barisan terkuat mereka dengan Cristiano Ronaldo, Sadio Mane dan Otavio menjadi taruhan untuk mencari jaringan. Perlawanan dimulakan dengan penguasaan menyeluruh ditampilkan Al-Nassr yang tampak lebih selesa dengan […]

EPL: Liverpool Kukuh Di Persada Liga, Bangkit Malukan Luton Town

Perlawanan Liga Perdana Inggeris pagi ini menyaksikan pertembungan antara Liverpool menentang Luton Town dengan keputusan 4-1 di Stadium Anfield. Seawal minit ke-12 permainan, pemain tengah Luton, Chiedozie Ogbene membuka jaringan menerusi tandukan selepas bola muntah daripada penjaga gol Liverpool, Kelleher. Pada minit ke-58 permainan, ketua pasukan Liverpool, Van Dijk menyamakan kedudukan menerusi tandukan deras dari […]