Liridon Krasniqi Pilih 4 Kelab Baru, Selangor Salah Satunya

Perancang tengah negara, Liridon Krasniqi memberi bayangan 4 kelab baharu bakal menjadi destinasi barunya. Pemain berusia 32 tahun itu melalui tempoh turun naik bersama Terengganu FC namun berjaya membantu pasukan untuk mara ke final Piala Malaysia 2023. Beliau juga memainkan watak penting di bawah kendalian Tomislav Steinbruckner sungguhpun berdepan saingan sengit untuk mengemudi jentera tengah. […]
Sean Selvaraj Tuntut Peluang Adil Di Sri Pahang

Tonggak baharu Sri Pahang FC, Sean Selvaraj berharap perpindahan beliau ke skuad Tok Gajah musim ini mampu memberikan dirinya peluang beraksi selepas tersisih banyak perlawanan bersama Negeri Sembilan FC musim lalu. Bersama Negeri Sembilan musim lepas, Sean hanya membuat 14 penampilan sahaja secara keseluruhan dengan hanya 2 kali terpilih berada di kesebelasan utama skuad kendalian […]
Maaf Shin Tae-yong, PSS Sleman Tidak Bisa Lepas Hokky Caraka

Klub-klub Liga 1 mulai memberanikan diri untuk ‘menolak’ melepas pemain ke Timnas Indonesia U-23. Setelah Persija Jakarta, Borneo FC, dan kini PSS Sleman. Usai kemenangan 4-1 atas Bhayangkara FC, Risto Vidakovic selaku pelatih PSS Sleman menegaskan pentingnya Hokky Caraka yang turut mencetak satu gol bagi tim untuk menghadapi saingan Liga 1. Risto Vidakovic membutuhkan tanaga […]
Tan Cheng Hoe Tak Sabar Mulakan Musim Baru

Selepas berjaya membawa Selangor FC menjadi naib juara Liga Super musim lalu, ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe akui tidak sabar untuk memulakan musim baharu bersama Gergasi Merah. Cheng Hoe melihat sesi latihan pasukan Selangor berjalan dengan sangat positif. Malah, pemain-pemain baharu yang dibawa masuk seperti Ronnie Fernandez, Alvin Fortes, Nooa Laine dan Azim Al Amin […]
Tak Sempat Tukar Rumput? Ini Jawapan CEO Selangor

Ketua Pegawai Eksekutif CEO Selangor FC, Dr. Johan Kamal sebelum ini telah tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai isu penukaran rumput padang pasukan Selangor. Pasukan Gergasi Merah itu sah tidak akan menukar rumput bagi menghadapi saingan musim 2024 kelak atas beberapa sebab tertentu. Dr. Johan Kamal mengakui tempoh masa untuk penukaran rumput tidak mencukupi dan sekiranya […]
Takahiro Kunimoto Tiba Di China, Siap Sedia ‘Gempur’ Divisyen Dua

Bekas arkitek tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah tiba di China bagi menghadapi musim baharu di saingan China League One. Pemain berusia 26 tahun itu telah melengkapkan perpindahanya awal bulan Februari yang lalu bersama pasukan Liaoning Tieren F.C secara percuma. Beliau kini sudah berada bersama pasukan bagi hadapi aksi pra musim, seperti yang dilaporkan media China, Hotpot […]
Terengganu Catat Rekod Unik Berdepan Central Coast Mariners

Terengganu kini mempunyai rekod unik berdepan kelab Australia, Central Coast Mariners dalam saingan Piala AFC musim ini. Central Coast Mariners sah melangkah ke separuh akhir antara zon Piala AFC setelah menewaskan Macarthur dengan jaringan 3-2. Wakil Australia itu mempunyai rekod cemerlang apabila hanya tewas sekali sepanjang saingan Piala AFC setakat ini dan kekalahan itu hadir […]
Bekas Pemain Barcelona Dihumban Ke Penjara

Malang menimpa nasib bekas pemain Barcelona apabila bakal dihumban ke penjara setelah didapati bersalah oleh pihak mahkamah Barcelona. Dani Alves dulu pernah menjadi sebutan ramai setelah muncul menjadi antara pemain yang paling banyak memenangi trofi dalam karier bola sepak sebanyak 43 trofi. Namun kini beliau bakal menerima hukuman penjara selama 4 tahun setengah setelah bersalah […]
Safawi Rasid Ledak Dua Gol Bersama Terengganu

Pemain sayap kebangsaan, Safawi Rasid sudah mula mempamerkan bisanya bersama Terengganu FC. Ini selepas pemain berusia 26 tahun itu meledakkan gol dalam aksi latihan membabitkan pemain skuad Peteh yang berlangsung di TFC Training Centre hari ini. Perlawanan latihan ini merupakan peluang buat jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner menilai kemahiran dan kemampuan setiap anak buahnya. Safawi yang […]
MHL: Malaysian University Mudah Atasi Mutiara Impian-MSSPP-PSHA

Malaysian University tidak berdepan masalah untuk membenam cabaran Mutiara Impian-MSSPP-PSHA dalam saingan Women Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024. Aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil itu terpaksa bermula lewat disebabkan oleh hujan lebat yang melanda venue perlawanan. Aksi bermula menyaksikan Malaysian University menguasai perlawanan sejak awal permainan dan berjaya memecah kebuntuan pada minit […]
Tajikistan Pantas Jumpa Pengganti Petar Segrt

Pasukan kebangsaan Tajikistan (TFA) berjaya menemui pengganti bekas pengendali, Petar Segrt menjelang sepak mula Kelayakan Piala Dunia 2026. Pengendali kelahiran Croatia itu memiliki reputasi yang cukup gah sejak membimbing pasukan pada tahun 2022. Jurulatih berusia 57 tahun itu berjaya membawa pasukan untuk mara ke peringkat suku akhir Piala Asia AFC 2023 di Qatar tempoh hari. […]
Penjaga Gol Malaysia Pulang Ke Utara

Penjaga gol Malaysia, Sikh Izhan Nazrel hari ini diumumkan sebagai penjaga gol baru buat pasukan Penang. Beliau yang sebelum ini telah menandatangani kontrak lanjutan bersama pasukan Selangor memilih untuk pulang ke bumi utara bagi memperkuat skuad kendalian Akmal Rizal Rakhli. Selain Sikh, Penang turut menerima kehadiran beberapa pemain baru seperti Muhaimin Izzuddin, Nabil Latpi dan […]
Malaysia Tempah Slot Ke Uber Cup 2024

Meskipun kecundang di suku akhir Badminton Asia Team Championship (BATC) 2024, skuad wanita negara tetap berjaya melayakkkan diri ke Uber Cup 2024. Skuad badminton wanita negara yang diketuai Thinaah Muralitharan pada BATC yang lalu berjaya menempatkan diri ke Uber Cup menerusi kedudukan ranking. Mengikut kedudukan rangking, Malaysia berada di tempat kesepuluh dengan 190,777 mata dan […]
AFC Cup: Central Coast Mariners Muncul Juara Final Zon Asean, Kalahkan Pasukan Senegara

Wakil Australia, Central Coast Mariners terpaksa bekerja keras sebelum muncul sebagai wakil ASEAN untuk aksi separuh akhir antara zon Piala AFC musim 2023-2024. CCM mengatasi kelab senegara, Macarthur dalam aksi final Zon ASEAN yang berlangsung di Stadium Sukan Campbelltown hari ini. Perlawanan hari ini juga merupakan peluang buat anak buah Mark Jackson membalas dendam ke […]
Muhaimin Izuddin Kini Arkitek Sandaran Penang

Pemain sayap muda berbakat, Muhaimin Izuddin Asri sah mewakili Penang FC untuk aksi Liga Super musim 2024-2025. Perpindahan pemain tengah berusia 21 tahun itu diumumkan pengurusan Harimau Kumbang menerusi satu hantaran di media sosial rasmi mereka hari ini. “Masa menyeronokkan ada di hadapan tatkala kita mengalu-alukan pemain tengah pantas kita! Memperkenalkan pemain baru kita, Muhaimin […]
Romel Morales Buka Mulut Tentang Perpindahan Ke JDT

Penyerang berbisa baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Romel Morales membuka mulut tentang perpindahannya yang sudah terlerai baru-baru ini. Pemain naturalisasi negara itu baru sahaja selesai tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan di Piala Asia AFC 2023. Beliau juga memainkan watak penting apabila meledak gol ketiga negara untuk mengikat pasukan ke-25 dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3. […]