JDT Racing Team Sasar Tarik Jenama Besar Taja Pasukan

JDT Racing Team memasang impian untuk bekerjasama dengan lebih banyak jenama-jenama besar di masa akan datang. Perkara ini diluahkan oleh Ketua Pemasaran JDT, Kevin Ramalingam ketika Sidang Media Pengenalan JDT Racing Team di Iskandar Puteri pada pagi Jumaat. Beliau berharap adanya penglibatan daripada jenama-jenama besar untuk bersama mereka tidak kira sama ada jenama tempatan mahupun […]
Steffi Sarge Kaur Ingin Realisasikan Potensi Bola Sepak Wanita Malaysia

Pemain bola sepak wanita Malaysia, Steffi Sarge Kaur percaya bola sepak wanita di negara ini memiliki potensi ke tahap yang lebih tinggi. Pandangan tersebut dibuat selepas melihat lebih banyak sokongan diberi kepada sukan bola sepak wanita Malaysia seperti kejurulatihan, infrastruktur, pertandingan dan kewangan. Ini sama sekali berbeza pada masa lalu di mana pemain seperti Steffi […]
Reputasi Besar Witan Sulaeman Tercalar Di Liga Indonesia

Pemain Persija Jakarta FC, Witan Sulaeman berharap mendapatkan lebih banyak minit permainan bersama jurulatih baharu itu selepas Mario Gomez dipecat oleh Bhayangkara FC. Mario Gomez kini tidak lagi mengendalikan Bhayangkara selepas beberapa siri keputusan yang kurang memuaskan dengan hanya mendapat satu kemenangan, lima seri dan tiga kekalahan musim ini. Bekas jurulatih Persib Bandung itu dianggap […]
Liverpool Catat Kerugian RM54 Juta

Liverpool telah mencatatkan kerugian hampir RM54 juta bersamaan dengan £9 juta pada musim 2022/23 yang lalu. Kerugian tersebut terjadi ekoran beberapa faktor seperti penurunan pendapatan hari perlawanan dan juga pendapatan melalui media. Musim lalu Liverpool tersingkir awal di pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) kepada gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan agregat 6-2 selain menamatkan saingan […]
Media Korea Selatan Tentang Lantikan Pengganti Jurgen Klinsmann

Selepas pengumuman mengenai pelantikan jurulatih interim baharu Korea Selatan, Hwang Sun-hong, pelbagai reaksi yang diberikan oleh ramai pihak. Baru-baru ini, media daripada Korea Selatan, Star News dilaporkan mengkritik tentang pengambilan jurulatih interim yang dianggap sebagai ‘tangkap muat’. Hal ini kerana, Hwang Sun-hong juga memegang jawatan sebagai jurulatih skuad bawah 23 tahun Korea Selatan. Oleh itu, […]
Piala TNB: TNB Berpesta Gol Ke Atas KL City

Skuad hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB) meraih kelebihan dalam aksi suku akhir Piala TNB hari ini. Ini selepas TNB mengalahkan wakil Kuala Lumpur, Kuala Lumpur City (KL City) dalam aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional 1. Selepas dibelasah 13-0 oleh TNB dalam aksi Liga Hoki Malaysia (MHL) sebelum ini, KL City berusaha untuk memastikan […]
Pemain Sayap Lincah KL City, T. Saravanan Sah Perkuat Sri Pahang

Pemain sayap lincah KL City kini sah perkuat Sri Pahang bagi saingan bola sepak musim 2024/25. T. Saravanan telah diperkenalkan secara rasmi selaku pemain Sri Pahang dan telah mengikat kontrak selama 2 tahun. Pemain berusia 23 tahun ini terkenal dengan kelincahan di posisi sayap kiri dan telah melakukan 21 penampilan liga bersama KL City musim […]
Brendan Gan Masih Bergelar Ejen Bebas

Perancang tengah negara, Brendan Gan kini masih berstatus ejen bebas. Pemain berusia 36 tahun itu merupakan watak penting buat Harimau Malaya apabila beraksi di pentas Piala Asia AFC 2023. Aksinya mencuri tumpuan apabila beraksi cemerlang ketika membantu Malaysia untuk mengikat Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Menerusi satu pengumuman oleh Selangor FC, kapten The Red Giants […]
Komen Kim Pan-gon Tentang Pilihan Pemain Lawan Oman

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengulas berkenaan senarai 33 orang pemain yang dipanggil menjalani sesi latihan bersama kem kebangsaan. Dalam siaran media yang diterbitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, jurulatih berusia 54 tahun itu yakin persediaan awal buat skuad Harimau Malaya amat penting bagi menghadapi dua siri perlawanan bertemu Oman kelak. “Kita faham […]
China Masih Mahu Bertemu Malaysia

Meskipun telah beradu sebanyak dua kali, skuad China Bawah 23 Tahun (B-23) tetap memilih Malaysia sebagai lawan untuk aksi persahabatan sebelum Piala Asia B-23. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato ‘Hamidin Mohd Amin baru-baru ini. Selain China, tuan rumah Piala Asia B-23 2024 iaitu Qatar dan India juga bakal […]
12 Watak Baharu Serikan Barisan Ampuh Kim Pan-gon Bertemu Oman

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengumumkan senarai 33 pemain yang dipilih ketua jurulatih Kim Pan-gon ke kem latihan skuad Harimau Malaya. Kem latihan pusat kali ini akan bermula pada Jumaat, 8 Mac 2024. Ini sebagai persediaan skuad kendalian Kim Pan-gon bagi menghadapi perlawanan ketiga dan keempat Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia […]
TVRI Resmi Siarkan K League 1 2024, Dua Pertandingan Setiap Minggu

Stasiun televisi nasional, TVRI, dilaporkan bakal menyiarkan pertandingan K League 1 atau kasta teratas Liga Korea Selatan musim 2024. Kabar ini diumumkan oleh TVRI melalui salah satu Instagram resminya, yakni @tvrisports. Dijelaskan bahwa ada 33 pertandingan yang bakal disiarkan oleh TVRI. Dari 33 pertandingan itu, hanya dua pertandingan saja yang disiarkan pada setiap minggunya pada […]
Kelab Korea Umum Perpindahan Mengejut Bintang Pasukan Ke Perak

Kelab Liga K2 Korea Selatan, Busan I-Park baru-baru ini telah mengumumkan perpindahan bintang pasukan, Lee Tae-min yang mengambil keputusan menyertai pasukan Liga Super, Perak FC. Pemain sayap muda berusia 20 tahun itu walau bagaimanapun belum diumumkan secara rasmi sebagai pemain Perak yang baru. “Lee Tae-min bakal ke Malaysia dan menyertai Perak FC dalam masa terdekat,” […]
CEO Selangor Terkejut Dengan Permintaan Akhir Tan Cheng Hoe

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal terkejut dengan permintaan bekas jurulatih, Tan Cheng Hoe. Pengendali berusia 55 tahun itu mengemudi The Red Giants selama hampir satu setengah musim namun memilih untuk ke Liga Thailand. Perpisahan atas persetujuan bersama itu menyaksikan Selangor terpaksa mencari sentuhan baharu terutamanya bagi mempersiapkan pasukan ke Liga Juara-Juara […]
Wajah TMJ Terpapar Pada Jentera Baru Hafizh Syarin

Jentera baru Johor Darul Ta’zim (JDT) Racing Team yang bakal ditunggang Hafizh Syahrin turut membawa aura Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim. Atau lebih tepat, wajah baginda pada bahagian belakang topi keledar Hafizh yang akan digunakan untuk saingan Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024. Imej TMJ itu […]
Selamat Maju Jaya Tan – Ong Kim Swee

Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee mengucapkan selamat maju jaya kepada pengendali baru Police Tero FC, Tan Cheng Hoe. Tan Cheng Hoe membuat keputusan untuk meninggalkan Selangor selepas menerima tawaran sebagai ketua jurulatih daripada kelab di Liga Thailand, Police Tero. Perpindahan TCH ke Police Tero telah mendapat perhatian daripada rakan seperjuangannya, Ong Kim Swee. […]