MPFL: JDT Perkukuh Cengkaman Takhta Liga, Tewaskan Shah Alam City

Skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus bertakhta di persada Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) hari ini. Ini selepas Harimau Selatan berjaya menewaskan Shah Alam City dalam aksi ketiga Divisyen 1 yang berlangsung di Kompleks Sukan Panasonic. Meskipun dilabel pasukan pilihan, JDT enggan memandang rendah tuan rumah. Ini kerana Shah Alam […]

Tindakan Ngeri Pemain Hentak Kaki Ke Muka Rakan Sepasukan

Aksi La Liga membabitkan Celta Vigo dan Almeria semalam menyaksikan seorang pemain terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dihentak ke muka oleh rakan sepasukannya. Insiden ini menimpa pemain muda Argentina, Luka Romero yang beraksi untuk Almeria selepas dipinjamkan dari kelab gergasi Itali, A.C. Milan. Pemain tengah Celta, Luca de la Torre berusaha melarikan bola daripada dikejar […]

Aksi Pengadil Terjatuh Ketika Dirempuh Curi Perhatian Di Jerman

Gelagat seorang pengadil Bundesliga yang terjatuh selepas dirempuh pemain mencuri tumpuan peminat bola sepak Jerman. Insiden ini dikongsikan dalam akaun Instagram rasmi Bundesliga sekitar Januari lalu. Insiden ini dipercayai berlaku dalam aksi liga membabitkan Werder Bremen dan TSG Hoffenheim pada Oktober lalu. Beberapa pemain dilihat sedang berebut bola tanpa menyedari pengadil berada terlalu hampir dengan […]

Selangor Bongkar Dua Tujuan Utama Pra-Musim Di Thailand

Skuad Selangor FC telah berangkat ke Bangkok, Thailand untuk musim pramusim sebagai persiapan awal bagi menghadapi perlawanan Liga Super yang bakal berlangsung Mei ini. Selain membuat persiapan awal, tujuan utama Selangor mengadakan perlawanan persahabatan dua kelab di Thailand adalah bagi menguji tahap pasukan dan menjalankan aktiviti ‘team building’ untuk membina semangat pasukan pada setiap pemain, […]

Kredibiliti Tan Cheng Hoe Bakal Diuji Dalam Tempoh Singkat

Kredibiliti jurulatih baharu Police Tero FC, Tan Cheng Hoe bakal teruji dalam masa yang singkat apabila hanya mempunyai masa dua bulan sahaja untuk menyelamatkan pasukannya itu. Ini kerana, Liga Thailand hanya berbaki dua bulan sahaja lagi sebelum tamat musim 2023/2024 dan liga bakal berehat tiga bulan sebelum sepak mula musim baharu bermula pada Ogos. Dua […]

Perlis Calon Ke Liga Super Namun Bersyarat

Berbaki dua bulan sebelum saingan Liga Super 2024/2025 bermula, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) difahamkan sedang menilai beberapa pasukan untuk menyertai saingan kasta tertinggi bola sepak Malaysia itu. Melalui satu hantaran daripada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, pasukan Perlis United menjadi salah satu calon untuk menyertai Liga Super pada musim baharu kelak. Namun begitu, Perlis perlu […]

Hafizh Syarin: Sertai JDT Bukan Soal Duit

Pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin Abdullah menafikan beliau menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) Racing Team kerana duit. Malah, perkara ini dinyatakan beliau semasa mengadakan pertemuan dengan pengurusan JDT terutama ketua bahagian komersial Harimau Selatan, Kevin Ramalingam. Bagi Hafizh, duit bukanlah keutamaan dalam kariernya sebagai pelumba motosikal negara. Ini kerana yang lebih penting ialah jentera motosikal […]

Kim Pan-gon Gugur 5 Pemain Senior Hadapi Oman

Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon membuat keputusan untuk menggugurkan 5 pemain senior bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman. Harimau Malaya melalui kempen yang amat cemerlang apabila meraih satu mata berharga di pentas Piala Asia AFC 2023 bertemu Korea Selatan. Pengendali kelahiran Korea Selatan ini berdepan satu lagi tugas sukar apabila perlu membawa skuad […]

JDT Dilaporkan Buru Khidmat Penjaga Gol Import

Desas-desus mengenai identiti penjaga gol yang menjadi buruan jaguh Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) difahamkan adalah pemain import. Perkara ini mula menjadi bualan ramai selepas satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards tentang pembelian 4 pemain baharu iaitu Azam Azmi, Manuel Hidalgo, Ryan dan Declan Lambert. Namun begitu, JDT juga memaklumkan […]

Bintang Liga Korea, Lee Tae-min Jadi Rekrut Terbaru Perak

Bintang muda Korea Selatan, Lee Tae-min menjadi pemain terbaru yang menyertai Perak FC. Pengumuman perpindahan ini dibuat pengurusan Perak menerusi satu hantaran video di platform media sosial mereka semalam. Sebelum ini, perpindahan Tae-min ke skuad The Bos Gaurus turut diumumkan oleh kelab lamanya, Busan IPark menerusi satu hantaran di media sosial mereka. “Perak FC hari […]

Tchetche Kipre & Aidil Sharin Kembali Bersatu di Kuching City

Perpindahan penyerang Ivory Coast, Tchetche Kipre menyaksikan beliau kembali bersatu bersama bekas jurulatihnya di Kedah, Aidil Sharin. Perkara ini dikongsikan dilaman media rasmi pasukan Kuching City yang mengumumkan ketibaan pemain import terbaru bagi musim ini.  Kedua-duanya saling mengenali ketika Tchetche Kipre menyertai Kedah pada 2020 dan pada waktu itu Aidil Shahrin sebagai ketua jurulatih Kedah […]

Rekod Kebal Al-Hilal Tak Tercalar, Kalahkan Al-Ittihad

Pendahulu Saudi Pro League, Al-Hilal terus mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menewaskan satu lagi kelab gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad. The Blue Waves perlu menang hari ini jika mahu mengekalkan kelebihan sembilan mata di hadapan Al-Nassr. Manakala The Tigers pula ingin mengekalkan rekod enam perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan yang dicatatkan sejak 4 Februari lalu. […]

Miguel Garcia: Ini Satu Amaran Buat JDT

Pengendali skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Juan Antonio Miguel Garcia berwaspada dengan cabaran yang bakal dihadirkan Shah Alam City. Ini kerana pasukan itu menduduki tangga kedua liga dengan empat mata selepas perlawanan. Selain itu, Shah Alam City sudah membuktikan mereka pasukan yang liat dengan mengikat Pahang Rangers 6-6. Justeru, Miguel Garcia mahu […]

FIFPRO Puji Tindakan PFAM Heret Pemilik Kelab Tunggak Gaji Ke Muka Pengadilan

Kesatuan Pemain-Pemain Bolasepak Antarabangsa (FIFpro) memuji tindakan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) heret pemilik kelab ke muka pengadilan. Sebelum ini, portal Scopp ada melaporkan seorang individu kenamaan yang juga pemilik kelab akan di penjara selepas gagal melunaskan hutang tunggakan gaji pemain.  Kelab yang terlibat adalah Kuantan FA dan Marcerra United. Seramai 30 pemain […]

Piala TNB: Maybank Bawa Bekalan Selesa, Belasah TNB Thunderbolt

Maybank beraksi cemerlang untuk membawa bekalan selesa ke aksi timbal balik kedua selepas membelasah TNB Thunderbolts dalam perlawanan suku akhir Piala TNB 2024. Maybank yang tumpas 3-4 di aksi terakhir liga kepada THT berjaya mendahului menerusi Ashran Hamsani yang bijak memanfaatkan kesilapan pemain Thunderbolts yang gagal mengeluarkan bola di kawasan D seawal minit kedua. Enam […]

Pemain Liga Utama Croatia Bakal Sertai Terengganu

NK Varazdin

Pemain liga utama Croatia bersama kelab NK Varazdin bakal memperkuatkan pasukan Terengganu dalam masa terdekat. Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan sukan Zulhelmi Zainal Azam menerusi sebuah hantaran di laman media sosial beliau. Marin Pilj merupakan pemain tengah buat pasukan NK Varazdin dan kini telah melakukan 18 penampilan liga. Pemain berusia 28 tahun ini merekodkan 1 […]