“Rasa Takut, Tekanan Dari Zii Jia Ganggu Rentak Saya” – Loh Kean Yew

Jaguh perseorangan lelaki Singapura, Loh Kean Yew mengakui perasaan takut dan tekanan yang dikenakan Lee Zii Jia menjejaskan rentak permainannya semalam. Kean Yew, 26, yang berstatus juara dunia perseorangan lelaki 2019 terpaksa akur dengan kehebatan lawannya dari Malaysia itu. Zii Jia berjaya mara ke suku akhir selepas meraih kemenangan dengan keputusan 21-15, 21-12. “Saya fikir […]

Dion Cools & Zafuan Azeman Bersemuka Dalam Thai League Cup

Aksi pusingan 16 pasukan terbaik Thai League Cup membabitkan Buriram United dan Uthai Thani semalam dilihat istimewa buat Dion Cools dan Zafuan Azeman. Ini kerana perlawanan semalam menyaksikan pertembungan dua bintang Malaysia itu buat kali pertama di bumi Thailand. Detik tersebut turut dikongsikan akaun X, Harimau Abroad menerusi satu hantaran yang dimuatnaik di platform media […]

Siaran Langsung Persahabatan Antarabangsa: Malaysia vs Nepal (Live Streaming)

Malaysia memulakan langkah perjuangan ke aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan bertemu Nepal dalam satu aksi persahabatan. Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi kempen yang cukup memberangsangkan selepas merekodkan dua kemenangan awal menentang Kyrgyzstan dan Chinese Taipei. Selain itu, Harimau Malaya juga mengharungi kempen yang agak baik terutamanya selepas mengikat Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Menurut […]

Qaseh Rania Dapat Peluang Sertai Kelab Jerman, VFL Wolfsburg

Bakat pemain muda negara terutama pemain wanita terus menarik perhatian kelab-kelab luar terutama dari Jerman. Terbaru, bakat yang dimiliki Qaseh Rania Khairul Najib memikat hati pengurusan skuad wanita kelab Frauen-Bundesliga (liga bola sepak wanita utama Jerman), VfL Wolfsburg. Khabar ini dikongsikan sendiri Qaseh Rania menerusi satu perkongsian di Instagram peribadinya semalam. “Alhamdullillah, VfL Wolfsburg FC,” […]

CEO Negeri Sembilan Senaraikan 5 Sebab Kontrak Zaquan Adha Tidak Disambung

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus baru-baru ini telah menyenaraikan lima sebab utama mengapa Negeri Sembilan tidak menyambung khidmat penyerang veteran, Zaquan Adha Abd Radzak bagi mengharungi saingan Liga Super musim baharu. Faliq berpendapat faktor umur Zaquan yang menjangkau ke angka 37 tahun dan juga rekod kecederaan Zaquan yang serius merupakan dua […]

Luqman Hakim Mahu Ke Paris

Penyerang muda Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin telah meletakkan sasaran bersama skuad bawah 23 tahun negara yang akan beraksi di Piala Asia B-23 Qatar pada April depan. Dalam satu hantaran Instagram kelab yang diwakili Luqman, YSCC Yokohama, Luqman mendedahkan bahawa Malaysia B-23 di bawah kendalian Juan Torres Garrido mensasarkan untuk merebut slot ke Sukan Olimpik Paris […]

UEL: Liverpool Ke Suku Akhir, ‘Bantai’ Sparta Prague

Kelab gergasi Merseyside, Liverpool menepati ramalan layak ke suku akhir Liga Europa musim 2023-2024. Ini selepas The Reds membelasah kelab Republik Czech, Sparta Prague 6-1 dalam aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik di Anfield hari ini. Meskipun sudah separuh kaki layak ke suku akhir, jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp enggan mengambil risiko dengan menurunkan skuad lemah. […]

All England: Aaron-Wooi Yik Tunjukkan Chang Ko Chi-Po Li Wei Jalan Keluar

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir All England setelah menewaskan Chang Ko Chi-Po Li Wei dari Chinese Taipei. Aaron dan Wooi Yik yang turun selaku pilihan kelima kejohanan dipaksa bekerja keras apabila lawan memberikan tentangan sengit di awal permainan. Ko Chi dan Li Wei […]

“Pemain Sedia Pamer Karakter Seperti Lawan Korea Selatan” – Paulo Josue

Pemain tengah menyerang, Paulo Josue menganggap Malaysia bersedia untuk terus bersaing di tahap tertinggi bertemu pasukan-pasukan kuat seperti di Piala Asia yang lalu. Paulo Josue bagaimanapun mahu fokus dalam aksi menentang Oman terlebih dahulu untuk mencerahkan laluan Malaysia untuk ke peringkat seterusnya. Jika Malaysia mampu melayakkan diri ke peringkat yang lebih tinggi, skuad kebangsaan berpeluang […]

Brendan Gan Sertai KL City?

Pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan kini dilaporkan telah menerima dua tawaran daripada kelab Liga Super. Brendan Gan masih berstatus ejen bebas sejak meninggalkan Selangor pada awal Februari lalu dan masih belum memutuskan tentang destinasi beliau yang seterusnya. Menurut wartawan sukan iaitu T. Avineshwaran, terdapat dua kelab Liga Super yang menawarkan kontrak kepada Brendan Gan […]

All England: Lee Zii Jia Ke Suku Akhir, Hantar Pulang Juara Dunia

Pemain nombor 10 dunia, Lee Zii Jia meneruskan momentumnya dalam All England Open Championship 2024 dengan mara ke suku akhir. Kejayaan itu dilakar dengan menewaskan juara dunia perseorangan lelaki edisi 2021 dari Singapura, Loh Kean Yew dalam aksi pusingan kedua hari ini. Dari segi rekod pertemuan, Zii Jia memiliki kelebihan kerana sudah menewaskan pemain nombor […]

JDT Bakal Terbang Ke Sepanyol, 7 Lawan Handalan Menanti

Juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim akan terbang ke bumi Sepanyol bagi menjalani kempen pra-musim sebelum saingan Liga Malaysia 2024/2025 bermula. Dalam satu hantaran yang dimuat naik laman OfficialJohor, kelab dari selatan tanah air itu memaklumkan bahawa mereka bakal berkampung selama dua minggu di sekitar Alicante, Sepanyol. Skuad bimbingan Hector Bidoglio akan menguji kekuatan […]

Hafizh Syahrin Hadapi Ujian Awal Di Thailand

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah berdapan ujian awal menjelang perlumbaan pertama Asia Road Racing Championship (ARRC) di Litar Antarabangsa Chang, Thailand. Ini selepas jenteranya lewat tiba di litar akibat masalah kargo. Kelewatan tersebut mengakibatkan Hafizh tidak dapat menguji jentera JDT Racing Team dalam sesi ujian hari ini. Meskipun mengakui masalah tersebut sedikit sebanyak […]

Dua Pemain Muda Malaysia Tarik Minat Kelab ‘Besar’ Jepun

Dua bintang muda Malaysia berjaya membuka mata salah satu kelab di Jepun iaitu Shonan Bellmare. Perkara ini dimaklumkan oleh pemerhati bola sepak Jepun, Ahmad Ridzuan AG menerusi satu ciapan yang dimuatnaik di laman X beliau. “Sementara itu, 2 pemain skuad AMD U17 akan menyertai trial kedua bersama kelab J1 League, Shonan Bellmare selepas tamat kejohanan […]

Keyakinan Tinggi Bersama Terengganu Lonjak Motivasi Safawi Rasid

Penyerang pasukan Harimau Malaya, Safawi Rasid tekad memberikan yang terbaik menerusi keyakinannya yang tinggi untuk memastikan kejayaan memihak pasukan negara. Pemain berusia 27 tahun itu merupakan sebahagian daripada skuad yang dibawa ke Piala Asia 2023 di bawah kendalian Kim Pan-gon selain menjadi antara tunjang dalam skuad senior. Beliau yang baru sahaja melengkapkan perpindahan ke pasukan […]

AMD U17 Beri Saingan Terhebat Kepada Pasukan Aomori Yamada High School

Selepas tewas 10-0 kepada skuad remaja Gamba Osaka dalam aksi pertama Kumpulan D Sanix Cup 2024, barisan pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 17 Tahun (B-17) bangkit hari ini. Pasukan muda yang mewakili Malaysia itu memberi tentangan sengit kepada raja kejohanan bola sepak remaja Jepun, Aomori Yamada High School dalam aksi kedua kumpulan hari ini. […]