“Gembira Dengan Kemenangan Lakshya Sen” – Lee Zii Jia

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia membuka mulut mengenai kekalahan beliau di tangan wakil India, Lakshya Sen dalam aksi suku akhir All England semalam. Beliau yang ditemui selepas perlawanan semalam akui agak kecewa tidak berjaya memenangi perlawanan tersebut dan berpuas hati sudah memberikan aksi yang terbaik. ”Ya, saya akui sedikit kecewa juga dan awak […]
Vietnam & Palestine ‘Pintas’ Kedudukan Malaysia

Dua buah negara handalan bola sepak Asia, Vietnam dan Palestine memintas kedudukan Malaysia bagi nilai pasukan selepas Piala Asia 2023. Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi kempen yang agak cemerlang selepas memungut satu mata hasil keputusan seri berdepan Korea Selatan. Harimau Malaya mara ke Qatar dengan menghuni tangga ke-19 Asia selaku pasukan paling bernilai dengan 6.73 […]
Kelab EPL, Brentford Jemput Imam Untuk Berbicara Tentang Ramadan

Ketibaan bulan Ramadan mendorong kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Brentford untuk menjemput seorang imam datang ke pusat latihan mereka baru-baru ini. Kehadiran Abdus Samad Abdellaoui, seorang imam dari Persatuan Islam Kingston di Pusat Prestasi Robert Rowan dikongsikan The Bees menerusi satu hantaran di X. Inisiatif ini digerakkan oleh pengurus Brentford, Thomas Frank dengan sokongan Persatuan […]
Jan Olde Kritisi Timnas Indonesia Yang Banyak Diisi Keturunan Belanda

Pelatih Dewa United, Jan Olde Riekerink, mengkritisi Timnas Indonesia yang saat ini banyak diisi oleh pemain keturunan Belanda. Di Piala Asia 2023, ada beberapa pemain keturunan Belanda, seperti Justin Hubner, Ivar Jenner, Rafael Struick, Marc Klok, hingga Shayne Pattynama. Kini, skuat Garuda juga mendapatkan tambahan pemain keturunan Belanda lainnya, yakni Jay Idzes dan Nathan Tjoe-A-On. […]
Akram Mahinan: Boleh Panggil & Bincang Baik-Baik

Pemain tengah Terengganu FC, Akram Mahinan menyifatkan situasi antara Zaquan Adha Abdul Radzak dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus boleh saja diselesaikan dengan baik. Ini selepas beliau mengulas kemelut yang melanda dua figura itu menerusi akaun X semalam. Kemelut Zaquan dan Faliq tercetus apabila pertanyaan penyerang berusia 37 tahun itu tentang […]
All England: Aaron Chia & Wooi Yik Ke Separuh Akhir, Mudah Atasi Regu Indonesia

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menjadi satu-satunya wakil negara yang mara ke separuh akhir All England Open Championship 2024. Ini selepas Aaron-Wooi Yik mengatasi cabaran regu nombor sembilan dunia dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana di pentas suku akhir. Ramai peminat badminton negara menjangkakan juara dunia beregu […]
All England: Kebangkitan Lakshya Sen Tamatkan Perjalanan Lee Zii Jia

Lee Zii Jia berputih mata untuk mara lebih jauh dalam kejohanan ini setelah ditumbangkan Lakshya Sen dalam aksi suku akhir All England. Rekod pertemuan lalu menyaksikan Sen mempunyai rekod lebih baik dengan tiga kemenangan ke atas Zii Jia berbanding hanya satu kemenangan dicatatkan jaguh negara itu. Zii Jia yang menundukkan Loh Kean Yew di pusingan […]
Malaysia Menang Bergaya, Atasi Nepal 5-1

Skuad Harimau Malaya dibawah kendalian Kim Pan-gon telah dijadual bertemu Nepal dalam satu aksi persahabatan tertutup yang berlangsung di Stadium UITM Shah Alam malam semalam. Aksi persahabatan itu sebagai persediaan pasukan Malaysia sebelum beraksi menentang pasukan Oman bagi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 pada hujung Mac kelak. Anak buah Kim Pan-gon berjaya melakar kemenangan bergaya […]
Fahmi Fadzil Sedia Selamatkan KL City

Masalah kewangan yang membelenggu pasukan KL City mendapat perhatian Menteri Komunikasi, Yang Berhormat Fahmi Fadzil. Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi YB Menteri, beliau sempat berbincang bersama beberapa figura penting seperti Menteri Wilayah, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City di bangunan Parlimen. Pertemuan ini bagi membincangkan mengenai situasi semasa […]
Kesengsaraan Arsenal Bakal Berulang

Penyokong Arsenal merasa kecewa bila melihat nama Bayern Munich sebagai lawan mereka di pentas suku akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL). Ini kerana pasukan gergasi Jerman itu dianggap pasukan badi buat The Gunners dalam saingan UCL. Mengikut rekod UEFA.com, Die Roten memiliki rekod tujuh kemenangan daripada 12 pertemuan sebelumnya ke atas pasukan gergasi London itu. Ini […]
All England: Perjuangan Hebat Pearly Tan-M. Thinaah Dihentikan Oleh Regu Jepun

Hasrat beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah untuk mara ke separuh akhir All England Open Championship 2024 tidak kesampaian. Ini selepas mereka ditewaskan oleh regu nombor 11 dunia dari Jepun, Rena Miyaura dan Ayako Sakuramoto di pentas suku akhir. Rekod pertemuan antara kedua-dua regu dianggap seimbang dengan masing-masing meraih satu kemenangan. Kali terakhir […]
Khalid Samad Letak Jawatan, Nenad Bacina Tinggalkan KL City

KL City FC menerima tamparan hebat apabila dua figura utama pasukan telah meletak jawatan. Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom melaporkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad sah meletak jawatan pada hari ini. Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran di X baru-baru ini. Khalid menggalas peranan sebagai presiden persatuan tersebut sejak tahun 2019. […]
Faliq Firdaus Jawab Kenyataan Tak ‘Layan’ Zaquan Adha

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus menafikan beliau tidak melayan pertanyaan yang dibuat penyerang veteran, Zaquan Adha Abdul Radzak. Kenyataan ini dibuat bagi membalas bidasan yang dibuat penyerang berusia 37 tahun itu di Instagram Story baru-baru ini. Dalam hantaran tersebut, Zaquan mendakwa Faliq enggan membalas pertanyaannya dan disifatkan cuba lari daripada berlaku […]
JDT Beri Kekalahan Besar Kepada Police Tero

Kelab Thai League 1, Police Tero mengalami kekalahan besar di tangan kelab gergasi selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam satu aksi persahabatan tertutup. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) itu menyaksikan The Silver Shield Dragon tewas 5-0 di tangan Harimau Selatan. Berita ini dikongsikan oleh halaman Facebook, JDTFC menerusi […]
Police Tero Ucap Terima Kasih Kepada JDT

Pasukan Liga 1 Thailand, Police Tero FC mengucapkan terima kasih kepada juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) atas layanan hebat yang diberikan sebagai tuan rumah. Police Tero yang kini dibimbing oleh Tan Cheng Hoe hadir ke Johor Bharu untuk menjalani kem latihan pusat bermula 13 hingga 21 Mac nanti. Menerusi satu temu bual […]
Selangor ‘Tempang’ Berdepan JDT

Skuad futsal Selangor menerima tamparan hebat menjelang pertemuan berdepan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) hujung minggu ini. Ini disebabkan oleh kecederaan yang dialami oleh tonggak import, Matheus Silva sedikit merencatkan perancangan pasukan bagi berdepan skuad Harimau Selatan itu. Menerusi laporan daripada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, kecederaan […]