Kualiti Setara Juan Muniz & Nazmi Faiz

Dua bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Juan Muniz dan Nazmi Faiz telah menampilkan kualiti sebagai pemain bola sepak profesional sewaktu menjalani latihan pasukan. Kedua-dua pemain yang merupakan pemain tengah ofensif telah menonjolkan kualiti penyudah yang tajam dihadapan gawang gol. Teknik dan ketenangan dua pemain ini menyambut bola serta melakukan rembatan kencang telah dikongsikan oleh JDT […]

NSDF Futsal Championship: Malaysia Bangkit ‘Ikat’ Afghanistan

Malaysia membuka tirai kejohanan jemputan, NSDF Futsal Championship dengan keputusan seri setelah mengikat Afghanistan pada petang Ahad. Malaysia yang turun berjersi hitam bermula garang dengan beberapa gerakan yang mampu mengancam kubu Afghanistan sejak hon permulaan dibunyikan bagi memburu jaringan awal. skuad negara memperoleh beberapa peluang keemasan untuk memecah kebuntuan jaringan menerusi percubaan kapten, Abu Haniffa, […]

Legenda Man United Tiba Di Malaysia Berbaju Pahang Rangers

Ramai peminat futsal negara teruja apabila melihat baju yang dipakai legenda Man United, Wes Brown semasa berada di Malaysia baru-baru ini. Menerusi satu gambar yang dikongsikan Twt Bola Pahang di platform X, bekas pemain pertahanan England itu dilihat memakai jersi juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), Pahang Rangers. “Selamat datang ke Pahang Rangers, Wes Brown!” […]

“Oman Tidak Kuat Seperti Pasukan Yang Kita Lawan Di Piala Asia”

Bek tengah Malaysia, Shahrul Saad melihat skuad negara memiliki kelebihan bila berdepan Oman buat kali kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Selasa ini. Harimau Malaya terpaksa menelan kepahitan apabila tewas 2-0 kepada pasukan Asia Barat itu pada awal pagi 22 Mac lalu. Meskipun tewas, Shahrul melihat Oman tidaklah sekuat seperti dua pasukan yang […]

Corbin-Ong: Kekalahan Bertemu Oman Tidak Akan Berulang Lagi

Pertahanan kental Harimau Malaya, La’Vere Corbin-Ong optimis untuk membantu pasukan meraih kejayaan cemerlang berdepan Oman di laman sendiri. Pemain berusia 33 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan ketika menentang pasukan ke-80 dunia itu pada aksi di Muscat pada 22 Mac 2024. Harimau Malaya bagaimanapun tidak berpeluang untuk merakamkan kemenangan ketiga selepas dikecewakan oleh Oman […]

Darurat, Rachmat Irianto Dan Ferrari Menyusul Ke Vietnam

Pelatih Timnas Indonesia Shin Tae-yong, memanggil dua pemain anyar untuk menghadapi Vietnam pada laga lanjutan Kualifikasi Piala Dunia 2026 di Stadion My Dinh, Hanoi, Selasa (26/3/2024). Kedua pemain itu adalah Muhammad Ferrari (Persija Jakarta) dan Rachmat Irianto (Persib Bandung). Keduanya sudah berangkat ke Vietnam. Kabar ini pun dikonfirmasi oleh Ketua Badan Tim Nasional, Sumardji. “Iya […]

J3 League: Yokohama SCC Diikat Tottori, Kelibat Luqman Hakim Tidak Kelihatan

Penantian kemenangan pertama kelab Luqman Hakim Shamsudin, Yokohama Sports & Culture Club (Yokohama SCC) dalam J3 League berterusan. Ini selepas pasukan itu diikat Gainare Tottori dalam aksi keenam liga yang berlangsung di Stadium Nippatsu Mitsuzawa hari ini. Selepas tewas kepada FC Ryukyu pada 20 Mac lalu, Yokohama SCC perlu segera meraih kemenangan jika mahu keluar […]

Perak Belasah Geylang International

Aksi perlawanan persahabatan antarabangsa menyaksikan Perak berjaya mencatat kemenangan besar ke atas pasukan dari Singapura, Geylang International dengan jaringan 3-0. Jurulatih Perak, Yusri Che Lah menurunkan skuad terbaik antaranya dibarisi penjaga gol berpengalaman, Haziq Nadzli, pertahanan kental, Tommy Mawat dan beberapa pemain import baharu. Tiga gol dijaringkan oleh Firdaus Saiyidi, Harith Akif menerusi sepakan penalti […]

Andres Iniesta Berhutang Dengan Jepun RM18 Juta

Bekas bintang Barcelona, Andres Iniesta dilaporkan didakwa oleh pihak berkuasa Jepun kerana gagal mengistiharkan pendapatan pada tahun 2018. Pada ketika itu, Iniesta bersama kelab ternama Jepun iaitu Vissel Kobe selama lima tahun bermula daripada 2018 sehingga 2023. Dianggarkan sebanyak RM27 juta pendapatan yang gagal diistiharkan oleh legenda Barcelona ini. Bagaimanapun, selepas tular dakwaan ini di media […]

Jepun Dapat Kemenangan Percuma Lawan Korea Utara?

Jepun berpeluang mengesahkan kemaraan awal ke pusingan ketiga Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027. Wartawan sukan The Japan Times, Dan Orlowitz mendedahkan Jepun bakal mendapat kemenangan percuma 3-0 ke atas Korea Utara. Ini selepas perlawanan keempat kelayakan membabitkan Samurai Biru dan Chollima yang sepatutnya berlangsung pada Selasa ini di Pyongyang dibatalkan oleh tuan rumah. […]

Wakil Chonburi Akui Kekuatan JDT Tidak Berubah Tanpa Ramai Tonggak Utama

Setiausaha Chonburi FC, Thitigorn Artwarin mengakui kekuatan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) kekal utuh meskipun tanpa kelibat ramai tonggak utama. Hal ini dikongsikan beliau menerusi satu hantaran di Facebook. Thitigorn menjadi sebahagian daripada rombongan The Sharks yang menyertai kem latihan di Johor Bahru, Johor baru-baru ini. Kem ini turut menyaksikan perlawanan pemanas badan antara […]

Lee Zii Jia Tempah Tiket Ke Olimpik

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengesahkan tempatnya ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai hadapan. Pemain kelahiran Kedah ini bakal mengikuti jejak tiga pasangan beregu negara iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Pearly Tan-M. Thinaah dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang sudah melayakkan diri ke temasya tersebut terlebih dahulu. Menerusi ciapan daripada pemerhati […]

“Malaysia Boleh Belajar Dari Taktikal Oman”

Pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin tekad untuk bangkit mencipta kemenangan dalam aksi menentang Oman pada Selasa kelak. Malaysia dijadual menentang Oman pada 26 Mac jam 10 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ketika ditemu bual Astro Arena selepas perlawanan tempoh hari, Stuart menjelaskan Malaysia perlu melupakan kekalahan 2-0 keatas Oman dan segera memperbaiki setiap […]

Ketiadaan Tonggak Bukan Halangan Kepada Skuad Muda Malaysia

Pemain sayap skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Syahir Bashah mengakui ketiadaan beberapa tonggak utama sedikit sebanyak mempengaruhi persembahan pasukan itu. Persiapan Harimau Muda ke Piala Asia B-23 2024 sedikit terjejas tanpa kelibat Nooa Laine, Harith Haiqal Adam Afkar, Azam Azmi Murad dan Mukhairi Ajmal. Ini kerana empat orang pemain ini merupakan sebahagian daripada kontinjen […]

Thailand Akur Dengan Kehebatan Jordan

Skuad Thailand Bawah 23 Tahun (B-23) gagal mempertahankan kelebihan awal mereka apabila tewas 3-1 kepada Jordan awal pagi ini. Perlawanan Thailand-Jordan merupakan aksi penentuan tempat kelima hingga kelapan Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asia Barat (WAFF) B-23 2024. Selepas tewas kepada Korea Selatan beberapa hari lalu, anak-anak buah Issara Sritaro berharap dapat bangkit bila menentang Jordan. […]

Korea Selatan Benam Cabaran Hebat Arab Saudi

Saingan Piala Bawah 23 Tahun Asia Barat (WAFF) diteruskan dengan aksi semi final yang menemukan Korea Selatan dan Arab Saudi yang mana memihak kepada Korea Selatan. Perlawanan dimulakan dengan Korea Selatan mempamerkan penguasaan yang memaksa Arab Saudi lebih banyak berkampung di kawasan sendiri. Walaupun hujan lebat turun di awal permainan, namun Korea Selatan tetap menampilkan […]