Hannah Yeoh Dedah Sebab Malaysia & Oman Dilarang Berlatih Di SNBJ

Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh tampil memberi penjelasan berkenaan status terkini padang di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dalam satu hantaran di laman media sosial rasmi miliknya hari ini, Hannah Yeoh menegaskan bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil kini sudah sedia untuk digunakan. Tambah beliau, rumah keramat Harimau Malaya ini telahpun mendapat kelulusan daripada FIFA Match […]

Media Terkemuka Asia Kongsi Keadaan Terkini Padang SNBJ

Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjadi perhatian ramai belakangan ini termasuk media-media terkenal dari luar negara. Menerusi perkongsian Asean Football menyaksikan keadaan padang stadium tersebut menggunakan dron memaparkan pemandangan dari atas SNBJ sebelum perlawanan esok. “Stadium Bukit Jalil sebelum perlawanan antara Malaysia dan Oman dalam Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026,” tulis Asean Football […]

Menyinar Di Georgia, KL City & Kelantan Berminat Dapatkan Taiki Kagayama

Selepas berkelana di bumi Georgia, bintang Jepun, Taiki Kagayama kini menjadi sasaran dua kelab Liga Super. Wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran melaporkan KL City FC dan Kelantan Darul Naim FC berminat mendapatkan khidmat pemain berusia 27 tahun itu. “Kuala Lumpur dilaporkan sedang mengintai khidmat pemain tengah Jepun, Taiki Kagayama. Beliau baru saja tamat kontrak […]

Dion Cools Lega Bertemu Oman Sekali Lagi Dalam Tempoh Singkat

Pemain pertahanan Malaysia, Dion Cools merasakan pertemuan dengan Oman pada esok 26 Mac adalah sesuatu perkara yang positif apabila ianya berlaku dalam tempoh yang singkat. Ini kerana bagi Cools, segala kesilapan yang dilakukan pada perlawanan lepas akan diperbetulkan segera dan berharap ianya tidak akan diulangi lagi. “Kami perlu perbetulkan sedikit kesilapan daripada perlawanan lalu, bagus […]

“Teknikal Janji Padang SNBJ Elok, Saya Tunggu Esok” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon dijanjikan padang serba elok oleh pihak teknikal yang menguruskan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Perkara ini dikongsikan olehnya ketika sidang media pra perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Malaysia dan Oman hari ini. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu sudah berhubung dengan pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) ketika lawatan yang […]

Ali Al-Busaidi Mahu Oman Tewaskan Malaysia Walau Apa Jua Keadaan

Pemain berpengalaman Oman, Ali Al-Busaidi bertekad mahu Oman menewaskan Malaysia dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti. Pemain berusia 33 tahun itu yakin pasukannya telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi cabaran Malaysia buat kali kedua. Aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil kelak amat penting buat kedua-dua pasukan dalam mencerahkan peluang untuk mara ke peringkat seterusnya […]

Jurulatih Oman Kongsi Keadaan Terkini Padang SNBJ

Keadaan terkini padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang baik mengundang keresahan jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy. Jurulatih dari Republik Czech itu berhasrat ingin mencuba padang SNBJ semalam bagi membantu anak buahnya beradaptasi menjelang perlawanan menentang Malaysia. Malangnya, perkara tersebut tidak dapat direalisasikan. Ini selepas Silhavy dimaklumkan keadaan padang SNBJ belum berada pada tahap terbaik. […]

Baddrol Bakhtiar Kembali ‘Perkuat’ Kedah

Lagenda bola sepak Malaysia, Baddrol Bakhtiar kini disahkan kembali memperkuat pasukan utara, Kedah Darul Aman FC (KDA). Perkara itu telah diumumkan secara rasmi pengurusan Sang Kenari menerusi laman sosial rasmi mereka sebentar tadi sebagai pengurus pasukan KDA. Selepas menceburi bidang politik, Baddrol Bakhtiar dilihat memberikan fokus sepenuhnya kepada bidang baharunya itu. Walau bagaimanapun, cinta beliau […]

Kedah Sambar Khidmat Habib Haroon

Pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mendapat khidmat seorang lagi pemain import iaitu bekas kapten Terengganu FC, Habib Haroon. Perpindahan pemain tengah Bahrain itu diumumkan pengurusan Sang Kenari di platform media sosial rasmi mereka hari ini. “KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Habib Haroon, pemain berasal dari Bahrain yang cukup dikenali […]

Jaroslav Silhavy: Kami Sudah Kaji Taktikal Malaysia Di Bukit Jalil

Jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy mengakui persiapan pasukan kendaliannya dalam keadaan baik menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa. Beliau yang ditemui ketika sidang media pra perlawanan menegaskan bahawa mental dan fizikal anak-anak buahnya kini di tahap terbaik bagi mengulangi kemenangan di Muscat minggu lalu pada pertemuan di […]

Kim Pan-gon: Satu Mata Lawan Oman Sangat Bermakna

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon optimis untuk memastikan pemain memberikan yang terbaik menjelang pertemuan dengan Oman Selasa ini. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu membantu kempen Kelayakan Piala Dunia yang amat cemerlang apabila merekodkan dua kemenangan awal menentang Kyrgyzstan dan Chinese Taipei. Hasrat untuk meneruskan rentak itu bagaimanapun terhalang apabila Harimau Malaya tewas dengan keputusan 0-2 […]

Isu Tunggakan Gaji Kedah Bakal Berakhir

Penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) boleh menghela nafas lega kerana masalah tunggakan gaji yang membelenggu pasukan itu bakal berakhir. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh pemilik majoriti Kedah, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar dalam satu sidang media khas yang diadakan hari ini. Kedah kini dalam proses melunaskan 50% tunggakan gaji barisan pemain dan […]

Ranking FIFA: Harapan Malaysia Lonjak 4 Tangga Masih Menyala

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia masih memiliki peluang terakhir untuk menghampiri kelompok 120 terbaik dunia sekiranya berjaya mengatasi Oman. Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi permulaan cemerlang dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 apabila mencatatkan kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Hasrat untuk mengekalkan rekod itu bagaimanapun lebur di tangan anak didil Jaroslav Silhavy apabila tewas […]

TMJ: Mentaliti Bodoh Sombong, Sentiasa Ada Alasan Jatuhkan Standard Liga Malaysia

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ menzahirkan rasa dukacita terhadap tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencemarkan taraf Liga Malaysia. Baginda dalam satu kenyataan di laman sosial memberitahu bahawa Stadium Sultan Ibrahim (SSI) merupakan satu-satunya stadium yang tidak berlopak ketika dilanda hujan. “Bukan SNBJ Sahaja (berlopak). Semua stadium dalam negara […]

Swiss Open: Goh Soon Huat & Shevon Lai Muncul Juara, Tewaskan Chen Tang Jie & Toh Ee Wei

Beregu campuran utama negara, Goh Soon Huat & Shevon Lai berada dalam kelas tersendiri apabila mengesahkan kejuaraan Swiss Open 2024. Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan rakan senegara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei di pentas final yang berlangsung pada awal pagi ini. Pertemuan kedua-dua regu dianggap seimbang di mana kedua-duanya telah merekodkan satu kemenangan […]

Cristiano Ronaldo Beraksi Buat Real Madrid & Al-Nassr Dalam Satu Masa?

Bintang sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dikhabarkan akan pulang ke bumi Sepanyol dan berpeluang untuk beraksi bersama kelab lamanya, Real Madrid. Ini kerana pasukan daripada Liga Saudi iaitu Al Nassr telah dijemput oleh Real Madrid untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan bagi meraikan majlis pembukaan stadium baharu Santiago Bernabeu. Sebelum ini presiden kelab Real Madrid, Florentino Perez […]