Kamarul Ariffin Buka Mulut Selepas Tinggalkan FAM Secara Mengejut

Bekas penolong pengurus skuad bola sepak kebangsaan, Datuk Wira Kamarul Ariffin Mohd Shahar menjelaskan hal sebenar mengenai keputusan beliau meninggalkan skuad Harimau Malaya. Beliau menganggap keputusannya untuk meninggalkan kem kebangsaan tidak akan menjejaskan persiapan pasukan di kempen Kelayakan Piala Dunia yang sedang ditempuh dan percaya pasukan akan bangkit dalam dua aksi terakhir peringkat kumpulan. ”Saya […]
FAM Sahkan KL City Bebas Daripada Hukuman FIFA

Susulan pendedahan KL City menjadi sebahagian daripada enam pasukan yang dihukum FIFA, ramai penyokong bimbang kelab itu tidak boleh mendaftarkan pemain baru untuk musim 2024-2025. Kini, penyokong boleh menghela nafas lega apabila mengetahui berita yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Beliau mendedahkan sekatan perpindahan yang dikenakan FIFA terhadap The City Boys telah ditarik […]
“Rumput SNBJ Akan Sentiasa Berkualiti & Tahap Antarabangsa” – Hans Isaac

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi jaminan bahawa padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan sentiasa berada pada tahap terbaik dan mencapai standard antarabangsa. Perkara ini dijelaskan oleh Pengerusi PSM, Datuk Hans Isaac berkenaan gerak kerja bagi memastikan padang SNBJ akan sentiasa bersedia untuk menjadi gelanggang terutamanya bagi aksi Harimau Malaya. Menerusi satu perkongsian kepada sebuah […]
Ferdy Druijf Ingin Perkuat Harimau Malaya

Penyerang kelahiran Belanda, Ferdy Druijf menyuarakan hasrat ingin menyarung jersi Harimau Malaya pada masa akan datang. Hasrat Ferdy itu telah dikongsikan oleh laman pencari bakat warisan terkemuka Malaysia, Frfuturetalents di laman X menerusi satu tangkap layar perbualan dipercayai dari laman Instagram. Penyerang berketinggian 1.90 meter itu dikatakan sedang dalam proses menyediakan dokumen-dokumen untuk membuktikan bahawa […]
KL City Tawar Projek Jangka Panjang Kepada Brendan Gan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City FC, Stanley Bernard menafikan mereka menawarkan gaji yang besar kepada pemain tengah kebangsaan, Brendan Gan. Perkara ini dinyatakan beliau kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk program Nadi Arena semalam. Ini kerana disebabkan kedudukan kewangan mereka, The City Boys tidak mampu menawarkan gaji yang tinggi kepada bekas kapten […]
“Tiada Beza Kualiti Pemain Tempatan & Naturalisasi Indonesia”

Seorang pemain PSBS Biak menyifatkan kehadiran ramai pemain naturalisasi memberi kesukaran buat pemain tempatan beraksi untuk skuad kebangsaan Indonesia. Muhammad Tahir yang beraksi untuk kelab Liga 2 Indonesia itu berpandangan sedemikian dalam siaran Podcast Akmal Marhali baru-baru ini. Tahir menyifatkan dari segi kualiti, pemain tempatan dan pemain naturalisasi memiliki kualiti yang hampir sama. Satu-satunya perkara […]
FIFA ‘Gantung’ 6 Kelab Malaysia Daftar Pemain Baru, Tertinggi Di Asia Tenggara

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menghalang 6 kelab Liga Malaysia daripada menandatangani pemain baharu bagi musim yang mendatang. Perkara ini berdasarkan kemas kini daripada laman Asean Football berkenaan satu pengkalan data yamg baru diwujudkan oleh FIFA. Kemas kini itu menyaksikan sebanyak 6 kelab Liga Malaysia berada dalam pantauan badan tersebut yang dilarang untuk mendaftarkan pemain baru bagi […]
Thomas Cup: Perjalanan Lee Zii Jia Masih Samar

Kedudukan sama ada Lee Zii Jia menjadi sebahagian daripada kontinjen negara untuk kempen Thomas Cup masih lagi kabur. Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky percaya hal ini berlaku disebabkan fokus Zii Jia untuk tampil cemerlang di Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Atas sebab itu, jaguh perseorangan ke-11 dunia itu dilihat berhati-hati dalam […]
Senarai Akhir 23 Pemain Berbakat Malaysia Ke Piala Asia B-23 Qatar

Persiapan skuad Malaysia ke Piala Asia B-23 berjalan lancar dengan 23 pemain terbaik dibawa bagi mengharungi cabaran getir di Qatar. Skuad kendalian Juan Torres Garrido melakukan persiapan yang lebih rapi selepas mengharungi dua aksi persahabatan menentang India di laman sendiri. Tiga lagi aksi persahabatan menanti skuad muda negara di Qatar menentang China dan tuan rumah […]
PSSI Jawab Isu Naturalisasi Emil Audero

Exco PSSI, Arya Sinulingga, memastikan bahwa pihak federasi belum ada rencana untuk menaturalisasi kiper keturunan Indonesia di Inter Milan, Emil Audero. Pemain kelahiran Lombok itu menyematkan bendera Indonesia di bio Instagram. Tak sedikit publik yang merasa bahwa itu adalah tanda keinginannya menjadi WNI. Apalagi PSSI telah membocorkan tengah memproses naturalisasi dua pemain keturunan. Namun, Arya […]
Lekir Ahmad Jawab Dakwaan Subsidi Bagi Menyokong Harimau Malaya

Kecoh di media sosial sejak beberapa hari yang lalu mengenai dakwaan bahawa Capo Ultras Malaya, Lekir Ahmad menerima subsidi untuk menyokong skuad kebangsaan di luar negara. Selepas beberapa hari arena bola sepak Malaysia digegarkan dengan dakwaan tersebut, Lekir akhirnya menjelaskan situasi sebenar yang terjadi selama ini. Menganggap dakwaan tersebut sebagai fitnah, Lekir nyata kecewa kerana […]
Amukan Cristiano Ronaldo Bantu Al-Nassr Bantai Abha Tanpa Belas

Cristiano Ronaldo mencatatkan hatrik keduanya bersama Al-Nassr dalam aksi Liga Pro Saudi menentang Abha awal pagi tadi. Status Al-Nassr sebagai pasukan pelawat tidak sama sekali menjejaskan rentak permainan mereka dan mendahului seawal minit ke-11 permainan melalui sepakan percuma Ronaldo untuk menjadikan kedudukan 1-0. 10 minit kemudian, Ronaldo sekali lagi mempamerkan aksi berkelas dunia apabila meledak […]
Vietnam Hantar 14 Pemain Senior Kerana Malaysia

Skuad bawah 23 (B-23) tahun Vietnam dijangka bakal memberi kesukaran buat pasukan Malaysia di Piala Asia B-23 Qatar selepas difahamkan membawa 14 pemain senior. Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) baru-baru ini telah mengumumkan senarai awal 28 pemain yang bakal membawa cabaran Vietnam di Qatar. Daripada 28 pemain yang dipanggil jurulatih, Hoang Anh Tuan, 14 daripadanya telah […]
Ismaheel Akinade Pamer Taring Hatrik Bersama Terengganu

Penyerang import Terengganu FC, Ismaheel Akinade mula mencuri tumpuan peminat setelah meledak hatrik bagi membantu pasukannya membenam PDRM pada Selasa. Perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Selayang itu menyaksikan anak-anak buah Tomislav Steinbruckner menampilkan aksi cemerlang untuk membelasah juara MFL Challenge Cup 2023 itu dengan keputusan 6-1. Ismaheel Akinade yang menyertai Terengganu daripada Kelantan United […]
EPL: Tottenham Hotspur Diikat West Ham United

Tottenham Hotspur kecewa tidak dapat menghambat Aston Villa yang menduduki tempat keempat liga selepas diikat West Ham United 1-1 di Stadium London awal pagi ini. Dengan Spurs hanya dipisahkan tiga mata dengan Villa, pasukan yang dibimbing Ange Postecoglou itu perlu menang ke atas The Hammers untuk terus menghambat pasukan Midlands itu. Sementara West Ham yang […]
Terengganu Baham PDRM

Terengganu mencatatkan kemenangan pertama dalam siri pra-musim setelah menewaskan PDRM dalam aksi persahabatan yang diadakan pada Selasa. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Selayang menyaksikan PDRM menurunkan beberapa mula baharu seperti Friday Obilor, Bryan See dan Shahrel Fikri bagi menguji keserasian sepasukan. Manakala Tomislav Steinbruckner pula mempertaruhkan gandingan dua pemain sayap lincah kebangsaan, Safawi Rasid dan […]